Dari KK ke UK

Salaam to all

14316866_10209649244964581_8548711376298851094_n

Tanggal 15 September 2016 merupakan tarikh bersejarah bagi aku yang hampir enam tahun berehat dari status sebagai pelajar universiti (tahun 2010) dan berkhidmat sebagai pensyarah, kini dikurnia peluang oleh Allah swt untuk melanjutkan semula pengajian di peringkat PhD di luar negara.

Sebenarnya bukan mudah untuk aku dapatkan tempat di sana memandangkan keadaan ekonomi negara yang tak menentu yang tak mengizinkan ramai calon pascasiswazah untuk melanjutkan pengajian di luar negara. Situasi ini hampir menyaksikan aku menggigit jari setelah berhempas pulas selama hampir 7 bulan  mendapatkan supervisor dan tawaran belajar daripada universiti.    Agak ketat juga syarat yang dikenakan KPT untuk lulus permohonan selain lulus peperiksaan IELTS sekurang2nya band 6.5 (manakala pihak universiti menetapkan minimum band 7), menghadiri kursus BTN, universiti yang dipohon mestilah tersenarai sebagai top 100 di dunia (mengikut ranking Times Higher Education & QS).

Namun syukur alhamdulillah pujian keatas Allah swt yang telah mengirimkan khabar gembira pada bulan Januari 2016 mengatakan permohonan biasiswa SLAB aku telah mendapat kelulusan daripada KPT. Asalnya aku diminta untuk register belajar pada bulan Februari 2016. Tapi disebabkan kelewatan keputusan daripada pihak KPT, akhirnya permohonan aku diluluskan tetapi hanya akan bermula pada bulan September 2016.. Walaupun sedikit kecewa sebab bermula lambat, namun semua yang jadi tu ada hikmahnya.. yang mana aku sentiasa percaya pada perancanganNya.. Gap daripada bulan Februari – September membolehkan kami sekeluaga membuat perancangan awal dan rapi dari segi pencarian tempat tinggal dan kenderaan di sana nanti, persediaan kewangan, urusan rumah di KK, kerja, VISA dan sebagainya. Alhamdulillah sempat juga aku dan isteri menunaikan umrah dan ziarah pada bulan Mei yang lepas menggunakan sedikit hasil jualan kereta kesayangan kami.

14264156_10209649242684524_8878405718274681314_n 14322518_10209649243684549_4452015735166311343_n

15 September 2016 menyaksikan kami sekeluarga berhijrah ke Birmingham, UK untuk tempoh tiga tahun. Satu penghijrahan dalam kehidupan suasana dan negara yang baharu. Alhamdulillah terharu menerima sokongan, kiriman ucapan dan doa daripada keluarga, pelajar, teman dan semua rakan. Semoga Allah merahmati kita semua serta mempermudahkan kehidupan kami disini, InsyaAllah.

14344696_10209651372897778_2717423088030698149_n

AJ
Harborne, Birmingham
23/9 – 23.50

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s