IMG_1514

Mendidik Cara Rasulullah – Kaedah Soal-Jawab

IMG_1514

Assalamualaikum wbt,

Disini saya ingin saya berkongsi dengan pembaca semua tentang cara mendidik yang diamalkan Rasulullah SAW sepanjang baginda memimpin dan menyampaikan ilmu kepada para sahabatnya. Kupasan ini saya ambil daripada buku ‘Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik’ nukilan saudara Razali Sharaan. Moga dengan kupasan ini dapat memberikan kita manfaat serta panduan di dalam tugasan kita terutamanya P&P bersama pelajar.

KAEDAH SOAL-JAWAB (KOMUNIKASI 2 HALA)

Kaedah ini diguna pakai oleh Rasulullah SAW semasa baginda menyampaikan ilmu kepada para sahabatnya. Kaedah ini ternyata amat berkesan kerana ianya akan menyebabkan pelajar untuk sentiasa menumpukan perhatian terhadap inti pati pengajaran yang sedang disampaikan kerana bimbang mereka tidak dapat menajwab soalan yang akan diajukan oleh guru/pensyarah mereka. Malahan, ianya akan ‘memaksa’ pelajar untuk membuat persediaan awal sebelum bermulanya sesuatu sesi pengajaran pada hari tersebut. Yang paling penting, ianya akan mengelakkan pelajar daripada berasa mengantuk ketika di dalam kelas🙂

Hari ini, sistem pengajaran negara kita turut mengamalkan kaedah yang sama, yang diberi nama Students Centered  yang mana ianya adalah adalah teknik pengajaran komunikasi bersifat dua hala, yang melibatkan peranan pelajar sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Dahulunya, sistem yang kita amalkan adalah terarah kepada berpaksikan guru (teachers centered) yang mana konsepnya adalah guru mengajar, murid mendengar. Tetapi kini, ianya telah berubah yang mana para pelajar juga harus memainkan peranan penting di dalam kelas.

KEBAIKAN DARIPADA KAEDAH SOAL JAWAB

1) Menggalakkan percambahan idea.
Kaedah ini amat berkesan terutamanya matapelajaran yang bersifat subjektif.  Jika jumlah pelajar seramai 50 orang, maka pensyarah akan memperoleh pelbagai jenis jawapan (mereka tidak akan menjawab soalan dengan jawapan yang sama). Mungkin sesetengahnya hampir sama, atau tidak sama langsung. Walau apapun jawapannya, ianya akan menggalakkan pelajar untuk sentiasa berfikir dan memikirkan beberapa kemungkinan. Daripada kemungkinan ini lah akan menghasilkan pelbagai jawapan daripada para pelajar. Secara tidak langsung, ianya akan membuatkan pelajar untuk berfikiran lebih kritis, yang mana para pensyarah/guru boleh menanyakan soalan-soalan yang memerlukan pelajar untuk berfikiran daripada kebiasaannya.

2) Menimbulkan rasa ingin tahu

 Jika sesi kelas dimulakan dengan bertanyakan soalan, ianya akan membangkitkan semangat dan keterujaan para pelajar yang mana, ianya akan membuatkan para pelajar berasa ingin tahu dan tertanya-tanya akan jawapannya. Ini dinamakan attention grabber yang mana ianya merupakan kaedah terbaik untuk mendapatkan perhatian dan semangat mereka di awal sesi kuliah (terutamanya bagi kuliah sesi petang yang sangat mencabar). Kaedah ini, akan menyelamatkan mereka daripada tidur di kelas, sekiranya mereka berminat untuk tahu akan jawapan kepada persoalan tersebut. Sebagai contoh, soalan seperti ‘apakah beza antara Pemimpin dan Pengurus?’ sudah pasti mereka akan tertanya-tanya akan perbezaannya, bukankah kedua-duanya membawa maksud yang sama? Pelajar akan lebih tertanya-tanya jika pensyarah menangguhkan untuk memberi jawapan di akhir sesi kelas nanti.

Justeru itu, adalah penting bagi pensyarah/guru untuk menilai terlebih dahulu jenis soalan yang bakal ditanya; samada sesuai atau tidak? adakah soalan tersebut akan menimbulkan rasa minat dikalangan pelajar? Soalan yang berkesan, pasti akan menimbulkan rasa ingin tahu dikalangan pelajar. Apabila pelajar berasa pelik dan menunjukkan reaksi yang membuatkan mereka dalam keadaan tertanya-tanya, maka pensyarah tersebut telah berjaya ‘menjentik’ hati pelajarnya untuk terus mendengar penjelasan seterusnya dariapda penyarah.

3) Mewujudkan hubungan yang baik dengan pelajar

Kaedah ini akan meningkatkan lagi hubungan yang baik antara pensyarah-pelajar. Bagi memastikan keberkesanannya, penyarah digalakkan untuk menggunakan kaedah ini dengan menyeluruh, dan melibatkan penglibatan semua pelajar agar mereka tidak terasa disisihkan (bukan tertumpu kepada pelajar tertentu sahaja). Apabila komunikasi 2 hala dilakukan (melalui kaedah soal jawab), ianya akan membuatkan pelajar lebih meminati kelas tersebut, dan dapat memperbaiki kelemahan mereka terutama dalam jawapan yang telah diberikan. Sebagai contoh, pelajar memberikan jawapan yang kurang tepat. Disini, pensyarah dapat memperbetulkan kesalahan tersebut, secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada pelajar yang lain juga. Ianya akan membuatkan pelajar lebih menghargai sesi kuliah tersebut dan sentiasa mahu belajar daripada pensyarah.

Banyak lagi kaedah yang diamalkan Rasulullah SAW dan In Sha Allah akan saya kongsikan di dalam entri yang seterusnya kelak.

AMER AZLAN
18/9/2013

5 thoughts on “Mendidik Cara Rasulullah – Kaedah Soal-Jawab”

  1. Terima Kasih Tuan… Semoga terus menjadi pendidik ( pensyarah ) yang dinanti-nanti kehadirannya…

  2. Tuan Razali Saaran: Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini. dan terima kasih atas penulisan Tuan yang sangat baik & bermanfaat untuk semua terutamanya mereka yang bertugas sebagai pendidik. Semoga usaha Tuan diberkati & mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT

    1. Terima Kasih kembali tuan… Semoga Ilmu yang tidak seberapa itu dapat memberi manfaat biar pun sedikit pada urusan pengajaran Tuan… Semoga Tuan dikurniakan pahala yang berpanjangan kerana mengamalkan apa yang Nabi kita pernah amalkan… Salam ukhwah daripada saya… jika berkesempatan, silalah ke blog saya, http://www.teratakmuslim.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s