Wira Media Malaysia

Salaam to all,

Entry kali ini ditujukan khas buat Wira Media Malaysia, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, Jurukamera Bernama TV yang terkorban semasa sedang berkhidmat dalam misi kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia baru-baru ini. Seperti yang diketahui, arwah telah ditembak oleh peluru sesat, yang mana terkena bahu beliau, terus ke jantung dan paru-paru. Beliau disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian. Dikhabarkan, tembakan tersebut datangnya dari pihak AU (African Union) yang mana punca tembakan tersebut masih belum diketahui.

Saya tidak mengenali arwah, malah jauh sekali dapat bersembang atau ber-blogging dengannya. Apa yang membuatkan saya untuk menulis entry khas ini ialah mengenai kesungguhan beliau dalam menjalankan tugas, tanpa mengira risiko, waktu dan sebagainya. Risiko, tentunya keselamatan beliau berada di negara bergolak. Waktu, sanggup berkorban masa menikmati bulan Ramadan dan berhari raya bersama keluarga, dan yang paling penting, kesanggupan/minat beliau untuk turun membantu masyarakat Islam yang berada dalam kesusahan (walaupun tahu risiko yang menanti).

Saya jujur mengakui takut untuk ke negara bergolak seperti Somalia, Afghanistan,dan lain-lain, walaupun dalam hati mempunyai niat yang kuat untuk sama-sama untuk berbakti kepada masyarakat dunia luar. Namun, apa yang ada pada arwah ini, amat saya kagumi.

Segala keikhlasan arwah dalam menjalankan tanggungjawabnya selama ini, telah Allah tunjukkan kepada kita semua. Selama ni, kita tak pernah pun mengenali arwah, namun hari ini, berjuta umat Islam mendoakan kesejahteraannya di sana. Betapa untungnya arwah, dilimpahi dengan iringan doa, dan moga arwah ditempatkan sebagai mati syahid akhirat, insyaAllah.

Moga dengan sumbangan arwah ini, dapat memberi kesan/pengajaran kepada kita semua untuk membuat semua kerja atau amal kebajikan dengan penuh ikhlas, dan niat yang satu, iaitu kerana Allah SWT.

Beliau sememangnya layak digelar Wira Media Malaysia, dan dianugerahi pingat kebesaran sebagai mengenang jasa beliau dalam bidang kewartawanan dan kemanusiaan.

Al-Fatihah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s