Protokol dan Etiket Sosial – Bahagian 1

  • Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri kursus Kepimpinan Pensyarah Muda IPTA bertempat di INTURA Sungai Petani anjuran KPT dengan kerjasama AKEPT. Ternyata, agenda yang dicanangkan tidak membosankan, malahan memberi 1001 pengetahuan baru kepada kami pensyarah muda yang masih cetek ilmunya ini.
  • Salah satu topik yang menarik minat saya adalah berkenaan dengan protokol dan etiket sosial, di mana saya pasti ramai daripada kita di luar sana masih lemah dalam mempelajari selok belok serta tatacara berprotokol dengan betul. Secara ringkas ianya dianggap sebagai PERATURAN serta TATACARA bagi sesuatu majlis rasmi. Apa pula yang dimaksudkan dengan Etiket? Ianya adalah satu PERATURAN TINGKAHLAKU atau SOPAN SANTUN samaada dalam kehidupan seharian, dalam hubungan antara satu sama lain, atau ketika berada di dalam majlis rasmi/bukan rasmi.
  • Satu benda baru yang saya pelajari, protokol ini mempunyai 2 prinsip utama. Yang pertama, VIP kebiasaannya akan selalu lewat sampai, dan mereka lah yang akan paling awal meninggalkan majlis. Kedua, susun atur kedudukan mereka ini adalah mengikut seniority, bermaksud mengikut pangkat seseorang VIP itu. Perkara ini boleh di lihat di mana-mana majlis rasmi di seluruh negara.
  • Apakah yang dimaksudkan dengan majlis rasmi? Ianya bermaksud majlis yang menggunakan wang kerajaan. Sebagai contoh, majlis-majlis rasmi kerajaan seperti Anugerah Khidmat Cemerlang, Anugerah Tokoh Maal Hijrah, Majlis Konvokesyen dan sebagainya. Yang menentukan tinggi rendahnya sesebuah protokol itu ialah melalui “formality” nya. Ianya bermaksud protokol tersebut mestilah mempunyai VIP, Aturcara, serta beberapa protokol tertentu seperti tempat duduk, karpet merah dan sebagainya.


ELEMEN BERPAKAIAN

  • Ketika menghadiri sesuatu majlis rasmi, sebolehnya elakkan daripada memakai pakaian yang berwarna seperti oren, merah, serta hijau terutamanya di siang hari (bagi lelaki). Ini kerana pakaian tersebut tidak dianggap sesuai ketika berada di majlis rasmi atas sebab faktor warna baju tersebut yang dianggap terlalu cerah. Bagi aksesori pula, seeloknya memakai sebanyak 3 jenis aksesori (lelaki) serta 4 jenis aksesori (wanita).
  • Bagi lelaki, aksesori yang perlu ada termasuklah cincin (pakai di jari tangan kanan), jam tangan (pakai di tangan kiri) serta pen (diletakkan di dalam poket blazer anda). Pen tersebut sebolehnya yang berjenama, yang boleh menampakkan ketrampilan diri anda ketika berjumpa dengan pelbagai jenis VIP ketika di dalam majlis rasmi. Anda tentu tidak mahu menggunakan pen berjenama sekolah, atau yang murah harganya ketika mencatitkan sesuatu di hadapan mereka!
  • Bagi wanita pula, seeloknya memakai cincin dijari tangan kiri (bagi yang sudah berkahwin), jam tangan (belah kiri), gelang tangan, serta brudge tudung (maksimum 2 sahaja). Ini dianggap aksesori paling sesuai yang perlu anda pakai ketika menghadiri majlis rasmi. Bagi penggunaan beg tangan pula, penggunaanya adalah berbeza bergantung kepada situasi samaada anda menggunakannya untuk kegunaan harian, atau majlis rasmi.
  • Mengikut adab serta etiket yang sebetulnya, penggunaan beg tangan (khususnya wanita) haruslah mengikut kesesuaian majlis. Jika anda menghadiri majlis rasmi seperti seminar, kursus, dan jamuan di siang hari, seeloknya memakai beg tangan yang bertali panjang, berukuran 12-15 inci dan bersaiz sederhana atau kecil. Ini dapat memudahkan anda untuk meletakkan beg tersebut di tempat duduk anda kerana saiznya yang tidak terlalu besar serta mudah dibawa kerana talinya yang agak panjang. Manakala bagi majlis rasmi terutamanya ketika menghadiri jamuan makan malam, saiz beg tangan yang seeloknya ialah bersaiz 8-10 inci, lebih kecil dan pendek berbanding ketika menghadiri majlis rasmi di siang hari.
Contoh handbag holder (sumber: etiketprotokol.blogspot)

  • Persoalannya di sini, di manakah tempat yang sesuai untuk anda meletakkan beg tangan tersebut? Salah satu caranya ialah dengan meletakkan beg tersebut di sebelah kanan meja anda (bagi majlis rasmi siang hari) atau di belakang tempat duduk anda. Jangan sesekali meletakkan beg tersebut di atas meja anda kerana ianya akan mencacatkan pemandangan serta memberi imej yang buruk kepada anda!
  • Cara yang lain pula ialah dengan menggunakan handbag holder, iaitu sejenis cangkuk yang direka khas untuk menggantung beg tangan anda ketika menghadiri majlis rasmi. Ini serba sedikit dapat ‘menyembunyikan’ beg tangan anda dan ianya selamat kerana anda boleh meletakkan nya bersebelahan dengan tempat duduk anda.

Contoh handbag holder (sumber: etiketprotokol.blogspot)


PRINSIP PENGENALAN DIRI

  • Salah satu tujuan kita menghadiri majlis rasmi adalah untuk menambah networking, atau rakan kenalan. Sebagai contoh, kita tentunya mempunyai ramai kenalan baru apabila menghadiri seminar atau kursus dari pelbagai jenis agensi. Di dalam prinsip pengenalan diri juga, terdapat beberapa etiket serta protokol yang perlu diketahui agar ianya tidak merosakkan majlis serta memalukan diri sendiri.
  • Individu yang kurang kuasanya, haruslah diperkenalkan kepada orang yang lebih berkuasa. Sebagai contoh, seorang guru besar diperkenalkan kepada Pengarah Kementerian Pelajaran. Bukannya Pengarah ini yang memperkenalkan dirinya kepada guru besar tersebut! Dan seeloknya apabila sudah diperkenalkan, seeloknya individu yang lebih berkuasa ini menghulurkan tangan untuk bersalam terlebih dahulu.
  • Bercakap mengenai salam, terdpat beberapa jenis salam yang mungkin kita terlepas pandang penggunaanya ketika berada di majlis rasmi. Antaranya:
  1. Salam bersentuhan bahu – bermaksud berjumpa rakan lama
  2. Salam ‘Touch N Go’ – tidak berapa hendak salam
  3. Salam cepat tarik – bermaksud tergesa-gesa
  4. Salam berpeluh – bermaksud gugup/kurang bersedia
  5. Salam yang erat (peluk bahu 3 kali) dan mesra – Salam yang sebaik-baiknya
  • Menjadi lumrah apabila menghadiri majlis rasmi, kita memang akan sentiasa berbual dengan sesiapa sahaja. Namun, harus diingat bahawa setiap jenis perbualan haruslah mengambil kira sensiviti pelbagai pihak, terutamanya individu yang baru dikenali. Ianya seharusnya tidak mengaibkan orang lain, dengan menabur fitnah atau mencaci cerca orang lain. tempoh masa antara 2-5 minit adalah tempoh yang dianggap sesuai untuk berbual tentang sesuatu topik.
  • Banyak lagi wadah yang ingin saya ceritakan kepada anda mengenai protokol dan etiket sosial ini, yang pada pendapat saya banyak membantu kita ketika tentang adab dan tatacara yang sebetulnya ketika menghadiri pelbagai majlis rasmi.
  • Pada bahagian kedua siri ini nanti, saya akan menyambung topik yang dianggap penting terutamanya kepada pengacara majlis, iaitu tentang peranan mereka ketika mengemudi sesebuah majlis, serta imej diri yang perlu ada pada anda ketika berada di dalam majlis rasmi.

Sekian, dan salam protokol!

 

AMER AZLAN

Advertisements

3 comments

  1. Saya inginkan maklumat lanjut sekiranya saya boleh menggunakan khidmat tuan dalam bengkel kemahiran saya. Dan juga berapa kah yuran tersebut.

    Terima kasih.
    Mas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s