tajau laut

Dari Kampus ke Kampung : Kg. Tajau Laut, Kudat Sabah

Alhamdulillah satu lagi program students bersama komuniti telah berjaya dilaksanakan minggu lepas 9-11 Disember 2011. Kali ini lokasinya di Kg. Tajau Laut, Kudat dimana majoriti penduduk adalah daripada suku kaum Bajau dan beragama Islam. Kedudukan kampung ini agak jauh ke dalam (kira-kira 20 minit dari pekan Kudat), tetapi disebabkan lokasinya yang sangat cantik bersebelahan pantai laut china selatan membuatkan kami lupa sebentar tentang hiruk pikuk kehidupan di bandar.

Objektifnya sama seperti program lain, cuma saya tekankan pada para pelajar untuk belajar dan menghayati kehidupan susah masyarakat kampung yang makan bila perlu, mandi guna air perigi, bak kata pepatah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Konsep itu perlu dihayati untuk melahirkan graduan yang sentiasa merendah diri apabila sudah berjaya dan tidak bersifat ‘kacang lupakan kulit’. Selain itu, aspek berbudi pada masyarakat juga turut ditekankan kepada para pelajar, di mana mereka perlu turun padang dan kembali berjasa untuk masyarakat/rakyat apabila sudah tamat menimba ilmu dari Universiti kelak.

Alhamdulillah komitmen yang ditunjuk para pelajar amat bagus, di mana masyarakat kampung dilihat sangat gembira dengan kehadiran kami di sini dan memberikan 110 peratus komitmen sepanjang program berlangsung. Walaupun terdapat beberapa kelemahan (well nothing is perfect anyway) yang tidak berapa ketara, namun ianya telah dapat diperbaiki dengan komitmen yang jitu, serta perancangan yang baik daripada JK Pelaksana. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah sukan rakyat, LDK bersama anak kampung, gotong royong, malam kebudayaan serta penanaman ‘Pokok Harapan’ sebagai simbolik kenangan dan kehadiran mereka di sana. Tahniah pada semua yang terlibat!

Aktiviti Sukan Rakyat: Tarik Tali

Aktiviti Sukan Rakyat: Tarik Tali

Sesi menanam Pokok Harapan tanda kenang-kenangan.

AMER AZLAN

2 thoughts on “Dari Kampus ke Kampung : Kg. Tajau Laut, Kudat Sabah”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s