The Untold Story of how Malaysia beat the 97/98 Financial Crisis– (Pt.3)

Salah satu nota yang menarik untuk dikongsi bersama semasa era krisis kewangan Asia 1997/1998 dahulu adalah mengenai strategi  penambahbaikan kualiti pasaran ekuiti Malaysia ketika itu. Ini kerana sejak 1986 lagi, jumlah dagangan (volume) di KLSE pada waktu itu hanya berjumlah RM3.4 billion, dengan 288 syarikat tersenarai di KLSE dengan jumlah market capitalization yang kecil iaitu RM65 bilion sahaja.

Adalah penting untuk Malaysia ‘merancakkan’ pasaran saham ketika itu kerana ianya dapat mengembalikan semula tahap kecairan (liquidity) di dalam pasaran kewangan sekaligus dapat mengembangkan semula ekonomi yang merudum. Salah satu cara untuk ‘merancakkan’ pasaran saham pada masa itu adalah melalui beberapa cadangan penambahbaikan kualiti pasaran saham itu sendiri, antaranya dengan memperkenalkan sistem tadbir urus korporat yang lebih cekap (effective corporate governance), mengkaji semula papan kedua KLSE (second board), serta keperluan pelabur jangka masa panjang (long-term investors).


EFFECTIVE CORPORATE GOVERNANCE

Antara masalah utama yang sering dilaungkan pengurus dana antarabangsa ketika itu adalah tentang kelemahan di dalam sistem tadbir urus korporat yang cekap. Ini termasuklah ketelusan di dalam membuat analisa, tidak memberi maklumat yang tepat dan sebagainya. Peraturan seperti ini tidak dipantau, tidak dilaksanakan dengan konsisten dan telus oleh pihak yang bertanggungjawab. Memandangkan Malaysia bersaing dengan pasaran utama dunia, adalah penting untuk kita meyakinkan para pengurus dana antarabangsa ini dengan melaksanakan sistem tadbir urus korporat yang cekap, agar dapat menarik pelabur asing datang melabur di negara kita. Perkara ini secara tidak langsung dapat memulihkan semula ekonomi yang merudum. Antara cadangan yang baoleh diperhalusi adalah:

1) Dengan mengeluarkan satu garis panduan lengkap tentang apa yang dibenarkan serta tidak dibenarkan tentang pengstrukturan semula korporat.

2)Menekankan tentang perlunya pendedahan maklumat yang tulen (genuine), sekerap yang mungkin, tepat pada masanya tanpa perlu berlengah-lengah.

KAJIAN SEMULA PAPAN KEDUA KLSE

Umum mengetahui tujuan asal penubuhan papan kedua di KLSE adalah untuk membantu syarikat bersaiz sederhana mendapat dana daripada orang ramai. Bagaimanapun, papan kedua ini telah disalahguna dan dijadikan ‘kasino’ dimana harga saham tidak mencerminkan langsung pendapatan serta pertumbuhan syarikat tersebut. Hal ini kerana terdapat sesetengah kaunter syarikat telah dikawal sepenuhnya oleh sekumpulan pemegang saham dan mereka sendiri meletakkan harga saham yang mereka mahu pada kaunter syarikat tersebut. Justeru bagi mengatasi masalah ini, tindakan berikut perlu diambil kira;

1) Menghentikan penyenaraian di dalam Papan Kedua;
2) Semua syarikat yang tersenarai di Papan Kedua diberi masa 5 tahun untuk menaik taraf syarikat mereka ke Papan Utama KLSE.

KEPERLUAN PELABUR JANGKA MASA PANJANG 

Pasaran ekuiti di Malaysia sejak azali lagi lebih terdorong kearah spekulasi berbanding dorongan pelaburan jangka masa panjang. Menurut teori yang diasaskan oleh Fama (1977), pasaran ekuiti itu dikatakan efektif jika para pelabur tidak mempunyai peluang mendapat pulangan luar biasa (abnormal profits) serta harga saham mencerminkan/menyatakan semua maklumat yang boleh didapati secara umum. Dengan terjadinya krisis kewangan ini, jelas menunjukkan pasaran saham Malaysia serta serantau tidak lah efektif seperti yang diperkatakan teori, malah kebanyakannya terdiri daripada spekulasi. Ini membuatkan pasaran saham menjadi semakin tidak menentu. Antara sebab utama berlaku banyak spekulasi dalam pasaran saham adalah;

1- Bilangan pelabur individu yang tinggi melabur di dalam KLSE
Dalam pasaran utama dunia lain, kebanyakan individu tidak melabur secara langsung di dalam pasaran saham mereka, sebaliknya mereka melabur di dalam unit amanah. Dengan ini, adalah difikirkan perlu untuk Malaysia menyediakan satu industri pengurusan aset serta unit amanah yang kukuh diantara pelabur individu serta KLSE. Apabila pelabur lebih terarah kepada pelaburan unit amanah, dan unit2 ini diuruskan oleh industri yang terlibat, maka ini akan memberi peluang kepada kita untuk membantu para pelabur membuat keputusan pelaburan yang lebih efektif, tanpa perlu mendengar kepada pelbagai spekulasi yang boleh menjatuhkan pasaran saham. Dengan ini, jumlah pelabur individu di dalam KLSE dapat dikurangkan, jumlah para spekulsi dapat dikurangkan, serta jumlah para pengurus dana dapat dipertingkatkan. Ini secara tidak langsung, dapat memperbaiki semula kualiti KLSE.

2- Insider Trading
Insider trading
berlaku apabila individu mendapat maklumat awal daripada syarikat (tanpa diketahui oleh orang ramai) dan menggunakan maklumat tersebut dengan melabur di dalam saham syarikat itu, dan mendapat keuntungan daripada pelaburan tersebut. Dalam erti kata lain, pemegang saham dikatakan ‘bermain’ dengan kaunter syarikat mereka sendiri dan fenomena ini sedang hangat diperkatakan ketika ini. Jika dibandingkan dengan pasaran saham negara lain yang lebih ‘matang’, perkara ini jarang di dengar sama sekali. Justeru adalah amat perlu bagi pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan bagi menangani masalah ini.

AMER AZLAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s