Euro Escape 2016 – Bordeaux

Alhamdulillah selesai kuliah untuk winter term 1 (Oct-Dec 2016) pada minggu ke-3 bulan disember lepas. Sebagai simbolik kepada penutupan tirai kuliah, module instructor kami tak lupa untuk kirimkan buah tangan berupa assignment mengenai ‘designing your research’ yang perlu ditulis sebanyak 4,000 patah perkataan dan dihantar pada minggu ke-dua Januari 2017. Fuh berpeluh la nak menyiapkan.. Kebetulan deadline assignment clash pula dengan deadline sub-topic draft yang perlu aku submit pada suvervisor pada bulan yang sama!

Apapun, cuti tetap cuti hehe. Disini waktu yang paling ‘afdhal’ untuk pergi bercuti (khususnya bagi yang berkeluarga) adalah pada sesi cuti sekolah sebab rekod kehadiran anak amatlah dititik beratkan oleh pihak sekolah. Sekiranya tidak hadir untuk beberapa kali (melainkan sakit) tanpa sebab, maka parents yang akan dipanggil, akan dikenakan penalti (beratus pound juga kena), dibicakan di court, dan akan di-kaunseling-kan oleh pihak council. Secara tak langsung, rekod anak kau jugak yang akan jadi buruk, which is not good for the kids. Jadi bila tiba waktu cuti sekolah, kebiasaannya highway akan penuh dengan kereta dan caravan menandakan orang ramai mula berpusu-pusu keluar pergi bercuti bersama keluarga. Termasuklah aku hehe.

Destinasi yang dipilih adalah dua bandar utama di Eropah iaitu Bordeaux (France) dan Barcelona (Spain). Sebenarnya ada direct flight dari Birmingham ke Barcelona tetapi tiket pada waktu itu agak mahal, dan untuk dapatkan tiket yang murah, memerlukan kami untuk singgah ke Bordeaux terlebih dahulu melalui London. Maka terhasil lah route kembara percutian kami bermula dari Birmingham – London (transit melalui tren) – Bordeaux (Ryan Air) – Barcelona (Easy Jet) – London (Easy Jet) – Birmingham (Tren).

Di King’s Cross St. Pancreas tube station di London 

Dari Birmingham kami naik Virgin Train yang memakan masa lebih kurang satu jam setengah dan merentasi beberapa perhentian sebelum sampai ke stesen London Euston (macam KL Sentral lah lebih kurang). Dari Euston, kami perlu naik London tube ke stesen King’s Cross St Pancreas dan naik bas ekspress dari sana untuk ke Sandstead Airport (low cost terminal). Perjalanan memakan masa lebih kurang satu jam setengah juga untuk sampai ke airport dan agak membosakan sebab laluan yang penuh dengan traffic light dan kebetulan London pada waktu itu agak sesak. Sampai di airport kami menaiki pesawat Ryan Air untuk ke destinasi pertama, Bordeaux.

Bonjour, Bordeaux 

Alhamdulillah setelah menaiki beberapa jenis public transport hehe (tren, tube, bus & flight) kami selamat tiba bandar Bordeaux  yang indah dan kaya dengan sejarah tersendiri. Cuma ada pengalaman menarik ketika sampai di airport. Ketika sedang beratur untuk melepasi pemeriksaan imigresen, kami telah ditahan oleh polis yang bertugas atas sebab nama aku dikatakan tersenarai antara nama-nama yang telah diblacklist kan untuk masuk ke Perancis. Hahaha tak kau panik dan cuak masa tu. Tambahan lagi dengan kepenatan travelling dari awal subuh sampai malam, tuhan je yang tahu betapa stressnya kami waktu tu. Jadi kami pun dibawa jalan ke balai polis untuk pemeriksaan lanjut. Dalam kepala aku fikir mustahil kena blacklist. Dan at the same time fikir mati lah malam ni tidur dalam jel.  Hasil pemeriksaan sistem, rupanya nama aku Amer Azlan ada dekat-dekat dengan nama mamat Pakistan yang hujung dia nama Aslam. Polis tu berkali-kali apologise dan mengatakan “I have no option but to verify it and I am  just doing my job”. Aku kata ok bah kalo kaw no problem. Dari airport, perjalanan diteruskan dengan menaiki bas ekspress ke train station, Gare St. Jean yang terletak berdekatan denga hotel penginapan kami. Satu tips untuk yang suka travelling (khususnya yang berkeluarga), bookinglah hotel yang dekat dengan main train station agar perjalanan anda menjadi lebih mudah. Tips ni pun datangnya daripada wife aku hehe.

Dalam posting ni aku tak berhajat untuk share expenses & bajet trip sebab pattern perbelanjaan setiap orang mungkin lain-lain. Ada yang pefer duduk hotel biasa, ada yang nak selesa duduk hotel mahal sikit. Ada yang prefer naik teksi all the time, ada yang prefer jalan kaki atau beli travel card etc. So, depends on your preference. So, bajet pandai-pandai sendiri lah tentukan. Aku sekadar share pengalaman dan lokasi-lokasi menarik yang korang boleh pergi sekiranya satu hari nanti korang berhajat untuk bercuti ke sini pulak. Kami hanya 2 malam di Bordeaux, ertinya hanya ada masa sehari penuh saja untuk berjalan. Menariknya di sini, kami TAK JUMPA orang melayu langsung, berbanding di London dan Paris. Jadi the locals yang tengok kami, memang tau lah kami tourist. Antara masalah utama ialah komunikasi, tak semua yang fasih berbahasa inggeris, termasuk mesin beli tiket tram. Jadi terkial-kial lah kami nak membeli tiket dek tak faham francais. Namun syukur Allah swt permudahkan. Agaknya ada yang perasan kami blur di mesin tiket, maka ada dua local people datang pada kami offer tiket free yang mereka dah tak gunakan lagi (tetapi masih valid dan ada balance). Kami pun terkesima sebentar, dan tak henti mengucapkan ‘merci merci’ (terima kasih) pada mereka. Kemudian kami teruskan perjalanan ke beberapa targeted destination dengan menaiki trem. Gambar di bawah (beserta caption tempat) adalah beberapa lokasi yang sempat kami lawati sepanjang seharian berjalan di Bordeaux.

thumb_img_7821_1024
Place de la Bourse
thumb_img_7874_1024
Place des Quinconces
thumb_img_7886_1024
Grand Theatre de Bordeaux
thumb_img_8047_1024
La Grosse Croche
thumb_img_8104_1024
Pont de Pierre
thumb_img_8142_1024
Porte Cailhau
thumb_img_8156_1024
Grand Theatre de Bordeaux
thumb_img_8210_1024
Kebab Pizza
img_0729
Monument aux Girondis
img_1465
Porte de Bourgogne
thumb_img_7802_1024
Place de la Bourse

Menariknya di Bordeaux ni, kedudukan lokasi tourist attractions kebanyakannya tidak begitu jauh. Jarak dari satu ke satu tempat hanya beza beberapa tram station, dan sesetengahnya boleh sekadar berjalan kaki. Contohnya dari Place de la Bourse ke  Grand Theatre Bordeaux, hanya perlu jalan kaki saja lebih kurang 15 minit (tengok speed korang lah macamana). 15 minit tak terasa sebab sepanjang perjalanan tu korang akan dihidangkan dengan struktur bangunan-bangunan lama yang sangat menarik yang membuatkan perjalanan tak terasa begitu jauh. Nak cerita lanjut mengenai hotspot dan attractions dan sejarahnya ni, sila lah buat research ya. Tentang makanan pula, tak susah untuk cari makanan halal. Banyak gerai yang menjual makanan halal yang boleh korang cari, ada beberapa di sekitar main train station, dan di Porte de Bourgogne (yang boleh dikatakan hab & port Muslim community). Kebanyakan makanannya berkisar fast food macam pizza, burger, dan kebab. Tapi ok lah kan, daripada terpaksa berlapar & telan biskut berhari -hari.

Overall, personally aku rasa Bordeaux telah berikan satu pengalaman yang unik dan tersendiri berbanding bandar-bandar utama yang lain. Sudah-sudahla pergi Paris, apa kata korang try Bordeaux pulak. Best, relax, bandar yang cantik dan menarik untuk korang lawat. But sorry to all Hard Rock Cafe fans, sini takde HRC. Ok sampai sini dulu. Untuk cerita lanjut tentang Bordeaux korang boleh research sendiri di internet okay. Next post insyaAllah aku kongsi destinasi seterusnya di Barcelona pulak. Good night. Assalamualaikum.

Harborne, Birmingham
27 Disember 2016 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s