Special & Independent

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera para pelajar sekalian.

excellent

pernahkah anda terfikir untuk menjadi seorang pelajar yang special di mata pensyarah anda? Atau anda cenderung untuk menjadi pelajar biasa sahaja, dan mengikut orang lain?

Special bukanlah bermaksud membodek, tetapi dari segi positifnya, bermaksud menjadi seorang yang lain daripada yang lain (mempunyai keistimewaan tersendiri), yang dapat mencuri perhatian tenaga pengajar mengenai komitmen, kebolehan, kemampuan anda dalam pelbagai aspek samada akademik, moral & etika, dan kerja-kerja sosial. Contoh menjadi pelajar special adalah seperti berikut:

1) sentiasa berjumpa mentor, berbincang mengenai permasalahan berkaitan akademik/kemahiran insaniah, memberi laporan mengenai prestasi anda setiap semester.

2) sentiasa memberi komitmen di dalam kelas i.e sering bertanyakan soalan, bersedia untuk memimpin (willingness to lead), fokus di dalam kuliah (tidak tidur, makan, bercakap/bersembang).

3) Menghormati tenaga pengajar/ staf/orang lain i.e memberi salam/menegur  ketika berjumpa, sentiasa berpakaian kemas dan sopan.

4) Tidak segan untuk bertanya – sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian tentang sesuatu permasalahan;

5) mempunyai sikap kebertanggungjawaban yang tinggi.

6) Sentiasa berfikiran positif, dan mempunyai semangat mahu memperbaiki diri.

Melalui pengamatan saya, kebanyakan mahasiswa/i lebih cenderung menjadi pelajar biasa, yang tidak mempunyai keistimewaan sebegini. Dalam erti kata lain, nothing special dan cenderung menjadi pelajar biasa, dan sekadar menjadi pengikut (follower) berbanding menjadi seorang pemimpin (leader).

being-independent

Disinilah dimana anda perlu berdikari, dan memainkan peranan anda sebagai pelajar. Belajar di Universiti bukanlah semata-mata mengenai akademik sahaja. Ianya lebih daripada itu. It’s all about being independent. You’re on your own. Independent bermaksud doing things on your own. Dan ianya merangkumi pelbagai aspek. Independent di dalam akademik, aktiviti sosial, kokurikulum, dan pembangunan kemahiran insaniah (soft skills). Sebagai contoh:

1) Lemah di dalam pelajaran. Di Universiti, khidmat tuisyen/kelas tambahan tidak disediakan. Menjadi tanggungjawab pelajar untuk hadir dan fokus di dalam kuliah. Anda lemah, anda perlu cari penyelesaiannnya sendiri. Anda perlu BERUSAHA sehingga anda dapat menutup kelemahan tersebut. Buatlah temujanji dengan pensyarah dan tanya soalan mengenai topik/sub-topik yang anda tidak faham. Buatlah study group dengan rakan-rakan yang lebih pandai daripada anda.

2) Lemah di dalam komunikasi bahasa inggeris dan membuat pembentangan. Anda perlu berusaha untuk tingkatkan kemahiran dalam bahasa inggeris (membaca, menulis & bercakap di dalam bahasa inggeris) dan berlatih setiap hari agar dapat skil membuat pembentangan yang baik.

POYO YANG CEMERLANG – AZMIL ABRAR

Rakan saya semasa di Universiti, Azmil Abrar (Kini bekerja sebagai Content Manager, Stesen TV Al-Hijrah, dan sering dijemput memberi ceramah motivasi)  ada berkata, sebagai pelajar, anda perlu menjadi seorang yang Poyo. Tidak salah untuk menjadi Poyo kerana ianya akan membantu kita menjadi seseorang yang istimewa (special). Dengan syarat, anda haruslah menjadi seorang Poyo Yang Cemerlang. Contoh Poyo Yang Cemerlang adalah lebih kurang sama dengan contoh-contoh yang saya berikan mengenai ciri-ciri pelajar special diatas. Antaranya:

1) Duduk dibarisan hadapan di dalam kelas. Sebilangan pelajar mungkin menganggap ianya Poyo kerana mahu mendapatkan perhatian pensyarah. Tetapi dari segi positifnya, duduk dibarisan hadapan dapat meningkatkan fokus kita semasa di dalam kuliah, dan dapat mendengar dengan lebih jelas suara/tonasi pensyarah, selain dapat menghindarkan diri daripada mengantok.

2) Sentiasa bertanyakan soalan. Sebilangan pelajar mungkin menganggap ianya Poyo kerana seperti mahu berlagak pandai. Tetapi dari segi positifnya, dengan bertanyakan soalan dapat membantu kita memahami dengan lebih mendalam mengenai topik yang dipelajari, dan dapat merungkaikan segala jenis persoalan.

3) Sentiasa berpakaian kemas. Sebilangan pelajar mungkin menganggapnya Poyo kerana seperti mahu menjadi Mat Belia dan Skema. Tetapi dari segi positifnya, ianya dapat meningkatkan jatidiri, moral & etika kita ketahap yang lebih tinggi, sentiasa bersih, selesa dan berkeyakinan tinggi.    

Menjadi seorang yang  independent serta  Poyo Yang Cemerlang dapat membantu diri anda menjadi mahasiswa/i yang special di mata semua orang (bukan pensyarah sahaja). Tetapi ianya perlukan komitmen, USAHA & pengorbanan yang tinggi. Di dalam dunia yang semakin mencabar ini, adalah penting untuk anda memiliki kelebihan seperti ini. Ini kerana, sesudah anda tamat pengajian kelak, anda terpaksa bersaing dan berhadapan dengan ribuan graduan dari pelbagai institusi pendidikan dalam dan luar negara untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Keputusan akademik yang cemerlang hanya bertindak sebagai tiket untuk memasuki sesi temuduga. Selebihnya, bergantung pada kemahiran yang anda miliki. Fikirkan, apa kemahiran yang ada pada anda?  Apa bezanya diri anda dengan graduan daripada Universiti yang lain yang jauh lebih berkualiti dari anda? Apa specialnya anda di mata mereka?

Belum terlewat jika anda hendak berubah dari sekarang. Ubah diri, ubah sikap, mulakan sikap berdikari,  jadilah seorang yang istimewa.

AMER AZLAN
18/6/2013 – 9 Syaaban 1433H

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s