Inti Sari Khutbah Jumaat Rasullulah Yang Pertama

Rasulullah SAW melakukan solat jumaat pertama kalinya di Wadi Ranuna, kira-kira satu kilometer dari Masjid Quba atau 4 kilometer dari Madinah Al-Munawwarah. Di sana kini berdiri sebuah masjid yang diberi nama Masjid Jumaat.

img_1249Masjid Jumaat di Madinah

 

Berikut adalah ringkasan inti sari khutbah Rasulullah:

  1. Allah mengutus seorang nabi setelah sekian lama tidak ada rasul, dan ketika kejahilan dan kesesatan berleluasa.
  2. Asas IMAN adalah mentaati Allah dan Rasul-Nya.
  3. Orang Islam perlu sentiasa mengingati hari akhirat dan bertakwa kepada Allah swt.
  4. Beri perhatian serius terhadap semua peringatan yang Allah berikan.
  5. Ketakwaaan kepada Allah boleh memberikan pertolongan Allah kepada seorang yang beriman di akhirat.
  6. Orang yang memelihara hubungannya dengan Allah secara terangan atau sembunyi, dia mendapat kejayaan di dunia dan ganjaran pahala selepas mati.
  7. Ketakwaan kepada Allah menghapuskan dosa-dosa dan melipatgandakan pahala.
  8. Orang yang mengeratkan hubungannya dengan Allah, Allah juga akan mengeratkan hubungannya dengan manusia lain.
  9. Berbaik kepada Allah sebagaimana Dia berbaik kepada kamu.
  10. Ketakwaan kepada Allah menjadikan wajah bersinar dan mendapat keredhaan Allah.


Petikan daripada buku KHUTBAH RASULULLAH – WASIAT AGUNG BUAT UMAT TERCINTA
oleh Rohidzir Rais 

Leave a comment