IMG_0324

Bengkel Tulis Thesis Cepat dan Pengurusan Artikel

IMG_0305

Assalamualaikum wbt & Salam tahun baru 2014!

Semalam (9/1/14) saya berkesempatan mengikuti bengkel sehari penulisan thesis pantas & pengurusan artikel kendalian penulis blog terkenal Dr Othman Talib (Dr OT) di TH Hotel, Kota Kinabalu. Bengkel ini dianjurkan oleh Malaysian Postgraduate Workshop Series (MPWS) yang berpengkalan di Seksyen 7 Bangi, Selangor. Ini merupakan kali ke-7 Dr OT mengendalikan bengkel di KK, dan merupakan yang pertama bagi saya. Dan bengkel ini adalah siri yang pertama dianjurkan MPWS bagi tahun 2014.

Alhamdulillah, bengkel berjalan lancar dan yang paling penting, saya mendapat banyak manfaat dan ilmu yang tak pernah saya ketahui mengenai penulisan & pengurusan thesis/artikel. Almaklum lah, saya ni masih dikira sebagai novice lagi dalam bab-bab menulis thesis/artikel ni jadi banyak benda yang masih perlu dipelajari. Disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang diperoleh daripada kursus ini dan diharapkan dapat memberi manfaat & panduan kepada para pembaca, terutamanya bagi mereka yang mempunyai perancangan / sedang melanjutkan pengajian ke peringkat masters/PhD.

IMG_0308

Menurut Dr OT;

– Isu minor atau major correction bukan lah satu isu yang terlalu besar, sebaliknya isu yang paling besar ialah HABIS menulis thesis. Major atau minor correction boleh dibuat berdasarkan masa yg telah diberi oleh penilai, samada 3 atau 6 bulan. Sesetengah calon, mereka boleh menghabiskannya dalam masa 3 hari sahaja. Walaupun lewat disebabkan major correction, ia tidak sepatutnya menjadi isu besar kerana sudah ada progress dan mendapat feedback daripada penilai. Tetapi masalah paling utama ialah apabila TIDAK HABIS MENULIS, TIDAK/LAMBAT  MEMBUAT PEMBENTANGAN  (DEFENSE/VIVA).

– Jika start menulis awal, tidak semestinya kita akan habis awal. Tetapi jika start menulis lambat, CONFIRM, akan habis lambat. (psycho juga ayat ni, tapi difikirkan balik memang betul)

– Diperingkat awal, kita harus tahu untuk membezakan diantara TOPIK dan TAJUK. Dalam membuat proposal, perkara paling penting adalah memilih TOPIK yang sesuai, bukan TAJUK.  Risiko memilih TAJUK dahulu ialah akan menyebabkan kesukaran untuk mencari artikel yang sesuai untuk menyokong idea-idea untuk kajian kita nanti. End up, kita akan banyak membuang masa dengan menukar pelbagai TAJUK yang baru. Dalam memilih TOPIK pula, tidak boleh berdasarkan SENTIMEN/EMOSI semata-mata atas sebab yang sama, susah untuk kita nak cari sumber-sumber rujukan yang bersifat scholar.

– Dalam membuat bacaan, perlu membuat EXTENSIVE reading terlebih dahulu (iaitu pembacaan yang menyuluruh mengenai kajian yg ingin dijalankan) dalam erti kata lain dapatkan ideanya dahulu, atau gambaran keseluruhan mengenai topik itu dengan lebih lanjut terlebih dahulu, kemudian barulah disusuli dengan INTENSIVE reading (pembacaan yang terperinci/lebih lancet mengenai topik tersebut). Dalam membuat EXTENSIVE reading, perlu baca isu-isu terkini mengenai topik/bidang kita itu, dan untuk itu, bacalah journal yang paling terkini (2014 ke bawah). Kesilapan yang selalu kita buat dalam memilih topik yang sesuai adalah membaca journal2 yang mempunyai isu-isu yang lapuk/lama, contohnya journal2 sekitar 2008 kebawah. End up, kita pun akan propose topik yang lama, yang dah banyak lagi diperdebatkan /dibuat maka tidak ada novelty nya disitu. Kenapa perlu terlebih dahulu baca journal2 yang lama, untuk cari topik kajian kita? sedangkan topik itu perlulah yang terkini/paling latest. (huerrmm selalu buat yang part ni huhu)

– kita perlu tahu senarai Journals yang ada yang berkaitan dengan bidang kita buat tu. Contohnya, kita nak buat kajian dalam bidang Kewangan – Struktur Modal, jadi perkara pertama yg kita perlu tahu ialah apa senarai journals yang ada/available dan kita boleh refer untuk buat kajian dalam bidang itu?Journals tu jugak perlulah yang berindeks & mempunyai impact factor yang tinggi. Ini penting sebab, kalau kita tahu senarai journals tersebut, maka mudah untuk kita dapatkan sumber rujukan, dan kurang arguments sebab LR yang menyokong kajian kita itu disokong oleh artikel-artikel yang datangnya daripada sumber journals yang berimpak tinggi dan berkualiti.

IMG_0310

contohnya, kalau nak buat pasal Chemistry and Teaching, so perlu lah tahu at least 10 journals yang available berkaitan bidang itu supaya mudah untuk dapat sumber rujukan kelak *ini contoh Dr OT bagi, daripada student dia yg buat kajian tentang ini

– Dalam mencari sumber rujukan, kita perlu lah banyak membuat rujukan daripada JOURNALS, bukan BUKU kerana kedua-dua nya mempunyai perbezaan yang ketara. Kalau JOURNALS, ianya adalah sumber yang PRIMER dan  bersifat scholar articles (maksudnya artikel yang ada penulis, beserta tahun dan mempunyai banyak kajian yang updated tentang bidang tersebut), Kalau BUKU pula, ianya adalah sumber yang SEKUNDER, dan bukan bersifat scholar articles (maksudnya isi kandungannya banyak yang BASIC, contoh, INTRODUCTION to FINANCE, etc etc, tidak updated sekerap JOURNALS, tidak banyak isu-isu/ perkembangan / arguments terkini mengenai bidang tersebut). Jadi, dalam bahagian references kita tu, perbanyakkanlah sumber-sumber rujukan daripada JOURNALS, dan kalau boleh yang updated punya, bukan semuanya yang old version (i.e journals tahun 80an,90an, awal 2000).

Sebenarnya banyakkkk lagi benda yang saya nak kongsikan, tetapi agak susah nak cerita semua disini. gambar dibawah ni adalah benda kami pelajari sepanjang kursus semalam (Route #2 KOTC) tentang teknik pengurusan artikel menggunakan MENDELEY (YANG SANGAT MEMBANTU), teknik menulis dengan cepat menggunakan OFOT, DMOT, dan paling best ZDOT!  (Zero Draft of Thesis). Banyaklah. Bagi anda yang masih BLANK, CONFUSE, BLUR tentang penulisan thesis / artikel ni, saya cadangkan anda JOINLAH kursus-kursus anjuran MPWS ni, terutamanya kursus-kursus kendalian Dr OT yang banyak membantu dari segi penulisan, pengurusan, analisa thesis dalam cara yang mudah dan selesa.

IMG_0317

IMG_0324

sesi wajib bergambar dengan Dr OT. Bangga kejap hehe..

DSC_1178

DSC_1177

DSC_1173

DSC_1191

sumber foto: http://www.drotspss.blogspot.com

kalau tak berkesempatan join kursus-kursus Dr OT, boleh lah baca blog beliau yang BANYAK POSTS tentang PELBAGAI isu-isu berkaitan penulisan thesis etc. Seronok baca blog Dr OT ni sebab mudah untuk faham dan sangat santai. Address blog Dr OT http://www.drotspss.blogspot.com

AMER AZLAN
10/1/2014

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s