Euro Escape 2016 – Barcelona

Selesai misi ‘penjelajahan’ di Bordeaux, kami teruskan kembara percutian di tanah Sepanyol di bandaraya Barcelona. Menaiki pesawat Easy Jet perjalanan dari Bordeaux – Barcelona hanya makan masa sejam setengah. Sampai di ariport agak lewat malam sebab bertolak dari Bordeaux pun lewat (kira-kira jam 7 malam). Perancangan asal ialah sesampainya di airport barcelona, kami perlu ke kaunter tourism centre untuk tukar online metro ticket yang dah dibeli online kepada real ticket. Malangnya tourism office dah tutup pulak, so terpaksalah ubah plan daripada naik metro kepada naik bas untuk menuju ke Plaza Catalunya (city centre).

Sesampai di sana, kami teruskan perjalanan ke hotel penginapan yang terletak di Sagrada Familia, dengan menaiki metro (underground train). Sampai di SF agak lewat malam dan jadi cabaran pulak untuk cari hotel yang katanya sangat dekat dengan lokasi metro. Tapi disebabkan masing-masing dah penat dan dengan beg yang berat, maka terpaksa aku pergi cari hotel, sambil wife dan anak duduk dulu rehat di Costa Coffee berhampiran. Kalau ikutkan hotel memang dekat, tapi disebabkan dah terlalu penat dan lewat malam, ditambah dengan keadaaan masa tu yang agak gelap (tak nampak lampu) so aku jadi terkial-kial mencari hotel hampir sejam lepas tu baru jumpa. Kau boleh bayang kan hampir sejam? Pendek cerita, aku pun pergi semula ke wife dan anak, dan kami decided naik teksi aje ke hotel walaupun distance takla jauh sangat (5 minit je jalan kaki). Tak jauh pun, kena la jugak teksi caj 8 Euro mahal gila (mungkin sebab midnight fare).

Cerita check in hotel pulak. Kami stay di Hotel Sagrada Familia, alamat Corsega 541-543 (aku ingat lagi alamat sebab penat mencari haha). Wife aku biasanya booking hotel untuk 2 adults, tak masuk anak kami yang umur 5 tahun. Sebelum ni mana-mana kami pergi travelling, hotel biasanya tak query pasal tu. Tapi lain pulak cerita kat sini. Bila aku kata check in for 2 adults, then receptionist tu tanya, “only 2 of you? what about your son?”. So aku jawab “yeah he’ll sleep with us”. Then dia pelik dan kata “but you are going to need 3 beds since you have your kid with you. It suppose to be 2 +1” Aku pulak blur sebab sebelum ni tak pernah ada hotel yang query pasal tu. So aku jawab “yeah he’s just a kid so we don’t include him online”. Then he replied “Yeah just a kid. You gonna have to change your room tomorrow morning for three ok. Meet my friend tomorrow to switch your room”. Dalam hati aku kata kau ni poyo sangat lah memang dasar kapitalis nak suruh aku bayar lebih sedangkan hotel tu aku dah bayar. Panas hati masa tu sebab penat travelling dan stress mencari hotel masih membuak-buak. Wife aku bisik “buat bodoh je dah la”. Receptionist tu insist untuk aku tukar bilik sebab anak aku yang umur 5 tahun tu dikira sebagai adult juga (dan antara polisi kebanyakan hotel di sini). Untuk tukar bilik memerlukan aku tambar lagi 60 Euro. Baik aku beli tiket tengok Barcelona vs Espanyol minggu tu so decided no way aku nak tukar bilik. Sampai dibilik, panas di hati belum hilang, dan hampir-hampir aku minta wife carikan hotel lain untuk kami pindah esok pagi  gara-gara tak puas hati. Hahah emo berlebihan pulak kan. Malam tu tidur, dan bila bangun pagi, alhamdulillah kemarahan dah reda, dan syukur alhamdulillah aku tak terikut-ikut emosi untuk tukar hotel baru, kalau tak terbangg lagi duit huhu. Memandangkan kami dah fully bayar hotel, so kami decided untuk buat bodoh dengan request dorang yang sangat berkira dan dasar kapitalis. I am not going to let that idiot to spoil my holiday mood.

RONDA-RONDA BANDARAYA BARCELONA

Cerita ronda-ronda Bandar pulak. Barcelona is such a beautiful city. Masalahnya metro dia distance jauh-jauh la pulak. Penat kaki jalan tak hilang lagi. So lepas buat research, wife aku suggest untuk tour city naik hop on hop off city bus yang sememangnya boleh cover semua tourist attractions selama 1 – 2 hari. Memang kena bayar lebih sikit, tapi, kau akan dapat lebih experience, dapat cover lebih banyak attractions within a day, kurang penat berjalan (lebih-lebih lagi yang ada anak), boleh jalan ikut timing sendiri, dan macam-macam lagi lah advantage nya kalau nak bandingkan dengan jalan sendiri naik metro atau teksi. Dan alhamdulillah, keputusan yang dibuat untuk naik hop on hop off bus adalah amat tepat.

Meneroka bandaraya Barcelona menaiki Hop On Hop Off Tour Bus.
Perjalanan yang kurang meletihkan dan semestinya berbaloi!

Banyak tempat kami dapat cover dan amik gambar, dan yang penting tak begitu penat! Bagi aku kalau nak berjalan ni, biarlah kita enjoy dan happy. Jadi aku cadangkan korang kalau pergi mana-mana city, nak tour city tu naiklah city tour bus. Bayar, naik bas, bukak map, target lah mana tempat yang korang nak pergi, dan bila sampai stop, korang turun dan jalanlah sikit ke tempat tu dan posing, lepaklah kat sana selama mana yang korang nak. Dah boring, pergi balik stop tadi, tunggu bus sampai, dan pergi lah ke destinasi seterusnya. Memang kena bayar lebih sikit tapi jangan berkira sangat sebab rewards dan kepuasan yang yang korang akan dapat lebih besar dan memuaskan.

Di Barcelona banyak tempat-tempat menarik yang korang boleh pergi. Antara must visit ialah Sagrada Familia, Camp Nou, Park Guell, dan Montjuic Castle & Hill. Gambar-gambar di bawah ni antara tempat yang sempat kami singgah.

(gambar atas) Bergambar di Sagrada Familia, gereja Roman Catholic yang penuh dengan sejarah tersendiri dan merupakan antara ikon utama di Barcelona. Apa yang menarik tentang gereja ni dari awal pembinaan sekitar 1882 sampai sekarang tak pernah siap dan progress pembinaanya sangat slow. Antara sebabnya ialah sumber kewangannya bergantung sepenuhnya pada private donations, dan   perang saudara sepanyol juga antara faktor yang membantutkan pembinaannya. Pembinaan SF ni sebahagiannya turut mendapat sentuhan emas Antoni Gaudi, seorang artikel legend tempatan yang mana hasilnya mendapat pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage Site.

Camp Nou, stadium utama pasukan bolasepak gergasi Barcelona antara yang must visit. Boleh buat museum & stadium tour. Awas peminat bola boleh jadi rambang mata kalau masuk di Megastore! Standby Euro aje!

Park Guell, sebuah taman yang sangat unik dan diisytiharkan sebagai UNESCO World Heritage Site. Hasil sentuhan Antoni Gaudi jugak, seorang artikek tempatan yang legend. Pastikan Park Guell antara major bucketlist korang bila datang Barcelona! Masuk park ni sorang kena caj 8 Euro. Free admission for kids. Berbaloi sangat masuk. 

Ini antara tempat yang paling best yang korang mesti pergi. Montjuic Castle & Hill. Actually kami tak intended pun nak masuk castle tu. Tapi lokasinya yang terletak kat atas bukit dan pemandangan yang cantik tu yang membuatkan kami nak naik ke atas. Kami pergi tempat ni pada hari kedua di Barcelona. Yang ni kami spent masa about half day jugak sebab nak relax and enjoy the beautiful scenary. Dari city centre, naik metro ke Parel.lel station. Dari parel.lel station, naik another tren menuju ke atas (Montjuic castle). Dah sampai atas, naik cable car menuju ke atas bukit (top of the hill) dan ke castle. Naik cable car sorang kena caj 8 Euro (return trip). Tapi memang best lah sebab on the way ke atas bukit via cable car, korang akan disajikan dengan pemandangan indah dan ohsem keseluruhan bandaraya Barcelona! (seperti dalam gambar kat atas). Beberapa skycrapers dan landmarks macam Sagrada Familia, dan Torre Agbar boleh nampak dari atas. Such a priceless experience, berbaloi baloi. Sampai di castle, kami tak masuk sebab malas dan tak minat sangat hehe. Yang buatkan kami tertarik ialah scenary nya yang cantik. Belah kanan bukit, boleh nampak ocean view dan pelabuhan Barcelona yang penuh dengan muatan kargo dan cruise ship. Belah kiri bukit pula boleh nampak keseluruhan bandaraya Barcelona. Sekitar kawasan bukit tu juga dijadikan macam kawasan rekreasi, so ramai juga tourist yang jogging di sini, dan jalan-jalan santai. Memang best lah!

dua bangunan atas ni asalnya kami tak tau pun ianya famous. Lepas tengok banyak review dan mostly kata ini antara hotspot, jadi kami pun turun bas dan amik lah gambar hehe. Yang belah kiri namanya Casa Milla (aka La Perdrera) by Antoni Gaudi, yang belah kanan namanya Casa Bastillo (another Gaudi’s masterpiece).

Plaza Catalunya dan La Rambla antara tourist hotspot di tengah bandaraya Barcelona. Kalau nak beli souvenirs, sini lah lubuknya di La Rambla. Banyak sangat pilihan, berbanding Bordeaux yang agak susah nak cari souvenirs. Kebetulan kami pergi ni musim perayaan christmas, so christmas market pun ada dibuka di sini. Di plaza catalunya banyak burung merpati kat sini so kalau amik gambar memang cantik.

Bagi peminat HRC, wajib lah singgah yang terletak di Plaza Catalunya, bersebelahan La Ramblas jugak. Tak dapat nak beli, amik gambar depan HRC pun jadi ler. Harga souvenirs aku rasa mostly standard dan lebih kurang sama tempat lain. Beza currency je lah. Tapi new experience untuk aku bila wife ajak lepak minum kopi di sana, saja nak feeling-feeling rock dan nak experience kupi2 di sana. Memang great ambience, staff nya pun sangat friendly. Overall, we had great time at HRC Barcelona.

Kalau nak ikutkan, 2 hari tak cukup nak fully explore Barcelona. Tapi apapun, bersyukurlah dapat tengok sendiri keunikan, keindahan bandaraya metropolitan ni dengan lebih dekat walaupun hanya dua hari. Ada banyak lagi tempat yang aku tak sempat nak cover dan share dengan korang semua, so maybe korang boleh sambung research dan share tempat-tempat lain yang cool di Barcelona okay!

Harborne, Birmingham
27 Disember 2016

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s