Konsert Lagenda

_DSC0219

Konsert Lagenda 2012.

Jarang sebenarnya saya ke konsert. Saya lebih senang duduk di rumah atau keluar bersama keluarga jika berkelapangan. Berbanding waktu bujang dahulu, selagi belum malam, selagi itulah saya masih di luar melakukan pelbagai aktiviti (yang tentunya berfaedah) bersama rakan-rakan. Entah kenapa, mungkin kerana faktor usia yang makin meningkat.

Tetapi situasinya kali ini berbeza. Jemputan yang diterima untuk menonton Konsert Lagenda ini amat sukar untuk ditolak kerana yang membuat persembahannya adalah barisan artis-artis Lagenda yang telah mewarnai dunia seni tanah air mengikut acuan tersendiri suatu masa dahulu. Dan kini, auranya masih melekat di hati dan menyukarkan saya untuk tidak pergi menonton persembahan mereka. Kebetulan pula, mereka ini adalah favourite artists saya. Jamal Abdillah, Zainal Abidin, Datuk Shiela Majid, dan Amy Search, kesemuanya lagenda yang mencipta nama dan mendapat gelaran melalui identiti &  auranya yang tersendiri.

Ternyata, persembahan yang berlangsung selama 3 jam dirasakan seperti 1 jam dan peminat bersorak ‘we want more!’ sesudah mereka menamatkan persembahan. Rata-rata semua yang menonton berasa sangat puas hati. Mungkin kerana kepuasan itu tidak mereka perolehi apabila menonton konsert artis-artis muda/baru/segera masa kini yang mana kebanyakannya tidak mempunyai real talent (glamour kerana rupa paras yang cantik, populariti), dan aura yang tersendiri. Berbanding 4 seasoned artists ini, Merdu bunyi suara, tone, muzik dan sebagainya sama seperti yang dimainkan di dalam radio. Dek kerana itulah barangkali, mereka di gelarkan Lagenda.

Enjoy the pictures.

_DSC0421

_DSC0281

_DSC0300

_DSC0180 _DSC0192

_DSC0088

Leave a comment