The Untold Story of how Malaysia beat the 97/98 Financial Crisis– (Pt.1)

Salam to all,

Terdapat beberapa perkara yang tidak diketahui umum semasa berlakunya krisis kewangan yang melanda Malaysia pada 1997/1998. Antaranya ialah strategi yang diguna pakai para spekulasi matawang asing (forex speculators) dalam mengaut keuntungan yang keterlaluan, yang mana telah melumpuhkan ekonomi bukan sahaja Malaysia, malah negara-negara Asean yang lain.

Cerita yang saya kongsikan ini bukanlah rekaan saya semata-mata. Sebaliknya, ia adalah antara salah satu nota yang dikirimkan TS Nor Mohamed Yakcop (penasihat ekonomi tidak rasmi PM pada masa itu) kepada YAB Tun Mahathir semasa krisis yang berlaku pada 1997/1998 dahulu berkenaan dengan cara penyangak matawang ini membuat untung hasil daripada pencabulan keatas matawang kita. Nota ini boleh didapati di dalam buku bertajuk “Note To The Prime Minister – An Untold Story of How Malaysia Beat the Currency Speculators”.

Dagangan Hadapan Matawang Asing (Forward Forex Trading)

Secara umumnya tujuan dagangan hadapan (forward and futures trading) adalah  untuk mengurangkan risiko dan mengimbangi portfolio pelaburan. Ianya adalah perkembangan daripada pasaran lani (spot market) dan pasaran hadapan (forward market) . Contoh mudah:

Hidayah penjual buah nenas. Razi pembuat jem nenas. Razi memerlukan nenas sebanyak 100 kg dalam tempoh 3 bulan lagi. Jadi, Razi berjumpa dengan Hidayah dan menawarkan harga RM 1 sebiji kerana bimbang harga nenas berkemungkinan naik menjadi RM 1.50 sebiji 3 bulan lagi. Razi mahukan nenas tersebut 3 bulan lagi dan bukannya sekarang.

Hidayah  juga menerima tawaran harga RM 1 sebiji kerana dia juga bimbang harga akan menjadi RM 0.50 3 bulan lagi . Justeru, Hidayah juga bersetuju untuk menghantar 100 kg nenas 3 bulan dari sekarang dengan harga yang ditawarkan pada hari ini.

Pada asalnya, konsep dagangan hadapan ini adalah untuk melindungi diri pelabur dalam menghadapi pelbagai risiko pelaburan seperti risiko matawang asing, politik, perang, dan sebagainya.  Seperti contoh di atas, Razi dapat menyelamatkan dirinya daripada rugi di kemudian hari dengan mengunci (lock) harga nanas tersebut pada RM1 sekarang, agar pada masa penghantaran stok nanti, harga tersebut tidak akan melambung naik.

Perkara yang sama juga berlaku, tetapi telah disalahgunakan kelebihannya oleh para penyangak matawang semasa krisis kewangan 1997/1998. Ini adalah antara salah satu penyebab kepada penyusutan matawang negara (RM) pada masa itu yang mencecah pada kadar terendah, bermula daripada 2.50  kepada 4.24 (jumlah penyusutan sebanyak 47%).

Bagaimana strategi ini berlaku? Kita ambil contoh mudah:

George Boros menghubungi Bank ABC Singapore pada 1 Januari 2011 dan membeli USD100 juta pada kadar 3.10, untuk diletakkan nilainya pada 1 Julai 2011 akan datang (6 months forward).

Seterusnya, apa akan terjadi? Memandangkan George sudah membeli USD, dan bank ABC Singapura sudah bersetuju menjualnya untuk ‘delivery’ pada 1 Julai 2011 nanti, ini bermaksud bank tersebut berada dalam risiko pendedahan tukaran matawang asing (forex exposure).  Kata mudah, bank tersebut berdepan dengan risiko matawang asing. Jika tidak lakukan sesuatu, bank tersebut akan rugi, (takut2 kalau RM jatuh pada kadar 2.9 etc.). Jadi untuk selamat, bank akan melindungi diri mereka dengan melakukan strategi lindung nilai (hedging strategy). Apa yang Bank ABC Singapore akan buat?

Bank ABC Singapore akan meminjam (sekarang) RM310 juta (katakan daripada Bank DEF Singapore) untuk 6 bulan. Kemudian, jual RM310 juta tersebut untuk mendapatkan USD100 juta.

6 bulan berikutnya, ini yang akan berlaku:

1- Tempoh 6 bulan deposit USD100 juta matang, dan Bank ABC Singapore memberi  duit (yang dipinjam daripada Bank DEF Singapore) tersebut kepada George yang Boros.

2- George Boros pula kemudian, akan menjual USD100 juta tersebut pada kadar 3.40  (katakan pada waktu ini RM semakin lemah, naik kepada 3.40) dan mendapat RM340 juta.

3- George Boros kemudian akan membayar RM310 juta kepada Bank ABC Singapore, dan menyimpan RM30 juta sebagai keuntungan dia sendiri. Diulangi, RM30 juta.

4- Bank ABC Singapore pula, dengan duit RM310 juta tersebut akan membayar semula kepada bank yang dipinjamnya dahulu daripada Bank DEF Singapore. (pada masa ini juga, tempoh 6 bulan telah matang antara Bank ABC dan Bank DEF).

5- Transaksi selesai, tidak ada yang rugi. Bank selamat, George pula menjadi semakin Boros dan Buncit.

 Kegiatan ini antara salah satu penyebab kepada penyusutan ketara nilai RM berbanding USD pada masa itu. Dan ianya juga penyebab kepada jatuhnya pasaran saham KLSE kepada index terendah 262 mata  pada September 1998. Akibat kegiatan pembelian USD berbanding RM yang terlampau oleh para spekulasi ini, telah menyebabkan RM menjadi susut dan mahal.

Sebenarnya kegiatan spekulasi matawang ini antara salah satu yang terdapat di dalam pasaran wang (money market). Ianya tidak menawarkan produk, tempat, jawatan dsb, cuma salah satu teknik untuk seseorang atau sesebuah negara itu hendak jadi ‘cepat kaya’. Dan ianya adalah antara salah satu agenda Yahudi dalam menjatuhkan dunia, melalui sistem kewangan konvensional.

Saya belum habis lagi baca buku ini, InsyaAllah saya akan kongsikan dengan anda lagi beberapa nota penting buku ini pada entry yang akan datang.

Wassalam.

Amer Azlan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s