Uncle Sam yang semakin uzur

Salam to all,

Belum pun habis dengan kesan daripada krisis tahun 2008 (krisis subprima), AS kali ini berdepan dengan satu lagi krisis yang tidak kurang juga hebatnya.  Episod kali ini adalah berkenaan masalah berdepan dengan hutang-piutang yang jumlahnya bukan beratus juta, mahupun billion, tetapi mencapai angka trillion. Lebih tepat lagi, USD14.3 trillion. Jika kita, hutang RM5,000 pun liat nak bayar, bagaimana pula hutang yang ditanggung  negara Uncle Sam ini? Ya, jelas, AS sedang nazak dalam mengharungi krisis kewangan mereka.

Oleh sebab bebanan hutang yang tinggi ini, awal bulan lalu Standard & Poors telah menurunkan penilaian hutang (credit rating) AS daripada AAA kepada AA+ yang mana jelas memberi pelbagai tafsiran tentang keupayaan AS dalam menangani krisis kewangan mereka. Tidak cukup dengan itu, rakan sekutu mereka (negara Eropah i e Perancis, Ireland, Greece) juga turut terkena tempias yang sama, dimana terdapat kebimbangan terhadap penurunan penarafan oleh S&P.

Susulan daripada penurunan penarafan itu, Index Dow Jones terjejas teruk, jatuh 635 mata kepada 10,809.85 yang mana ianya merupakan kejatuhan terburuk selepas Disember 2008, dan kejatuhan ke-enam terburuk selama 112 tahun. Turut terkena tempias adalah pasaran saham serantau, yang mana indeks saham Korea Selatan telah jatuh sebanyak 4 peratus, Jepun 2 peratus, China jatuh 2.7 peratus (saham utama Asia), German 5 peratus dan Perancis 4.5 peratus (saham Eropah) , tidak terkecuali FBM KLCI turut jatuh pada paras 2.67 peratus.

Presiden Obama dalam usaha melindungi negara tersebut, mahu menaikkan kadar had siling hutang mereka dan bercadang mengurangkan defisit bagi mengelakkan berlakunya kemusnahan besar kepada ekonomi AS.  Pengurangan defisit yang dicadangkan adalah melalui pemotongan bajet kerajaan yang mana sebenarnya, bakal menyaksikan penurunan dalam perbelanjaan mereka.

Pelbagai pendapat disuarakan orang ramai mengenai pelan ini. Ada yang tidak setuju dan berpendapat tahap kemelesetan akan menjadi lebih teruk jika kerajaaan AS mengurangkan bajet dengan agesif. MIDF Research dalam laporannya menyebut pengurangan bajet ini akan mengakibatkan masalah sebenar dalam ekonomi negara itu. Ini kerana prestasi ekonomi negara itu tidak banyak berubah disebabkan perbelanjaan pengguna yang mewakili 70 peratus ekonomi negara itu masih lemah.

Pegurus dana IMF yang baru, Christine Lagerde juga menyuarakan pendapat yang sama. Beliau menggesa kerajaan di dunia tidak mengurangkan perbelanjaan ekonomi bagi mengelakkan kemelesetan ekonomi yang baru, sekaligus melemahkan proses pemulihan ekonomi daripada krisis terdahulu. Sekalipun mahu berbuat demikian, ianya haruslah secara berperingkat agar tidak memberi impak yang besar kepada ekonomi dunia secara keseluruhannya.

Sebenarnya, pendapat oleh pakar-pakar kewangan ini sudah lama digunapakai Malaysia semasa menangani krisis kewangan 1997/1998 dahulu. Antara  langkah yang diambil Malaysia, yang dicadangkan TS Nor Mohamed Yakcop (Penasihat khas ekonomi PM ketika itu) adalah dengan melonggarkan polisi fiskal dan monetari kerajaan, menggalakkan perbelanjaan negara, mengurangkan kadar faedah pinjaman serta meningkatkan tahap kecairan agar wang/dana perbelanjaan dapat diterima dengan mudah oleh sektor-sektor utama ekonomi dimana ianya akan menggalakkan pembangunan/perbelanjaan serta memulihkan ekonomi dengan cepat. Hasilnya, Malaysia mampu keluar daripada belenggu krisis kewangan tanpa melibatkan bantuan daripada IMF (yang jelas mempunyai agenda tersendiri).

Realitinya di sini,  negara kuasa-kuasa besar ini (AS dan Eropah) yang pada awalnya bongkak dan sombong, sudah semakin hilang taringnya malah ‘membebankan’ negara lain yang turut terkena tempias masalah bebanan hutang ini. China, rakan dagangan yang mempunyai nilai pelaburan lebih daripada USD1 trillion dengan AS, melahirkan rasa bimbang mereka akan masalah ini. Mereka berpendapat AS perlu bertanggungjawab dan perlu memastikan beberapa alternatif polisi yang boleh melindungi kepentingan pelaburan mereka di sana supaya nilai pelaburan tersebut tidak akan susut dan terjejas.

Jika Amerika tidak ‘bongkak’ dengan melancarkan perang terhadap negara Islam yang kononnya mempunyai pengganas, saya yakin masalah seumpama ini tidak akan berlaku. Jumlah kos perang AS sahaja berjumlah USD3 trillion sejak perang dilancarkan di Afghanistan semasa era George Bush dahulu. Jika UK dan Eropah tidak ‘bongkak’ semasa berkompromi dengan AS untuk berperang dengan neagra Islam dahulu, mungkin juga sekarang mereka tidak terperangkap dalam masalah yang sama. Mungkin inilah antara balasan yang hendak ditunjukkan Allah SWT terhadap mereka yang telah banyak membunuh ramai umat Islam yang tidak berdosa sebelum ini. Wallahualam.

Apapun, saya sentiasa berdoa agar Malaysia sentiasa selamat dan dilindungi Allah SWT daripada ancaman jahat dunia luar yang sentiasa mahu mengambil kesempatan atas segala kelebihan yang kita ada.

Humpty Dumpty sat on a wall
Humpty Dumpty had a great fall
All the King’s horses and all the King’s men
Couldn’t put Humpty together again

Wassalam

Amer Azlan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s