Lima Perkara

Salaam to all.

Tanggal 17 Januari 2014 yang lepas sekitar jam 9.50 malam bapa mertua saya, Abdul Hassan bin Mohd Batcha (yang kami panggil papa) telah kembali kerahmatullah di Hospital Kajang, Selangor. Allahyarham meninggal dunia akibat sakit paru-paru berkuman (chronic lung disease) yang menyebabkan beliau mengahadapi kesukaran untuk bernafas yang mana akhirnya membuatkan sistem badan menjadi semakin lemah serta hilang selera makan. Sepanjang hayat beliau tidak ada penyakit yang kronik (cth sakit jantung, darah tinggi) sakit biasa-biasa tu adalah.. Alhamdulillah urusan pengebumian telah berjalan lancar dibantu ahli-ahli kariah Masjid Taman Delima, jiran tetangga serta sanak saudara. Manakala majlis bacaan yaasin dan tahlil Allahyarham diadakan 3 hari berturut-turut bermula 18-20/01/14 di rumah kami.

Pemergian papa memberi 1001 pengajaran kepada kita yang masih hidup di dunia ini. Umum mengetahui hidup di dunia ini hanya sementara, akhirat jua tempat kembalinya kita nanti. Jadi apakah objektif kita hidup di dunia ini? adakah untuk mengejar kemewahan? status? pangkat? untuk siapa? seringkali kita lupa.. tujuan kita dilahirkan, dihidupkan di dunia ini.. ada sebabnya.. iaitu untuk taat kepada Allah SWT.. Membimbing/mengingatkan manusia ke jalanNya.. FIkirkan sejenak, apa yang telah kita buat selama ini, di dunia ini, untuk siapa? sampai bila? endingnya di mana? kosong.. kosong… kosong…

lambat laun, liang lahad tetap akan memanggil kita. Cuma masa yang menentukannya. Jadi saya ingatkan diri saya serta rakan-rakan semua, ayuh bangunlah, tanamkan niat apa jua benda/pekerjaan yang kita lalukan kerana Allah SWT, kerana ianya merupakan satu ibadah dan punca kepada amalan pahala dan bekalan di akhirat kelak.. bukan kerana status, diri sendiri, tetapi kerana Allah SWT. Tetapkan lah objektif kita hidup di dunia ini, usah dibiarkan kosong dan sia-sia. Do something that could benefit the mankind, dengan niat kerana Allah SWT.

kita yang masih hidup ini, hargailah  5 perkara sebelum tibanya 5 perkara;

1) sihat sebelum sakit – hargailah nikmat kesihatan yang kita ada kerana apabila sudah sakit, kita tidak akan tahu bila masanya kita akan dapat kembali nikmat kesihatan yang pernah kita rasai dahulu..

2) muda sebelum tua – hargailah masa muda yang kita ada dengan memperbanyakkan amalan ibadah yang boleh memberi pahala sebagai bekalan di akhirat kelak.. semua benda baik yang kita lakukan adalah ibadah.. contohnya mengajar, menasihat, bersedekah, membantu orang lain, dan sebagainya adalah suatu ibadah yang dituntut.. yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Perahlah masa muda kita dengan hujanan yang lebat (pelbagai amalan kebaikan) agar dapat kita penuhi ‘bakul’ amalan pahala kita diakhirat nanti.. serta agar kita tidak menyesal dihari tua nanti…

3) kaya sebelum miskin – hargailah masa yang ada sekarang untuk ‘meng-kayakan’ diri kita dengan bukan sekadar harta/wang ringgit, tetapi juga budi pekerti, ilmu pengetahuan, amalan, dan lain-lain lagi yang boleh memberi manfaat bukan sahaja kepada kita, tetapi masyarakat sekeliling, agama, bangsa dan negara. Kelak bila kita dah tua dan tidak sihat, kita tak mampu nak buat semua tu. Dengan ilmu dan pelbagai kekayaan yang kita ada sekarang, maka gunakanlah ia sebaik mungkin untuk berbakti kepada mereka yang memerlukan. Betul lah ungkapan ‘Masa itu Emas’ kerana masa yang telah berlalu  memang tidak akan dapat diambil / dipatah balik.

4) lapang sebelum sempit – Hargailah masa lapang dikurniakan kepada kita sekarang – lapang dari segi kewangan, rezeki melimpah ruah, dan pelbagai lagi sebelum tibanya waktu yang menyempitkan kita, yang menyukarkan kita untuk hidup di dunia ini. Lakukan lah pelbagai perkara yang berfaedah di waktu lapang yang diberikan, usah menunggu saat waktu yang menyempitkan kita kelak.

5) hidup sebelum mati – hidup hanya sekali dan mati itu pasti. Cuma tidak pasti bila waktunya. Justeru, hargailah masa hidup yang ada ini sebaik mungkin. Manfaatkan ia dengan pelbagai perkara yang membawa manfaat kepada semua, kerana kita dilahirkan di dunia ini ada sebabnya. Berikut adalah nukilan yang saya copy daripada tazkirah-umum.blogspot.com berkenaan amalan yang dibawa selepas mati, moga dapat memberi manfaat dan panduan kepada anda semua yang membacanya.

Amalan Yang Dibawa Selepas Mati

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)

Pertama “Sedekah jariah” ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti:
(1) Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum. Atau mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.
(2) Mendirikan – atau berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.
(3) Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum.
(4) Mendirikan rumah “musafir khanah” untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya.
(5) Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mendirikan hospital dan kutub khanah, mencetak al-Qur’an dan kitab-kitab Islam serta buka-buka pengetahuan yang berguna dan sebagainya.
Amalan “waqaf” dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah s.a.w.(3) dan telah berkembang di negara-negara Islam hingga hari ini dan seterusnya, malah ada yang datang membentuk “Kementerian Waqaf di negara masing-masing. Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Kedua: “Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain,” yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya. Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Ketiga: “Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya
Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau sebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang makbulnya.
Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang soleh dalam hadithnya ini, supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan sebaik-baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Serentak dengan itu kedua ibu bapa akan mendapat rahmat disebabkan usahanya mendidik anak-anaknya dengan sebaik-baiknya dan mendapat rahmat pula disebabkan doa anaknya yang soleh itu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s