IMG_3397

Amplang

 IMG_3415Assalamualaikum.

Saya berkesempatan mengikuti conference tour yang dianjurkan jawatankuasa sekretariat persidangan IBBC pada 21 Disember 2012 yang lepas. Antara tempat yang kami lawati adalah Bengkel Pemprosesan Keropok Amplang kendalian Puan Kasmah Basiran yang terletak di sekitar kawasan Merotai, Tawau, Sabah. Dikhabarkan masyarakat melayu Indonesia adalah merupakan pelopor kepada keropok ini yang menjadikannya sebagai kudapan petang. Apabila komuniti itu sedikit demi sedikit berhijrah ke sekitar Pantai Timur Sabah, maka makanan tersebut diuar-uarkan kepada masyarakat setempat dan akhirnya menjadi kegemaran masyarakat melayu berketurunan Bugis di Tawau. Sehingga hari ini, ianya telah menjadi signature dish di negeri Sabah.  Kualiti rasanya sedikit berbeza dan lebih enak di Tawau Jika dibandingkan dengan yang dijual di Kota Kinabalu. Harganya juga lebih murah, dimana jika di Tawau, anda boleh dapatkan sekilo dengan hanya RM16 berbanding RM30 yang dijual di Kota Kinabalu. Disini saya ingin saya berkongsi dengan anda semua serba sedikit tentang cara-cara pemprosesan keropok Amplang.

IMG_3373

IMG_3390

 tepung kanji antara bahan utama keropok amplang selain isi ikan tenggiri

Antara bahan utama keropok amplang adalah tepung kanji dan isi ikan tenggiri. Ikan tenggiri dipilih kerana rasanya yang enak selain warnanya yang menarik selepas digoreng. Bahagian yang paling mencabar adalah proses mengasingkan tulang ikan tenggiri tersebut. Isi ikan yang  telah diasingkan akan diadun bersama tepung kanji, garam, gula dan membentuk seperti doh.

IMG_3383 bahagian isi ikan yang telah diasingkan akan diadun dengan tepung kanji beserta bahan lain sehingga membentuk doh. Proses ini mengambil masa kira-kira empat jam

IMG_3386

IMG_3393

sesudah doh siap, ianya akan diuli dalam bentuk yang panjang dan dipotong menggunakan pemotong khas dalam bentuk silinder atau segi empat tepat  dan akan dipotong kecil secara melintang.

sesudah dipotong, maka sesi gorengan pun bermula. Di pusat pemprosesan Puan Kasmah ini, terdapat kira-kira empat buah mesin khas yang digunakan untuk menggoreng kepingan amplang yang telah dipotong kecil tadi. Ketika menggoreng, ianya perlu sentiasa dikacau agar tidak hangit dan perlu digoreng dengan minyak yang banyak selama lebih kurang 15 minit.

IMG_3401

Kepingan amplang yang kecil ketika proses penggorengan bermula

IMG_3400

Kepingan amplang yang sudah mula ‘mengembang’ setelah beberapa minit digoreng

 IMG_3408

IMG_3414

beginilah rupanya keropok amplang yang sudah siap digoreng. Rasa keropok ini selepas digoreng adalah sangat sedap berbanding beli yang sudah siap dibungkus :) 

IMG_3397
Sesudah siap digoreng, amplang tersebut akan ‘dijemur’ dan disejukkan agar ianya akan menjadi lebih rangup sebelum dibungkus

IMG_3398

dan akhir sekali amplang tersebut akan dibungkus dan bersedia untuk dijual sekitar Tawau, bandar-bandar/pekan di seluruh pelusuk negeri Sabah dan tanahair.

AMER AZLAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s