Cemerlangkah Kita?

    • Perkara yang perlu diambil perhatian sekarang ialah tentang pembangunan modal insan negara, yang mana ramaja kita pada masa kini ialah penentu kejayaan negara pada masa hadapan. Mereka inilah yang bakal menjadi penentu untuk  merealisasikan impian Malaysia  menjadi sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020.
    • Namun pelbagai cabaran dapat dilihat di dalam senario pembangunan mahasiswa/i masa kini. Bukan mudah untuk melahirkan satu kumpulan modal insan yang bukan sahaja beriktelektual, malahan kaya dengan sifat serta kemahiran insaniah yang tinggi.
    • Dalam menuntut ilmu, apa yang paling penting adalah keikhlasan hati, dan bukan berharap pada ganjaran semata-mata. Ini lah antara cabaran utama dalam kehidupan pelajar samada di peringkat sekolah mahupun universiti. Apa tujuan kita belajar di sini? Untuk mendapat A? Untuk sekadar lulus? Untuk mengelak dari dimarahi mak bapak? Atau sekadar untuk memuaskan hati mereka? Satu persoalan yang perlu anda, mahasiswa/i jawab. Sekiranya kita ikhlas dalam menuntut ilmu, insyaAllah, keberkatan daripada Allah SWT serta kejayaan pasti akan menjadi milik kita.
    • Sebagai seorang pelajar, anda sendiri perlu mencari ilmu itu, kerana ianya tidak akan datang bergolek begitu saja. Bagaimana nak cari? Jika tidak faham tentang sesuatu pekara, pergilah luangkan masa untuk cari dan jumpa pensyarah tersebut dan tanyakan setiap jenis soalan yang anda tidak faham. Pastikan sebelum berjumpa, anda sudah siap sedia dengan soalan yang hendak ditanyakan, dan pastikan juga, anda betul-betul faham tentang setiap jenis penerangan yang diberikan oleh pensyarah tersebut. Don’t leave the conversation sehingga anda betul-betul berpuas hati dan faham tentang soalan itu. Amalan bertanyakan soalan pada saat-saat akhir peperiksaan sangat tidak mencerminkan keperibadian diri anda sebagai seorang pelajar yang cemerlang. Perkara ini sebaliknya harus dilakukan di awal semester, agar kita akan sentiasa lebih konsisten di dalam setiap mata pelajaran yang dipelajari.
    • Amalan hidup berpuak-puak adalah satu senario yang biasa dilihat di merata tempat tidak terkecuali IPTA/S. Ini tidak seharusnya berlaku kerana ianya buakn sahaja tidak sihat, malahan tidak membawa sebarang faedah. Apa salahnya kita bercampur antara satu sama lain? Mengapa mesti melayu dengan melayu, cina dengan cina, india dengan india?

    • Sebagai pelajar, anda harus campur dengan semua masyarakat yang ada di negara ini kerana inilah kelebihan kita, satu negara majmuk yang berbilang kaum. Malangnya, kita sendiri tidak menggunakan kelebihan tersebut. Orang luar sibuk memuji Malaysia, kononnya kita ni sebuah negara harmoni, pelgabai kaum hidup sebumbung dan sebagainya. Tetapi kita sebagai rakyat Malaysia, adakah kita betul-betul hidup dalam suasana sebegitu? Adakah kita merasainya? Maka gunakanlah kelebihan ini. Jika anda membuat group assignment, janganlah asyik cari rakan yang sama, yang sama standardnya dengan anda. Ini tidak akan membantu anda untuk berjaya. Sebaliknya carilah rakan yang lebih pandai dari anda, serta berbilang bangsa agar anda dapat berkongsi pelbagai idea baru, pendapat yang lebih bernas, disamping mengenali budaya serta cara hidup rakan anda itu sendiri. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan anda untuk bercampur dengan semua orang. Melalui cara ini juga, dapat menanamkan semangat 1Malaysia di kalangan generasi muda. Bukankah perkara sebegini yang diperlukan negara untuk merealisasikan impian Wawasan 2020?

    • Zaman sekarang sangat berbeza berbanding dahulu. Dulu, anda tidak perlu bersaing untuk sesuatu. Tetapi sekarang keadaan sudah berubah. Generasi sekarang makin bijak pandai. Graduan Ijazah Sarjana Muda semakin berlambak di pasaran, apatah lagi graduan Diploma serta Sijil. Jadi APA BEZANYA anda dengan mereka ini? Satu kelemahan yang ada dalam diri seorang pelajar ialah sifat ego yang tinggi. Ego dari segi apa? Iaitu ego dari segi menuntut ilmu itu sendiri. Janganlah terlalu berkira untuk terlibat aktif dalam bidang bukan akademik (seperti aktiviti persatuan, kelab, rekreasi dan sebagainya) kerana melalui penglibatan sebeginilah dapat meningkatkan tahap keperibadian seseorang individu itu sendiri.
  • Penguasaan soft skills atau kemahiran insaniah yang tinggi amatlah penting dalam konteks pembangunan generasi muda masa kini. Bergraduat dengan PNGK 4.0 tidak bermaksud anda seorang pelajar yang cemerlang. Taidin Suhaimin (2011) menegaskan pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik, tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang. Pasaran perkerjaan sekarang memerlukan calon yang cemerlang, bukan sahaja dalam bidang akademik, malahan kemahiran insaniah yang tinggi. Ini kerana, suasana di dalam bidang pekerjaan adalah berbeza berbanding suasana kehidupan di dalam kampus. Di kampus, anda tidak merasai cabaran sebenar ketika berada di luar. Justeru, amatlah penting bagi pelajar untuk bersiap sedia menghadapi cabaran tersebut dari sekarang, dengan bergiat aktif di dalam kehidupan kampus, serta belajar dengan bersungguh-sungguh agar dapat menjadi pelajar yang betul-betul diiktiraf cemerlang.

           

           AMER AZLAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s