Sonata Musim Salju

Alhamdulillah selepas beberapa hari menahan cuaca sejuk akhirnya snow turun juga. Baru lah berbaloi struggle tahan sejuk bila snow turun, dapat juga lah experience satu fenomena yang memang takkan dapat di Malaysia. Kali terakhir Birmingham terima snow sekitar 3-4 minggu lepas, agak lebat pada awalnya tapi hanya tahan tak sampai sehari. Jadi tak sempatlah nak bergambar & main, tambahan pula waktu tu adalah hari persekolahan, so budak-budak mmg tak sempat nak experience snow.

Alhamdulillah kali ini snow turun tak lebat, tapi konsisten sampai petang. Masuk lewat petang salji dah mula cair. Peluang untuk experience snow memang takkan dilepaskan kali ini. Awal pagi lepas sarapan nasi lemak & teh tarik, terus capai kamera D90 & siap2 untuk ke Grove Park (sebelah rumah je) untuk bergambar.

Di park ini memang tak ramai orang, hanya few yang datang & mostly walking their dogs. Mungkin sebab weekend, jadi dorang malas nak keluar dan prefer di rumah saja. Yang paling batak adalah kami, siap dengan pelbagai pose bila ambil gambar hihi. Memang cantik pemandangan bila taman rekreasi ni diliputi dengan salji (walaupun tak berapa tebal). Tambahan lagi dengan tasik yang berpenghunikan itik2 dan angsa, menambahkan lagi seri gambar yang bertemakan winter kali ini. Di Grove Park kebanyakan kawasannya landai, jadi tidak ada ruang untuk main Sledge (papan luncur salji). Asalnya tak ada plan nak main sebab salji bukannya tebal pun. Tapi disebabkan Aanaz nak juga main, maka kami pun bertukar lokasi ke satu lagi taman rekreasi di Weoley Park. Di sana kawasannya agak berbukit & sesuai untuk main sledge.

1

Asalnya macam segan nak bawa keluar papan luncur ni dari kereta sebab bukan tebal pun salji hehe tapi.. tebalkan aja muka. Walau meletihkan tapi seronok juga. Lagi seronok kalau salji turun lebat & berlapis-lapis. Barulah smooth & ada umphh hehe. Apapun, syukur atas kurnianNya yang memberi peluang kepada kami untuk experience snow kali  ini.

Harborne, Birmingham
11.02.2017 (sabtu) 9.45 pm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s