Typical Malaysian

Typical Malaysian

Assalamualaikum.

Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai kaum, adat resam dan budaya. Kaum Melayu dengan budaya dan adat resamnya yang tersendiri, begitu juga dengan kaum Cina, India dan sebagainya. Ia menjadikan Malaysia sebuah negara majmuk dan kaya dengan sifat santunnya yang tinggi.  Namun, adakah dengan memiliki kelebihan ini, sudah menjadikan kita rakyat yang mempunyai nilai yang tinggi serta matang? Dimanakah kita jika dibandingkan dengan rakyat lain disetiap negara, diseluruh dunia?

Seringkali kita mendengar ayat Typical Malaysian disebut-sebut di laman sosial, majalah dan sebagainya. Sebuah ayat yang menggambarkan perilaku kita rakyat Malaysia. Perilaku yang dimaksudkan disini bukanlah sesuatu yang positif, tetapi mesejnya lebih terarah kepada kehidupan/perilaku/budaya yang negatif, yang secara keseluruhannya menggambarkan, inilah sebenarnya rakyat Malaysia.

Berikut adalah beberapa contoh tweet berkenaan Typical Malaysian yang dizahirkan kebanyakannya oleh rakyat Malaysia sendiri:

“6pm party start. 9pm reach. Makan then terus cabut”. #TypicalMalaysian
“If you can’t understand what teachers are teaching, then you blame their methods of teaching”. #TypicalMalaysian
“Traffic jam because accident on other side of the road.” #TypicalMalaysian
“If we all have a numbered seat on the train, why do we have to rush in?” #typicalmalaysian
“Kenapa semua tanya berapa A ? kenapa bukan Berapa B ? Berapa C ? :’D” #TypicalMalaysian
“Sorry lah, I enjoy stating the obvious because I’m a #TypicalMalaysian. Today is Friday.”

Cara penulisan tweet di atas nampak lucu, dan menarik minat kita untuk membacanya. Dan kadangkala kita bersetuju dengan setiap tweet tersebut. Sebagai contoh, tweet “Traffic jam because accident on other side of the road.” #TypicalMalaysian” menggambarkan sikap rakyat Malaysia yang ‘amat prihatin’ apabila berlaku kemalangan di jalanraya, yang sanggup ‘berhenti’ ditengah jalan untuk MELIHAT kejadian tersebut  tanpa menyedari mereka sebenarnya telah menyusahkan kenderaan lain di belakang. Itu baru berhenti dan lihat. Belum lagi sikap sesetengah pemandu di jalanraya. Akhbar The Star pernah melaporkan sikap pemandu Malaysia melalui artikel “Malaysian drivers can be likened to cavemen in cars” bertarikh 2 Ogos 2012. Artikel ini menceritakan sikap pemandu di Malaysia yang selfish dan samseng di jalanraya, meletakkan kenderaan di merata tempat tanpa menghiraukan amaran pihak berkuasa, memandu perlahan di lorong kanan dan sebagainya. Baguskah sikap seperti ini?

Tweet  “6pm party start. 9pm reach. Makan then terus cabut”. #TypicalMalaysianmenggambarkan komitmen kita dalam menggunakan setiap masa yang ada dalam kehidupan seharian serta etika kita dalam menghadiri/menghormati pelbagai majlis. Seringkali kita lewat tiba, tetapi menjadi yang pertama meninggalkan majlis. Adakah kita rakyat yang menghormati masa? Bagi rakyat Jepun, masa adalah segalanya bagi mereka dan setiap masa itu dianggap berharga. Sehinggakan mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir kagum dengan nilai ini sehingga mewujudkan Dasar Pandang ke Timur bagi ‘meniru’ cara rakyat Jepun bekerja dan membangunkan negara mereka. Bagi mereka, Masa adalah sesuatu yang perlu dihargai. Sebagai contoh, jika pekerja lewat datang ke pejabat, pekerja tersebut akan segera dipanggil dan perlu menjelaskan mengapa dia tiba lambat dan jika gagal memberi alasan munasabah, pekerja tersebut akan didenda. Penggunaan masa yang efisien akan diterjemahkan kepada nilai/etika dan keperibadiaan seseorang ke tahap yang tertinggi. Jadi sebagai rakyat Malaysia pula, apakah makna masa bagi kita?

Saya ingin menambah beberapa pendapat peribadi yang menggambarkan sikap Typical Malaysian. Ketika menunggu/berada di dalam tren/bas, kita lebih gemar duduk, berkhayal atau berbual kosong sehingga tiba ke destinasi. Kita akan merasa pelik melihat penumpang yang membaca buku. Manakala yang membaca buku akan terasa pelik kerana kelakuan tersebut sering diperhati penumpang lain yang nampak pelik dengan kelakuan kita itu. Pelik bukan? Tapi ini lah realitinya. Kerana apa? Kerana sikap suka membaca bukan budaya/amalan kita. Berbeza di kebanyakan negara di Eropa yang mana kebanyakan daripada mereka memanfaatkan masa dengan membaca, malah ada yang membaca Al-Quran ketika dalam perjalanan. Hebat bukan?

Seperkara lagi mengenai Typical Malaysian. Situasinya adalah ketika makan di restoran segera seperti KFC, Starbucks, McDonalds dan sebagainya. Ketika makan, semestinya kita gembira. Selepas makan, dengan gembiranya kita keluar sahaja dan tanpa rasa bersalah, kita membiarkan sahaja sisa-sisa makanan ‘terhidang’ di atas meja dengan alasan, mereka mempunyai pekerja yang boleh membuang sisa-sisa tersebut. Bayangkan jika ada pelanggan lain yang menanti tempat duduk kita itu, dan pelayan restoran lambat tiba untuk membersihkan meja tersebut. Apakah perasaan mereka? Bayangkan jika perkara ini terjadi kepada anda? Marah? Geram? Masih berselera untuk makan selepas melihat sisa-sisa makanan tersebut? Berbeza di negara lain khususnya Eropah di mana kebanyakan pelanggan yang datang, mereka akan membersihkan dahulu sisa-sisa makanan yang ada dan buang di dalam tong sampah yang disediakan sebelum beredar. Tidak perlu menunggu pelayan untuk datang dan membersihkan sisa tersebut. Bukan kah ini satu amalan yang mulia?

Di Malaysia, kebanyakan perkara yang saya sebutkan diatas sering dianggap pelik dan jarang dipraktikkan. Mengapa? Kerana ianya bukan budaya kita. Jika membaca adalah sebahagian daripada budaya kita, maka kerajaan melalui Perpustakaan Negara tidak perlu bertungkus lumus mempromosikan kempen membaca, atau sekolah tidak perlu adakan program NILAM untuk memupuk sikap suka membaca dikalangan pelajar sekolah. Begitu juga dengan situasi di restoran tadi. Bukan budaya kita untuk ‘ringan tulang’ membuang sisa makanan sendiri. Sedangkan, budaya-budaya ini amat tinggi nilai nya dan jika dipraktikkan, kita akan disanjung tinggi.

Sebenarnya banyak lagi perkara berkenaan Typical Malaysian yang perlu kita amati dan perhalusi. Sebagai rakyat Malaysia, tidakkah kita rasa bersalah/malu dengan sifat seperti ini? Kita ketawa membacanya tanpa menyedari ianya ada di dalam diri kita. Adakah selamanya kita akan baca, dan lihat sahaja tanpa membuat apa-apa perubahan?

 Typical Malaysian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s