Travelog Ziarah Umrah (Madinah)

IMG_2259

Subhanallah, Alhamdulillah Allahuakbar! Tahun 2014 buat pertama kalinya saya dijemput Allah untuk menjadi tetamuNya di Tanah Haram Mekah Al-Mukarramah serta tetamu Rasulullah SAW di Bumi Madinah Al-Munawwarah. Terima kasih pada abah, ibu dan keluarga atas sokongan yang diberikan sehingga dapat saya sampai ke bumi anbiya ini. Alhamdulillah segala perancangan sebelum, semasa dan selepas ziarah umrah dipermudahkan Allah SWT dan ingin saya berkongsi dengan pembaca semua pengalaman saya saya sepanjang berada di Bumi Anbiya’ ini, moga-moga dengan nukilan ini, dapat memberi sedikit panduan (bagi yang bakal kesana), inspirasi, hidayah semangat serta keinginan yang tinggi buat anda untuk menziarahi rumah Allah & Rasulullah suatu hari nanti, Insya-Allah.

Saya seperti juga yang lain, mulanya rasa kurang bersedia dari segi keyakinan, ilmu dan sebagainya. Tetapi saya bersyukur kerana Allah SWT telah memilih dan membuka pintu rezeki saya untuk menjadi tetamuNya, dan mungkin ini adalah peluang yang diberikan kepada saya untuk berubah/memperbetulkan diri saya untuk kembali kepada fitrahNya. Alhamdulillah peluang itu tidak saya siakan, dan saya mula membuat persiapan rohani dan jasmani beberapa bulan sebelum ke sana. Saya banyak membuat bacaan mengenai sejarah bumi Mekah dan Madinah, kisah-kisah perjuangan Rasulullah dan para sahabat baginda sewaktu menyebarkan ajaran Islam, Zikrullah serta bahan bacaan yang lain. Alhamdulillah melalui bacaan tersebut telah banyak memberi kesedaran kepada saya tentang keindahan Islam yang sebenar-benarnya dan menjadikan saya lebih dekat dengan Allah SWT.  Adalah penting untuk mempunyai momentum dan semangat sebegini agar kita dapat lebih menghayati tujuan ziarah serta umrah yang sebenar-benarnya yang bakal kita lakukan nanti. Jadi kepada bakal jemaah, saya nasihatkan, buatlah persediaan yang rapi terutamanya dari segi kerohanian kepada kepada Allah SWT agar kita dapat merasakan ‘hubungan’ yang betul-betul dekat dengan Allah SWT.

Kami menggunakan khidmat Andalusia selaku agen ziarah umrah kali ini. Alhamdulillah, segala proses amat mudah dan segalanya diuruskan oleh pihak Andalusia bermula daripada urusan passport, visa, kapal terbang dan penginapan. Seingat saya, tidak ada benda yang perlu saya lakukan, selain membayar wang deposit (untuk proses dokumen dan visa), serta menghadiri kursus setengah hari yang dianjurkan Andalusia dua hari sebelum bertolak ke sana. Kami diminta untuk berkumpul di KLIA dimana semua jemaah akan berkumpul di sana dan diberi taklimat oleh mutawwif yang bertugas mengiringi kumpulan kami sepanjang ziarah ini.

SAM_0990

IMG_2134Suasana ketika di KLIA. Puluhan beg jemaah ziarah umrah daripada pelbagai agen Umrah dikumpul setempat untuk memudahkan proses pendaftaran masuk 

Dari KLIA, Kami menaiki penerbangan Saudi Arabian terus ke Jeddah. Servis yang diberikan amat baik sekali. Sebelum berlepas, kami diiringi bacaan doa yang dibacakan oleh Juruterbang kapal, satu pengalaman yang tidak pernah berlaku setiap kali saya menaiki pesawat. Ruangan kapal adalah selesa, disaji dengan makanan yang sedap serta turut mempunyai ruangan solat dibahagian dibelakang untuk kemudahan para jemaah menunaikan solat.

IMG_2137 IMG_2138 IMG_2153

IMG_2161Satu pengalaman yang baru menaiki pesawat Saudi Arabian 

Kumpulan kami tidak terus ke Mekah, tetapi kami membuat ziarah di Madinah terlebih dahulu. Jadi, tidak perlu bermiqat umrah di Qarnul Manzil (iaitu kira-kira 2 jam sebelum mendarat), melainkan jemaah lain yang telah siap sedia berihram dan terus ke Mekah untuk membuat umrah.  Setibanya di Airport Jeddah,  kami diberi ujian pertama dimana perlu berbaris dan menunggu lama untuk melepasi kaunter imigresen. Sudah menjadi kebiasaan dimana Airport ini setiap hari sentiasa penuh dengan jemaah seluruh dunia yang berhajat untuk melakukan ziarah umrah. Maka ianya bukanlah sesuatu yang menghairankan. Dan sebelum ini juga ada rakan-rakan pernah beritahu supaya bersedia dari segi emosi untuk menghadapi situasi sebegini yang mungkin akan menguji keimanan dan kesabaran kita. Ada masanya, boleh mengambil kira-kira 4-5 jam untuk melepasi kaunter tersebut! Alhamdulillah, berkat kesabaran yang diberikan, kami berjaya melepasinya selepas kira-kira 2 jam berbaris menunggu giliran. Pokoknya disini ianya perlu sentiasa sabar, sabar dan sabar. Sambil menunggu, berzikir, ingat dan berdoalah pada Allah agar dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah akan dipermudahkan. Allah maha mendengar.

IMG_2164 IMG_2165Suasana di Airport Jeddah yang sentiasa penuh dengan ribuan jemaah dari seluruh dunia untuk menunaikan ziarah umrah. Sejurus selepas gambar ini diambil, ada kira-kira 2-3 kumpulan jemaah lagi yang baru tiba memenuhi ruangan ketibaan! 

 Kira-kira 4 jam lebih baru lah semua jemaah kumpulan kami berjaya melepasi kaunter imigresen, mengambil beg masing-masing dan menaiki bas untuk menuju ke bumi Rasulullah, Madinah Al-Munawwarah. Perjalanan ke Madinah daripada Jeddah mengambil masa kira-kira 5-6 jam.  Sepanjang perjalanan ini ada yang mengambil kesempatan untuk tidur sebentar dari kepenatan, ada yang berzikir, berdoa dan sebagainya. Nasihat saya, gunakan setiap masa yang ada di tanah haram dengan berdoa, bermunajat kepadaNya walau dimana kita berada agar setiap amalan yang kita buat mendapat pahala, serta membuatkan kita lebih seronok untuk beribadah, berbanding sekadar duduk tanpa tujuan dan fikiran yang kosong.  Lagipun, tujuan kita di sana memang untuk beribadah, mendekatkan diri dengan Allah, bukan tujuan lain.

Kira-kira selepas 2 jam perjalanan, kami berhenti di satu check point untuk solat jama’ maghrib & isyak, serta makan malam. Makanan telah siap disediakan pihak Andalusia, melalui agen mereka disini, dan kebanyakannya adalah masakan Indonesia. Saya difahamkan, ramai rakyat Indonesia menetap dan bekerja di sini jadi tidak hairan ‘pengaruh’ Indonesia itu ada dimana-mana termasuk dalam sajian makanan yang sedap ni🙂 Allhamdulillah IMG_2167 IMG_2166

Alhamdulillah, selepas hampir 6 jam perjalanan, kami tiba di Madinah dan check-in di hotel Mubarak Silver, lokasinya hanya beberapa meter daripada Masjid Nabawi. Tatkala pertama kali melihat Masjid Nabawi, abah berkata ‘ha tu masjid nabawi’ saya tidak mampu berkata apa-apa, dan tak percaya yang saya telah akhirnya sampai di sana.  Terasa zat keberkatan serta rahmat Allah SWT apabila melihat masjid yang penuh dengan keindahan dan sirahnya ini. Pada waktu itu kira-kira jam 3.30 pagi dan apa yang menakjubkan saya, walaupun waktu subuh masih lama lagi tetapi orang ramai sudah berpusu-pusu ke masjid untuk beriktiqaf (keadaan seperti orang ramai bergegas untuk menunaikan solat Jumaat). Satu keadaan yang amat jarang berlaku di Malaysia!

SAM_1047Lokasi hotel kami (jemaah Andalusia) di Mubarak Silver Hotel, yang terletak hanya beberapa meter daripada Masjidil Nabawi

THIS IS MADINAH AL-MUNAWWARAH (MASJIDIL NABAWI)

IMG_2552

Alhamdulillah ini lah masjid nabawi di Madinah. Masjid yang sangat luas dan besar sentiasa dipenuhi dengan ribuan jemaah yang hadir dari segenap pelusuk dunia  setiap hari.  Terasa nikmat yang terkata apabila beribadah di sini,

SAM_1018

SAM_1043
SAM_1174 SAM_1176

 ribuan jemaah membanjiri masjid nabawi setiap hari, setiap masa, setiap saat. Suasana paling ramai ini boleh dilihat sebaik sahaja selesai solat fadhu. Terasa kedamaian, ketenangan yang tak pernah dikecapi selama ini.. Alhamdulillah..

SAM_1177 SAM_1168

IMG_2182

IMG_2178

mimbar Rasulullah SAW

IMG_2258

IMG_2265

Inilah Maqam Rasulullah SAW bersama-sama dua sahabat baginda, Saidina Umar Al-Khattab & Saidina Abu  Bakar As-Siddiq. Maqam ini sebenarnya adalah lokasi rumah Rasulullah SAW bersama Aishah. Selawat dan salam keatas junjungan baginda Rasulullah SAW

IMG_2269 IMG_2298 IMG_2345Di masjid nabawi, ada dua karpet berlainan warna, iaitu warna merah dan hijau. Karpet yang berwarna hijau sentiasa menjadi tumpuan utama jemaah kerana disinilah salah satu bahagian yang istimewa untuk beribadah yang dinamakan Raudhah (taman syurga) oleh Rasulullah SAW sendiri. Ianya terletak diantara mimbar dan makam (dahulu rumah) Rasulullah SAW. Doa2 yang dipanjatkan ini Raudhah ini diyakini akan dimakbulkan Allah SWT dan Ibn Hajar Al-Asqalani dan Imam Nawawi mengatakan bahawa disitu tempat seharusnya diperbanyakkan doa.

IMG_2272

 alhamdulillah saya dan abah berkesempatan menunaikan solat fardhu jumaat  di kawasan raudhah, yang sentiasa penuh sesak dengan jemaah (bertambah sesak terutama pada hari jumaat!) jam pada masa ini adalah sekitar 11 pagi, dan rata-rata jemaah meluangkan masa dengan beriktiqaf, berzikir dan membaca Al-Quran. 

IMG_2342

karpet idaman di Madinah…

IMG_2525

IMG_2310

 itinerary ziarah madinah dan mekah yang disediakan pihak andalusia.. memang terbaik… ada problem? contact sahaja mutawwif yang bertugas.. mereka sedia membantu 

SAM_1021

kami ketika diberi taklimat oleh mutawwif mengenai kawasan masjid nabawi dan perkuburan Baqi yang akan dilawati..

SAM_1032 copy SAM_1034 SAM_1035

inilah perkuburan al-baqi..

Andalusia ada menyediakan itinerary lengkap sepanjang ziarah kami di madinah dan mekah. dihari pertama, selesai beriktiqaf, kami dibawa berjalan sekitar masjid dan melawat perkuburan baqi’ iaitu perkuburan penduduk2 madinah. Ramai ahli keluarga dan para sahabat baginda Rasulullah SAW disemadikan disini. Al-Fatihah.. Semoga diberikan kesejahteraan buat para penghuni A-Baqi Amin..

 

 

 

 

 

IMG_2474 IMG_2535

ini adalah antara aktiviti para jemaah masjid setiap kali selesai menunaikan solat fardhu.. ada yang bersolat sunat, berceramah, berzikir, membaca al-quran dan bertadarus.. Allahuakbar.. gambar tadarus di atas dirakamkan pada selepas selesai jemaah menunaikan solat subuh..

SAM_1104SAM_1083

IMG_2433 SAM_1111

 

 

 

dihari kedua kami dibawa melawat Jabal Uhud, lokasi pertempuran tentera Muslim dan tentera kafir  Quraisy pada 15 Syawal 3H..Disaat tentara Islam hampir peroleh kemenangan pada waktu itu, dirampas semula kemenangan itu dengan menabur wang dan perhiasan sebagai pancingan dari pihak musuh, menyebabkan tentera Islam mengingkari arahan Rasulullah SAW dan turun dari bukit untuk mengambilnya.. Tentera Quraisy mengambil kesempatan dengan menyerang mereka dari belakang dan menyaksinya syahidnya 70 tentera Muslim termasuklah  bapa saudara Rasulullah SAW, Saidina Hamzah RA serta sepupu baginda, Abdullah bin Jahsyi.. Ternyata kesan daripada perang uhud ini memberi pengajaran yang besar buat kita semua

SAM_1086makam Saidina Hamzah RA & Abdullah bin Jahsyi.. Al-Fatihah buat mereka dan para syuhada Uhud yang lain..

SAM_1088

 Nabi SAW bersabda, bukit uhud adalah salah satu bukit-bukit yang ada di syurga (H.R Bukhari). Jadi, jika kita hendak melihat bukit yang ada di syurga, maka ziarah lah bukit uhud.. 

Salah satu kekuasaan Allah di bukit uhud ini ialah warna batu-batunya kelihatan seperti kemerah-merahan seperti darah.. Allahuakbar.. Hanya Allah yang mengetahui.. 

 

SAM_1065 SAM_1053 SAM_1055

 kami juga turut dibawa menziarahi masjid quba’ yang penuh bersejarah  iaitu inilah masjid pertama dibina oleh Rasullullah setibanya baginda di Madinah ketika berhijrah dari Mekah.. Timing kami tiba di masjid ini elok2 pada waktu siang dan berkesempatan untuk menunaikan solat dhuha dan sunat tahiyatul Masjid.. 

IMG_2384

SAM_1074

 berkatnya mekah dengan air zam-zam, berkatnya madinah terletak pada kurmanya.. selesai ziarah masjid quba, kami dibawa melawat ke ladang kurma yang jaraknya tidaklah begitu jauh.. pelbagai jenis kurma boleh didapati disini, yang seeloknya beli kurma nabi yang ditanam di madinah kerana dikatakan syafaatnya lebih tinggi dan dapat membuang racun di dalam badan.. Hanya Allah yang mengetahui.. pelbagai makanan ringan lain seperti coklat dan kacang juga boleh didapati disini ada yg murah, ada yang mahal… 

IMG_2388 IMG_2389

menariknya disini, rata-rata peniaga disini adalah daripada Indonesia.. dan jemaahnya yang ramai daripada malaysia.. arab2nya sikit hehe

 IMG_2392

 

 

 

AKTIVITI PERNIAGAAN DI SEKITAR MASJIDIL NABAWI

IMG_2512

SAM_1147

 

beginilah keadaannya aktiviti perniagaan yang dijual diluar masjid nabawi.. penuh dengan pelbagai barangan daripada makanan sehinggalah aksesori pakaian.. namun jemaah diingatkan untuk tidak lalai sehingga membeli berlebih-lebihan sehingga lupa tujuan asal iaitu untuk beribadah.. sekadar beli2 biasa dan bersederhana untuk kegunaan dan souvenir boleh tiada masalah.. 

IMG_2360 IMG_2361 SAM_1140 SAM_1139

SAM_1184 SAM_1182 SAM_1181soal makanan tidak menjadi masalah kerana terdapat pelbagai jenis makanan terjual di sini, daripada selera arab sehingga ke selera malaysia/indonesia.. alang2 sampai negara arab, makanan favorite saya adalah kebab & sharwama yang ada terjual berhampiran masjid dan hotel.. makanan yang disediakan pihak andalusia juga sedap2 belaka dan sentiasa sedap.. alhamdulillah sepanjang hampir 13 hari ziarah umrah & madinah, makanan yang disajikan tidak pernah mengecewakan.. 

Diharapkan entri ini dapat memberikan anda inspirasi serta motivasi untuk menziarahi madinah, dan memberi info yang berguna pada anda sebagai panduan ketika menjejakkan kaki ke sini nanti. insya-Allah next entry saya akan kongsikan pengalaman di Mekah pula.. stay tuned

AMER AZLAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s