Kompetensi, Sikap, dan Usaha

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, tanggal 16 Disember 2012 yang lepas saya berkesempatan memberi ceramah motivasi kepada pelajar program saya (Pengurusan Kewangan dan Perbankan HE06) bertempat di Courtyard Hotel, 1Borneo. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi suntikan semangat serta panduan kepada mereka untuk memperbaiki keputusan akademik, disamping menjadi pelajar yang berkualiti dan serba boleh. Sebagai pendidik, selain membuat kerja-kerja penyelidikan dan mengajar, ini adalah antara tanggungjawab utama yang mana penting untuk kita memastikan para pelajar berada di landasan yang betul, dan tidak ‘tertinggal’ atau ‘terpinggir’.  Seperti juga kehidupan manusia, kadangkala hidup kita sering tersasar jauh daripada tujuan asal dan perlukan pembimbing untuk membantu kita kembali ke landasan yang betul.

181829_479648292086975_1434703182_n

Sebahagian daripada para peserta yang hadir

Saya mulakan sesi kursus dengan memberi gambaran tentang kedudukan mahasiswa/i pelajar IPT dewasa ini. Menurut kajian yang dilakukan, ranking graduan IPT tempatan adalah yang tercorot sekali jika dibandingkan dengan graduan yang lahir daripada Universiti luar seperti UK, US, Eropah, dan sebagainya. Jika kita mengikut ranking kad kredit, graduan universiti dari UK, US dan Eropah ini diletakkan di kelas teratas iaitu Platinum. Diikuti graduan daripada offshore universities (Nottingham, Monash etc.) yang dikategorikan di dalam kelas Gold,  graduan IPTS (Lim Kok Wing, Sunway etc.) kelas Silver, manakala pelajar IPTA tempatan (UPM, UM, USM, UMS etc) berada di kelas paling bawah, iaitu Classic. Saya pasti ramai yang kurang bersetuju dengan fakta ini tetapi, ini lah hakikatnya di mana kedudukan graduan kita sekarang. Punca utama kepada masalah graduan kita masa kini adalah untuk mempunyai dua kelebihan ini, iaitu pencapaian/ kemahiran/ilmu akademik dan bukan akademik yang cemerlang.  Ilmu akademik dilihat kepada CGPA yang diperolehi manakala pencapaian cemerlang bukan akademik dilihat kepada kemahiran insaniah (soft skills) yang dimiliki mereka. Kebanyakan pelajar GAGAL untuk mempunyai kedua-dua keperluan ini. Ada sebahagian pelajar amat cemerlang di dalam akademik, tetapi tidak mampu untuk bercakap, bekerjasama, kurang ilmu pengetahuan dan sebagainya. Manakala ada sebilangan pelajar yang terlalu aktif dan mempunyai soft skills yang tinggi, tetapi amat lemah di dalam keputusan akademik. Berbanding pelajar di kelas atasan tadi, kebanyakan daripada mereka mempunyai dua kelebihan utama ini yang mana melayakkan mereka untuk hadir ke temuduga kerja dan seterusnya mendapat pekerjaan yang diingini. Perkara ini dapat di atasi sekiranya para pelajar mempunyai sikap yang baik dan positif. Sebagai contoh, sentiasa berfikir untuk memperbaiki diri, menggunakan setiap masa yang terluang dengan aktiviti berfaedah, dan sebagainya.

Adalah pentingnya seorang pelajar mempunyai sikap (attitude) yang positif dan baik kerana melalui sikap ini lah ianya membentuk kepada keperibadian seseorang yang tinggi. Jika kita mempunyai sikap yang negatif, maka ianya akan diterjemahkan kepada perbuatan, dan seterusnya akan turut memberi impak negatif kepada kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, sikap malas untuk belajar dikalangan pelajar. Jika sikap negatif ini sentiasa ada dalam diri kita, maka ianya akan diterjemahkan ke dalam bentuk perbuatan seperti tidak hadir ke kuliah, selalu lambat hadir ke kuliah/mesyuarat,  tidak membuat ulangkaji pelajaran, tidak berjumpa pensyarah jika ada masalah dan sebagainya. Kesannya, kita akan sering dipandang serong, menjadi buah mulut masyarakat, dipandang hina dan sebagainya. Adakah kita mahu menjadi insan seperti itu? Maka punca kepada segala perkara negatif, kelemahan pengurusan masa dan sebagainya adalah melalui sikap yang negatif. Pakar motivasi Dato’ Dr Johnson Tee ada menyebut “When you are pessimistic, and expect the worst, your attitude is often negative and people tend to avoid you. So inside your head where it all starts, Attitude is a mindset, and it is the way how you look at thing mentally”. Jadi, segalanya bermula daripada mindset kita terhadap sesuatu benda yang kita ingin lakukan. Dan mindset itu mencerminkan sikap kita sendiri.

(Rujuk artikel saya https://amerazlan.wordpress.com/2011/11/18/antara-pelajaran-dan-persatuan/)

 Sesi kursus turut desalang-selikan dengan beberapa aktiviti LDK yang bertujuan menguji kemampuan mereka untuk berfikirian kritis, kreatif, kemampuan bekerjasama dalam satu kumpulan, menjadi ketua yang baik, dan berkomunikasi dengan berkesan. Kesemua elemen ini adalah penting dan perlu diterapkan kedalam diri setiap pelajar agar apabila mereka tamat kelak, mereka mempunyai ‘pakej’ yang lengkap seperti yang diperlukan pihak industri.

IMG_3263

IMG_3267Sekitar aktiviti LDK yang menguji kemampuan mereka untuk berfikiran kreatif dan bekerja dalam satu kumpulan. Kemahiran insaniah merupakan komponen utama yang diperlukan negara masa kini yang perlu dimiliki graduan agar mereka mampu menjadi tenaga kerja yang berdaya saing dan berkualiti

IMG_3278

68959_479650285420109_1588886433_nSekitar aktiviti LDK ‘Newspaper Bridges’. Aktiviti ini memerlukan mereka untuk menyediakan replika jambatan yang mampu menampung berat, dan boleh dilintasi oleh ‘kapal ( bola dan kamus digunakan untuk menguji ketahanan jambatan ini)

IMG_3276

Sepanjang seharian program berlangsung, saya amat kagum melihat komitmen dan kesungguhan yang diberikan oleh para pelajar yang terlibat walaupun program tersebut dilakukan pada hari Ahad. Ternyata, mereka ini ingin berjaya seperti yang lain, cuma perlukan bimbingan dan sokongan yang lebih daripada rakan-rakan dan masyarakat sekeliling. Diharapakn agar program ini memberi manfaat serta suntikan semangat untuk mereka berjaya selepas ini. InsyaAllah.

AMER AZLAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s