Prospek Pelaburan Pasaran Dunia

Salam to all.

Bulan lepas saya berkesempatan mengikuti satu forum yang julung kalinya dianjurkan pihak OSK Securities Bhd dimana objektif utama forum ini adalah  untuk  memberi informasi terkini tentang keadaan/prospek pelaburan lumayan di beberapa buah negara berpotensi sepanjang tahun 2011. Berikut adalah beberapa kupasan hasil daripada forum tersebut yang ingin saya kongsikan kepada anda semua:

1- Brandon Lee, penganalisa daripada OSK Sec. Hong Kong memberitahu Indeks Hang Seng (HSI) dijangka mengalami 5-10 peratus kejatuhan pada paras maksimum, atas sebab beberapa isu kewangan dunia yang melanda. Ini termasuklah kes hutang piutang di Greece (akibat penukaran kepada matawang Euro), tidak terkecuali masalah bebanan hutang yang ditanggung Amerika Syarikat.

2- Prestasi perkembangan pasaran Asean telah meningkat sebanyak 23 peratus, lebih tinggi berbanding perkembangan pasaran di AS (market growth) iaitu sebanyak 13 peratus sahaja.

3- Prestasi yang memberansangkan ini juga menawarkan perkembangan bagi HSI pada kadar 12-15 peratus bagi tempoh tiga tahun berikutnya. HSI pada masa ini didagangkan pada 12x PE.

4- Walaupun dunia mengalami kemelesatan ekonomi akibat daripada kemorosotan ekonomi AS dan Eropah, ianya tidak dianggap menjejaskan pasaran saham Asia secara langsung. Ini kerana, pasaran saham China, atau mana-mana negara sekalipun tidak ada kaitan dengan turun naik pasaran New York (Salleh Majid-utusan). Ini dikuatkan lagi dengan unjuran penganalisa terhadap prestasi HSI, yang mana dijangka akan berkembang pada kadar 22,000 – 24,000 indeks sehingga akhir tahun ini (2011).  Beberapa sektor menunjukkan prestasi yang baik, termasuklah sektor hartanah serta telekomunikasi.  Walaupun mempunyai beberapa isu property bubbles, sektor hartanah di China tetap berkembang pada kadar positif. Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan permintaan untuk simen sebanyak 40 peratus, dimana ianya didagangkan pada 9-10x PE. Para penganalisa menjangkakan berlaku peningkatan sebanyak 15 peratus di dalam pasaran hartanah di Hong Kong.


5- Sektor telekomunikasi di China pula adalah antara sektor yang disyorkan oleh penganalisa, berikutan prestasinya yang amat memberansangkan dan menawarkan pertumbuhan pendapatan (earning growth) yang lumayan sebanyak 17 peratus. China Telecom adalah antara kaunter yang dianggap bagus untuk melabur.
6- Dengan berlakunya peningkatan pada harga emas sekarang, sektor barang kemas dan perhiasan (watch and jewellery) di China dijangka akan turut mengalami peningkatan yang ketara, walaupun prestasi sektor barangan pengguna (consumer product) mengalami sedikit penurunan berbanding tahun lepas.
7- Sasaran hujung tahun prestasi HSI adalah sekitar 25,800 mata (Dec 2011).

8- Di Indonesia pula, sektor komoditi adalah sektor yang berpotensi besar untuk pelabur kerana dagangan komoditi dianggap teras kepada ekonomi mereka (commodity based economy). In fact, they are ahead of us and have a better prospect in its commodity investments.

9- Kebanyakan pelabur di Indonesia sudah mula ‘berpindah’ daripada pelaburan deposit tetap ke pasaran saham, yang mana telah melonjakkan prestasi bursa saham Indonesia sepanjang tahun ini. Setakat ini, sudah lebih 400 syarikat disenaraikan di papan utama saham Indonesia (jumlah ini menyamai syarikat yang tersenarai di Malaysia pada awal 1990-an).

10- Keadaan politik juga memainkan peranan penting di Indonesia. Selepas empat Presiden, keadaan politik Indonesia menjadi semakin baik dan stabil berbanding di era pemerintahan Suharto suatu ketika dahulu. Sebagai contoh, hanya selepas tahun 2003 (selepas pemerintahan Suharto & Gus Dur), Indonesia mula membuka pintunya kepada pendidikan swasta (private education – dimana silibusnya berteraskan standard antarabangsa). Sebelum itu, tidak dibenarkan apa-apa anasir luar masuk ke Indonesia atas sebab mahu melindungi identiti negara dan bangsa Indonesia itu sendiri. Masyarakat Cina di Indonesia sebagai contoh,  bukan sahaja tidak dibenarkan merayakan perayaan Tahun Baru Cina, tetapi juga tidak dibenarkan mendaftar nama mengikut bangsa mereka sendiri, (seperti Yong Kim Swee) sebaliknya didaftarkan nama mengikut bangsa Indonesia (contoh Remy Hartono, sedangkan mereka berbangsa Cina).

11- Oleh sebab keadaan politik yang semakin pulih ini, ianya secara tidak langsung telah menyedarkan pelabur tentang beberapa prospek penting yang boleh menyumbang kepada keuntungan yang tinggi untuk melabur di Indonesia. Dengan terbukanya pintu dagangan antarabangsa, peningkatan permintaan perlombongan arang batu dari negara China dan India, serta konsep commodity based economy  (dek jumlah keluasan tanahnya amat luas), serta peningkatan terhadap industri pemakanan (sbg contoh – permintaan  untuk ayam sangat baik, tidak pernah turun), Indonesia menjanjikan suatu peluang pelaburan yang lumayan, dan penganalisis menjangkakan akan berlakunya peningkatan di dalam pertumbuhan pendapatan pelabur sepanjang tahun ini.