SOAS Mosque

Lasbela HE06 ke Brunei DS

SOAS Mosque

Satu program lawatan sambil belajar (Lasbela) ke Negara Brunei Darussalam yang bertemakan ‘Memugar Idealisme Mahasiswa Berbudaya’ telah diadakan pada 20-24 Januari 2013 yang lepas. Program lawatan tahunan anjuran Kelab Pengurusan Kewangan dan Perbankan (FMBC-HE06), Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Sabah ini telah disertai seramai 20 orang pelajar HE06 sendiri dan diiringi 2 pensyarah pengiring, En Amer Azlan & En Rosle Mohidin. Menurut Pengarah Program, Saudari Rosliana Kandare, objektif utama lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa khususnya dari program HE06 untuk melihat dengan lebih dekat implementasi dan pengurusan sumber-sumber kewangan dari perspektif negara yang berbeza, serta mensarjanakan pemikiran mahasiswa dalam bidang sosio-ekonomi dan budaya negara yang dilawati. “Program ini juga dapat membantu para pelajar dalam membina rangkaian kerjasama serta merapatkan tali silaturrahim antara pelajar UMS serta agensi-agensi dan universiti yang dilawati” tambahnya lagi.

FBEPS, UBD Para delegasi bergambar di hadapan Fakulti Perniagaan, Ekonomi, dan Pengajian Polisi, Universiti Brunei Darussalam

FBEPS, UBD

Sesi taklimat pengurusan FBEPS, UBD

IMG_3779Bergambar bersama pihak pengurusan FBEPS, UBD

Program selama 4 hari itu dimulakan dengan lawatan ke Universiti Brunei Darussalam dimana para delegasi telah diberi taklimat mengenai pengurusan, serta peluang pembelajaran di UBD oleh Dr. Abby Tan Chee Hong, Pengarah Jabatan Perhungan Awam dan Antrabangsa, UBD. Pada sesi petang pula, satu sesi taklimat dan perjumpaan bersama pihak pengurusan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pengajian Polisi UBD turut diadakan dan disampaikan oleh Dr. Hetti Arachchige Gamini, Timbalan Dekan (Akademik) yang mewakili Dekan FBEPS, UBD. Apa yang menarik minat para delegasi adalah struktur program yang ditawarkan di FBEPS, UBD agak unik dimana mereka menawarkan program pengajian selama 4 tahun, , dan di awal tahun pengajian yang pertama, para pelajar diberi peluang untuk memilih sendiri bidang major yang ingin dipelajari dan memilih mana-mana subjek yang bukan berteraskan perniagaan untuk dijadikan sebagai minor. Tahun 3 pengajian pula dikenali sebagai ‘Discovery Year’ dimana para pelajar diberi peluang untuk menambah ilmu secara praktikal dan mereka diberi pilihan samada untuk membuat latihan praktikal, pertukaran pelajar dengan Universiti lain, atau aktiviti khidmat komuniti selama tempoh setahun itu.Bagi melengkapkan lawatan, para delegasi juga telah turut dibawa melawat sekitar kampus UBD antaranya fakulti Arts & Science, Dewan Canselor, Perpustakaan, Masjid serta ‘The Core’ yang merupakan residen rasmi yang dibina khas untuk kemudahan pelajar antarabangsa yang bertaraf lima bintang. Pada sebelah malamnya, satu pertandingan bowling persahabatan telah diadakan dengan tujuan untuk membina rangkaian kerjasama serta membina jalinan persahabatan antara kedua-dua belah pihak. Pihak SPE, UMS telah diwakili oleh para delegasi manakala pihak UBD diwakili oleh Perwakilan Pelajar Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pengajian Polisi, Universiti Brunei Darussalam.

Core, UBDThe Core, UBD  – residen untuk pelajar antarabangsa  

UBD-UMS Bowl

UBD-UMS Bowl Sesi bowling HE06 UMS-  FBEPS, UBD

 Selain itu, turut juga diadakan lawatan ke Kementerian Kewangan Brunei dimana para delegasi telah disambut dan diberi taklimat oleh pihak Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) yang disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Pembangunan Sektor Kewangan mereka, Encik Aidil Salleh, AMBD menjalankan tugas sebagai Bank Negara yang bertindak sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab memastikan kestabilan harga pasaran domestik, sistem kewangan, serta bertanggungjawab dalam membangunkan sektor perkhidmatan kewangan yang progresif dan efisyen. Di dalam sesi taklimat tersebut, para pelajar telah diberi pendedahan mengenai pembangunan ekonomi Negara Brunei Darussalam, sistem kewangan dan urus tadbir yang digunakan, perkembangan industri insurans dan kewangan Islam serta perancangan perkembangan kewangan jangka panjang yang telah disasarkan bagi tahun-tahun yang akan datang.

Menurut Encik Aidil, aktiviti ekonomi Brunei Darussalam dijana sepenuhnya oleh sumber Minyak dan Gas dimana ianya telah menyumbang sebanyak 65.5% kepada pertumbuhan GDP serta menyumbang sebanyak 92.4% kepada pendapatan kerajaan.  Manakala 95% eksport utama mereka juga melalui sumber Minyak dan Gas. Aktiviti Perbankan Islam menjadi tumpuan utama di Brunei dan telah diletakkan sasaran jangka masa panjang untuk menjadikan Brunei sebagai Hab Perbankan Islam di rantau Asia Tenggara dan Dunia. Pelabur individu, institusi dan syarikat tempatan merupakan pemain utama di dalam aktiviti pasaran saham dan pelaburan hartanah di Brunei. Walaubagaimanapun peluang aktiviti pasaran saham adalah agak terhad disebabkan Brunei masih lagi belum mempunyai  pusat dagangan sahamnya yang tersendiri.

IMG_3917Bangunan Kementerian Kewangan Negara Brunei Darussalam

IMG_3883IMG_3890

IMG_3896Sesi taklimat ekonomi Negara Brunei DS oleh Encik Aidil Salleh, Pengarah Eksekutif, Pembangunan Sektor Kewangan, Autoriti Monetari Brunei DS 

IMG_3916

Para delegasi bergambar dihadapan bangunan Kementerian Kewangan Negara Brunei Darussalam

Para delegasi juga turut tidak ketinggalan mengunjungi Oil & Gas Discobery Centre (OGDC) kelolaan syarikat minyak terkemuka dunia, SHELL dimana mereka telah diberikan taklimat dan pendedahan mengenai sejarah penemuan minyak di Brunei, cara-cara penggalian, jenis-jenis batu dan sumber minyak, mesin dan peralatan yang digunakan untuk mencari dan memproses sumber minyak dan sebagainya.

IMG_4140 IMG_4143 IMG_4193

Ketika sesi taklimat Oil & Gas disampaikan oleh wakil OGDC, (Shell) Seria 

IMG_4205

Sesi serahan cenderahati kepada wakil Oil& Gas Discovery Centre (Shell)

IMG_4213

Bergambar kenangan di hadapan Oil& Gas Discovery Centre (Shell) Seria

Untuk mengenali Brunei dengan lebih dekat, para pelajar juga telah berpeluang menyusuri Sungai Brunei dan menikmati pemandangan indah Bandar Seri Begawan, flora dan fauna serta melingkari kawasan perkampungan Ayer yang terkenal di sini. Istana Nurul Iman, sebuah istana yang terkenal dengan jumlah biliknya yang banyak (1788 buah bilik) dapat dilihat daripada pemandangan disini. Habitat hidupan liar didapati masih terpelihara dan membuktikan bahawa Brunei juga kaya dengan elemen keindahan semulajadinya yang tersendiri. Perkampungan Ayer disini juga kelihatan serba serbi moden., Kebanyakan rumah juga diperbuat daripada batu dan dibina dengan konsep moden, dan turut dilengkapi dengna kemudahan seperti sekolah, kedai dan sebagainya.

IMG_3999IMG_4027 IMG_4007

Ketika menyusuri Sungai Brunei melihat spesis kehidupan Monyet Proboscis

IMG_4050IMG_4064Ketika menyusuri Sungai Brunei melihat kehidupan dan penempatan penduduk di Kampung Ayer yang serba canggih, moden dan padat 

IMG_4004Istana Nurul Iman, kediaman rasmi Sultan Brunei dan kerabat diraja jelas kelihatan ketika kami menyusuri Sungai Brunei ini. Istana ini merupakan kediaman kerabat diraja terbesar di dunia, mempunyai sejumlah 1,788 buah bilik , 257 bilik mandi, sebuah masjid yang boleh memuatkan sejumlah 1,500 jemaah, 110 garaj kereta, 5 kolam renang, serta dewan yang boleh memuatkan sehingga 5,000 tetamu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s