Keikhlasan dalam beribadah sempena Ramadhan Kareem 1434H

ramadhan_01

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan kepada semua pembaca, selamat menyambut bulan Allah, bulan penuh keberkatan, bulan yang senantiasa dinanti-nantikan umat Muhammad SAW, yakni bulan Ramadhan Al-Mubarak 1434H. Seperti mana yang diketahui, bulan Ramadhan adalah antara bulan Islam yang mempunyai keistimewaan yang tertinggi dimana Allah SWT memberi peluang kepada hamba-hambanya untuk menambahkan pahala dan memperbaiki diri dengan melipat gandakan amal ibadah dan serta membuat pelbagai amal kebajikan. Antara perkara yang disarankan untuk dilakukan selain solat fardhu dan berpuasa adalah membaca Al-Quran, bersedekah dan beramal jariah, basahkan lidah dengan memperbanyakkan berzikir serta memperbanyakkan solat sunat seperti dhuha, rawatib, tahajjud, qiamullail dan sebagainya. Sesungguhnya amatlah banyak dan besar manfaat/ganjaran yang akan diperolehi bagi mereka yang mengamalkannya.

1

Manfaatkanlah bulan puasa ini dengan melakukan pelbagai amal ibadah, manfaatkanlah setiap masa, dan saat dengan pelbagai benda berfaedah dengan memperhambakan diri kepadaNya, agar puasa kita tidak kosong begitu sahaja. Sebagai contoh, luangkan sedikit masa setiap kali selepas solat fardhu dengan membaca sekurang-kurangkan 2 helaian muka surat Al-Quran. Mengikut pengiraan, Jika kita membaca 4-5 helaian muka surat, in shaa Allah, kita akan berjaya khatam Al-Quran pada bulan Ramadhan ini. (604 muka surat / 30 hari / 5 kali solat fardhu). Kenikmatan puasa itu akan terasa sekiranya kita melakukan amal ibadah yang disarankan, dan secara tidak langsung puasa itu akan terasa sekejap sahaja.

Jika hendak disenaraikan ganjaran pahala yang dijanjikan, amatlah banyak. Pandangan saya sendiri, jika kita betul-betul ikhlas dalam melakukan amal ibadah kerana Allah SWT, maka tidak perlu kita melihat akan ganjaran tersebut sebagai permulaan melakukan ibadah. Itu dikhuatiri akan membawa kepada ketidakikhlasan dalam beribadah. Sebaliknya, lakukan dengan penuh keikhlasan, dengan mengharapkan amal ibadah kita itu DITERIMA olehNya, mendapat TEMPAT disisiNya, serta mendapat KEBERKATAN dalam amalan yang telah kita lakukan. Itu yang lebih penting. Jika semuanya dilakukan dengan ikhlas, maka In Shaa Allah, dengan mudahnya ganjaran yang dijanjikan itu akan menjadi milik kita.

Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka, seperti ketibaan orang yang kita cinta. Dengan ucapan Ahlan Wasahlan, Marhaban Ya Ramadhan!

AMER AZLAN
14 Julai 2013 / 5 Ramadan 1434H

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s