#Asingkan

Kehidupan di Birmingham banyak membuka mata aku terhadap pelbagai benda yang jarang-jarang atau tak pernah ada lagi dibuat di Malaysia. Salah satu yang aku nak kongsikan disini ialah tentang pengurusan sisa pepejal isi rumah (household waste management). Pengurusan sisa pepejal yang dikendalikan pihak Birmingham City Council amat sistematik dan seolah-olah dah menjadi satu budaya oleh masyarakat sini  untuk mengasingkan sisa pepejal ikut tong sampah yang disediakan. Bila semua orang pun buat, nampak lah kan yang benda ni bukan lagi perkara baru.

Tong sampah yang setiap satunya berlainan warna penutup. Penutup hitam untuk sampah biasa. Penutup biru untuk barangan yang boleh dikitar semula. 

screen-shot-2016-12-28-at-6-30-01-pmscreen-shot-2016-12-28-at-6-30-20-pm

Setiap rumah diberikan dua tong sampah yang berlainan warna penutup. Untuk sampah biasa (macam sisa makanan, dan lain-lain)  wajib diletakkan dalam plastik hitam dan diletakkan dalam tong sampah yang penutup warna hitam. Manakala untuk sampah yang boleh dikitar semula, tak boleh sumbat sembarangan dalam satu plastik. Dalam recycling wheelie bin (penutup biru) yang disediakan tu, ada satu ‘pod hitam’ atau macam compartment kecik diletakkan dalam tu. Hanya kertas-kertas dan cardboard sahaja yang boleh diletakkan dalam compartment tu. Manakala untuk sampah macam plastik, kaca, dan tin, perlu diletakkan di bahagian bawah compartment dalam tong tu. Sampah jenis lain yang tak berkenaan tak dibenarkan dibuang di sana. Nampak tak punya strict dan fussy nya dorang ni. Kalau rasa-rasa confius dengan penjelasan aku ni, boleh rujuk gambar di atas ni, yang mana penerangannya lebih ringkas.


GARDEN WASTE 

screen-shot-2016-12-29-at-9-33-07-pm-copy

Garden waste lain lagi. Kalau korang buat gardening, potong rumput etc, sampah-sampah tu tak boleh sembarangan dicampurkan dengan sampah-sampah lain. Perlu diasingkan. Dan paling tak best, collectionnya adalah berbayar dan bukan percuma. Rujuk pada info atas, kalau nak dapat diskaun, kena book online. Kalau early bid sign up on December 2016, dapat diskaun lagi. So far aku dah dua kali buat gardening, bersihkan laman rumah. Sampai sekarang sampah-sampah tu masih elok tersadai dalam plastik kat tepi rumah. hehe. Ada member bagi tips, masukkan la sikit-sikit garden waste dalam sampah biasa. Jangan masuk semua. Nanti kantoi. Ada neighbour ambik shortcut, bakar terus garden waste tu. Tapi standby la neighbour lain bising. Hahah macam-macam.

Awal-awal aku sampai Birmingham memang aku confius dan tak tau pun pasal ni. Sebab menjadi amalan di Malaysia sebelum ni semua jenis sampah aku sumbat dalam plastik (korang pun sama kan). Termasuklah garden waste. Pendek cerita, senang kerja kita. Sampah semua habis pihak dewan bandaraya sapu kasi bersih hehe. Siap air sampah menitik-nitik jatuh ke jalan depan rumah, sampai habis kawasan jalan rumah kau tu bau sampah. Kalau drive belakang lori sampah, kau tutup tingkap, pasang aircond pun bau sampah masih boleh masuk dalam kereta. Hehehe.


INISIATIF KERAJAAN MALAYSIA

screen-shot-2016-12-29-at-10-19-58-pm-copy

Info grafik #Asingkan di dalam laman web KPKT

Tapi fikirkan balik, ada baik nya bila sisa pepejal ni diasingkan. Ini adalah satu inisiatif penting dalam kita memelihara kesihatan awam dan alam sekitar. Bila sisa pepejal diasingkan, jumlah sisa pepejal yang akan dihantar ke tapak pelupusan pun akan semakin berkurang (sekaligus kurang pencemaran udara) dan dapat elakkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula. Bahan yang boleh dikitar semula, akan diserahkan kepada syarikat yang mengendali, yang mana dapat menjana ekonomi negara. Selain tu, kerajaan dapat kurangkan kos utuk proses pelupusan sisa pepejal. Pendek kata, banyak kelebihan dan hikmah yang kita tak nampak bila kita amalkan sistem pengurusan sisa pepejal secara efektif macam ni. Negara mat saleh dah lama buat benda ni sebab dorang tau benda ni banyak kebaikan.

Syukur alhamdulillah, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesejateraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (diketuai oleh Menteri Datuk Rahman Dahlan) telah memulakan inisiatif ini melalui kempen #ASINGKAN yang bermula secara berperingkat mulai 1 September 2015. Aku rasa, korang semua mesti tau pasal ni, terutamanya beberapa kawasan dan negeri yang terlibat. Dan aku selalu nampak sebelum NI YB Rahman Dahlan jenuh mempromosikan sistem pengurusan sisa pepejal ni seluruh negara tapi sayangnya ada segelintir yang kondem kata benda ni melecehkan, susahkan orang dan macam-macam lagi (termasuk aku). Bila aku lalui sendiri benda ni, baru aku faham kepentingannya. Beliau buat ni bukan semata-mata faktor politik, tetapi sebab amanah yang dipikul selaku Menteri yang bertanggungjawab. Apa yang cuba dilakukan sekarang adalah mewujudkan satu budaya baharu dalam menguruskan sistem sisa pepejal dikalangan rakyat Malaysia. Bukan senang nak wujudkan budaya baharu yang orang masih tak biasa buat dan ianya akan memakan masa. Itu sebab kempen #Asingkan ini dilakukan secara berperingkat, yang mana peringkat permulaan tertumpu di beberapa negeri di semenanjung Malaysia. Lama kelamaan nanti akan diperluaskan di seluruh Malaysia. Jadi aku sarankan pada korang semua warga Malaysia, sokonglah inisiatif yang dilakukan pihak kerajaan ini. Bagilah kerjasama sepenuhnya, agar kita sama-sama dapat memakmurkan lagi negara kita yang tercinta ini.

Harborne, Birmingham
29 Disember 2016 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s