Travelog Ziarah Umrah (Madinah)

IMG_2259

Subhanallah, Alhamdulillah Allahuakbar! Tahun 2014 buat pertama kalinya saya dijemput Allah untuk menjadi tetamuNya di Tanah Haram Mekah Al-Mukarramah serta tetamu Rasulullah SAW di Bumi Madinah Al-Munawwarah. Terima kasih pada abah, ibu dan keluarga atas sokongan yang diberikan sehingga dapat saya sampai ke bumi anbiya ini. Alhamdulillah segala perancangan sebelum, semasa dan selepas ziarah umrah dipermudahkan Allah SWT dan ingin saya berkongsi dengan pembaca semua pengalaman saya saya sepanjang berada di Bumi Anbiya’ ini, moga-moga dengan nukilan ini, dapat memberi sedikit panduan (bagi yang bakal kesana), inspirasi, hidayah semangat serta keinginan yang tinggi buat anda untuk menziarahi rumah Allah & Rasulullah suatu hari nanti, Insya-Allah.

Saya seperti juga yang lain, mulanya rasa kurang bersedia dari segi keyakinan, ilmu dan sebagainya. Tetapi saya bersyukur kerana Allah SWT telah memilih dan membuka pintu rezeki saya untuk menjadi tetamuNya, dan mungkin ini adalah peluang yang diberikan kepada saya untuk berubah/memperbetulkan diri saya untuk kembali kepada fitrahNya. Alhamdulillah peluang itu tidak saya siakan, dan saya mula membuat persiapan rohani dan jasmani beberapa bulan sebelum ke sana. Saya banyak membuat bacaan mengenai sejarah bumi Mekah dan Madinah, kisah-kisah perjuangan Rasulullah dan para sahabat baginda sewaktu menyebarkan ajaran Islam, Zikrullah serta bahan bacaan yang lain. Alhamdulillah melalui bacaan tersebut telah banyak memberi kesedaran kepada saya tentang keindahan Islam yang sebenar-benarnya dan menjadikan saya lebih dekat dengan Allah SWT.  Adalah penting untuk mempunyai momentum dan semangat sebegini agar kita dapat lebih menghayati tujuan ziarah serta umrah yang sebenar-benarnya yang bakal kita lakukan nanti. Jadi kepada bakal jemaah, saya nasihatkan, buatlah persediaan yang rapi terutamanya dari segi kerohanian kepada kepada Allah SWT agar kita dapat merasakan ‘hubungan’ yang betul-betul dekat dengan Allah SWT.

Kami menggunakan khidmat Andalusia selaku agen ziarah umrah kali ini. Alhamdulillah, segala proses amat mudah dan segalanya diuruskan oleh pihak Andalusia bermula daripada urusan passport, visa, kapal terbang dan penginapan. Seingat saya, tidak ada benda yang perlu saya lakukan, selain membayar wang deposit (untuk proses dokumen dan visa), serta menghadiri kursus setengah hari yang dianjurkan Andalusia dua hari sebelum bertolak ke sana. Kami diminta untuk berkumpul di KLIA dimana semua jemaah akan berkumpul di sana dan diberi taklimat oleh mutawwif yang bertugas mengiringi kumpulan kami sepanjang ziarah ini.

SAM_0990

IMG_2134Suasana ketika di KLIA. Puluhan beg jemaah ziarah umrah daripada pelbagai agen Umrah dikumpul setempat untuk memudahkan proses pendaftaran masuk 

Dari KLIA, Kami menaiki penerbangan Saudi Arabian terus ke Jeddah. Servis yang diberikan amat baik sekali. Sebelum berlepas, kami diiringi bacaan doa yang dibacakan oleh Juruterbang kapal, satu pengalaman yang tidak pernah berlaku setiap kali saya menaiki pesawat. Ruangan kapal adalah selesa, disaji dengan makanan yang sedap serta turut mempunyai ruangan solat dibahagian dibelakang untuk kemudahan para jemaah menunaikan solat.

IMG_2137 IMG_2138 IMG_2153

IMG_2161Satu pengalaman yang baru menaiki pesawat Saudi Arabian 

Kumpulan kami tidak terus ke Mekah, tetapi kami membuat ziarah di Madinah terlebih dahulu. Jadi, tidak perlu bermiqat umrah di Qarnul Manzil (iaitu kira-kira 2 jam sebelum mendarat), melainkan jemaah lain yang telah siap sedia berihram dan terus ke Mekah untuk membuat umrah.  Setibanya di Airport Jeddah,  kami diberi ujian pertama dimana perlu berbaris dan menunggu lama untuk melepasi kaunter imigresen. Sudah menjadi kebiasaan dimana Airport ini setiap hari sentiasa penuh dengan jemaah seluruh dunia yang berhajat untuk melakukan ziarah umrah. Maka ianya bukanlah sesuatu yang menghairankan. Dan sebelum ini juga ada rakan-rakan pernah beritahu supaya bersedia dari segi emosi untuk menghadapi situasi sebegini yang mungkin akan menguji keimanan dan kesabaran kita. Ada masanya, boleh mengambil kira-kira 4-5 jam untuk melepasi kaunter tersebut! Alhamdulillah, berkat kesabaran yang diberikan, kami berjaya melepasinya selepas kira-kira 2 jam berbaris menunggu giliran. Pokoknya disini ianya perlu sentiasa sabar, sabar dan sabar. Sambil menunggu, berzikir, ingat dan berdoalah pada Allah agar dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah akan dipermudahkan. Allah maha mendengar.

IMG_2164 IMG_2165Suasana di Airport Jeddah yang sentiasa penuh dengan ribuan jemaah dari seluruh dunia untuk menunaikan ziarah umrah. Sejurus selepas gambar ini diambil, ada kira-kira 2-3 kumpulan jemaah lagi yang baru tiba memenuhi ruangan ketibaan! 

 Kira-kira 4 jam lebih baru lah semua jemaah kumpulan kami berjaya melepasi kaunter imigresen, mengambil beg masing-masing dan menaiki bas untuk menuju ke bumi Rasulullah, Madinah Al-Munawwarah. Perjalanan ke Madinah daripada Jeddah mengambil masa kira-kira 5-6 jam.  Sepanjang perjalanan ini ada yang mengambil kesempatan untuk tidur sebentar dari kepenatan, ada yang berzikir, berdoa dan sebagainya. Nasihat saya, gunakan setiap masa yang ada di tanah haram dengan berdoa, bermunajat kepadaNya walau dimana kita berada agar setiap amalan yang kita buat mendapat pahala, serta membuatkan kita lebih seronok untuk beribadah, berbanding sekadar duduk tanpa tujuan dan fikiran yang kosong.  Lagipun, tujuan kita di sana memang untuk beribadah, mendekatkan diri dengan Allah, bukan tujuan lain.

Kira-kira selepas 2 jam perjalanan, kami berhenti di satu check point untuk solat jama’ maghrib & isyak, serta makan malam. Makanan telah siap disediakan pihak Andalusia, melalui agen mereka disini, dan kebanyakannya adalah masakan Indonesia. Saya difahamkan, ramai rakyat Indonesia menetap dan bekerja di sini jadi tidak hairan ‘pengaruh’ Indonesia itu ada dimana-mana termasuk dalam sajian makanan yang sedap ni :) Allhamdulillah IMG_2167 IMG_2166

Alhamdulillah, selepas hampir 6 jam perjalanan, kami tiba di Madinah dan check-in di hotel Mubarak Silver, lokasinya hanya beberapa meter daripada Masjid Nabawi. Tatkala pertama kali melihat Masjid Nabawi, abah berkata ‘ha tu masjid nabawi’ saya tidak mampu berkata apa-apa, dan tak percaya yang saya telah akhirnya sampai di sana.  Terasa zat keberkatan serta rahmat Allah SWT apabila melihat masjid yang penuh dengan keindahan dan sirahnya ini. Pada waktu itu kira-kira jam 3.30 pagi dan apa yang menakjubkan saya, walaupun waktu subuh masih lama lagi tetapi orang ramai sudah berpusu-pusu ke masjid untuk beriktiqaf (keadaan seperti orang ramai bergegas untuk menunaikan solat Jumaat). Satu keadaan yang amat jarang berlaku di Malaysia!

SAM_1047Lokasi hotel kami (jemaah Andalusia) di Mubarak Silver Hotel, yang terletak hanya beberapa meter daripada Masjidil Nabawi

THIS IS MADINAH AL-MUNAWWARAH (MASJIDIL NABAWI)

IMG_2552

Alhamdulillah ini lah masjid nabawi di Madinah. Masjid yang sangat luas dan besar sentiasa dipenuhi dengan ribuan jemaah yang hadir dari segenap pelusuk dunia  setiap hari.  Terasa nikmat yang terkata apabila beribadah di sini,

SAM_1018

SAM_1043
SAM_1174 SAM_1176

 ribuan jemaah membanjiri masjid nabawi setiap hari, setiap masa, setiap saat. Suasana paling ramai ini boleh dilihat sebaik sahaja selesai solat fadhu. Terasa kedamaian, ketenangan yang tak pernah dikecapi selama ini.. Alhamdulillah..

SAM_1177 SAM_1168

IMG_2182

IMG_2178

mimbar Rasulullah SAW

IMG_2258

IMG_2265

Inilah Maqam Rasulullah SAW bersama-sama dua sahabat baginda, Saidina Umar Al-Khattab & Saidina Abu  Bakar As-Siddiq. Maqam ini sebenarnya adalah lokasi rumah Rasulullah SAW bersama Aishah. Selawat dan salam keatas junjungan baginda Rasulullah SAW

IMG_2269 IMG_2298 IMG_2345Di masjid nabawi, ada dua karpet berlainan warna, iaitu warna merah dan hijau. Karpet yang berwarna hijau sentiasa menjadi tumpuan utama jemaah kerana disinilah salah satu bahagian yang istimewa untuk beribadah yang dinamakan Raudhah (taman syurga) oleh Rasulullah SAW sendiri. Ianya terletak diantara mimbar dan makam (dahulu rumah) Rasulullah SAW. Doa2 yang dipanjatkan ini Raudhah ini diyakini akan dimakbulkan Allah SWT dan Ibn Hajar Al-Asqalani dan Imam Nawawi mengatakan bahawa disitu tempat seharusnya diperbanyakkan doa.

IMG_2272

 alhamdulillah saya dan abah berkesempatan menunaikan solat fardhu jumaat  di kawasan raudhah, yang sentiasa penuh sesak dengan jemaah (bertambah sesak terutama pada hari jumaat!) jam pada masa ini adalah sekitar 11 pagi, dan rata-rata jemaah meluangkan masa dengan beriktiqaf, berzikir dan membaca Al-Quran. 

IMG_2342

karpet idaman di Madinah…

IMG_2525

IMG_2310

 itinerary ziarah madinah dan mekah yang disediakan pihak andalusia.. memang terbaik… ada problem? contact sahaja mutawwif yang bertugas.. mereka sedia membantu 

SAM_1021

kami ketika diberi taklimat oleh mutawwif mengenai kawasan masjid nabawi dan perkuburan Baqi yang akan dilawati..

SAM_1032 copy SAM_1034 SAM_1035

inilah perkuburan al-baqi..

Andalusia ada menyediakan itinerary lengkap sepanjang ziarah kami di madinah dan mekah. dihari pertama, selesai beriktiqaf, kami dibawa berjalan sekitar masjid dan melawat perkuburan baqi’ iaitu perkuburan penduduk2 madinah. Ramai ahli keluarga dan para sahabat baginda Rasulullah SAW disemadikan disini. Al-Fatihah.. Semoga diberikan kesejahteraan buat para penghuni A-Baqi Amin..

 

 

 

 

 

IMG_2474 IMG_2535

ini adalah antara aktiviti para jemaah masjid setiap kali selesai menunaikan solat fardhu.. ada yang bersolat sunat, berceramah, berzikir, membaca al-quran dan bertadarus.. Allahuakbar.. gambar tadarus di atas dirakamkan pada selepas selesai jemaah menunaikan solat subuh..

SAM_1104SAM_1083

IMG_2433 SAM_1111

 

 

 

dihari kedua kami dibawa melawat Jabal Uhud, lokasi pertempuran tentera Muslim dan tentera kafir  Quraisy pada 15 Syawal 3H..Disaat tentara Islam hampir peroleh kemenangan pada waktu itu, dirampas semula kemenangan itu dengan menabur wang dan perhiasan sebagai pancingan dari pihak musuh, menyebabkan tentera Islam mengingkari arahan Rasulullah SAW dan turun dari bukit untuk mengambilnya.. Tentera Quraisy mengambil kesempatan dengan menyerang mereka dari belakang dan menyaksinya syahidnya 70 tentera Muslim termasuklah  bapa saudara Rasulullah SAW, Saidina Hamzah RA serta sepupu baginda, Abdullah bin Jahsyi.. Ternyata kesan daripada perang uhud ini memberi pengajaran yang besar buat kita semua

SAM_1086makam Saidina Hamzah RA & Abdullah bin Jahsyi.. Al-Fatihah buat mereka dan para syuhada Uhud yang lain..

SAM_1088

 Nabi SAW bersabda, bukit uhud adalah salah satu bukit-bukit yang ada di syurga (H.R Bukhari). Jadi, jika kita hendak melihat bukit yang ada di syurga, maka ziarah lah bukit uhud.. 

Salah satu kekuasaan Allah di bukit uhud ini ialah warna batu-batunya kelihatan seperti kemerah-merahan seperti darah.. Allahuakbar.. Hanya Allah yang mengetahui.. 

 

SAM_1065 SAM_1053 SAM_1055

 kami juga turut dibawa menziarahi masjid quba’ yang penuh bersejarah  iaitu inilah masjid pertama dibina oleh Rasullullah setibanya baginda di Madinah ketika berhijrah dari Mekah.. Timing kami tiba di masjid ini elok2 pada waktu siang dan berkesempatan untuk menunaikan solat dhuha dan sunat tahiyatul Masjid.. 

IMG_2384

SAM_1074

 berkatnya mekah dengan air zam-zam, berkatnya madinah terletak pada kurmanya.. selesai ziarah masjid quba, kami dibawa melawat ke ladang kurma yang jaraknya tidaklah begitu jauh.. pelbagai jenis kurma boleh didapati disini, yang seeloknya beli kurma nabi yang ditanam di madinah kerana dikatakan syafaatnya lebih tinggi dan dapat membuang racun di dalam badan.. Hanya Allah yang mengetahui.. pelbagai makanan ringan lain seperti coklat dan kacang juga boleh didapati disini ada yg murah, ada yang mahal… 

IMG_2388 IMG_2389

menariknya disini, rata-rata peniaga disini adalah daripada Indonesia.. dan jemaahnya yang ramai daripada malaysia.. arab2nya sikit hehe

 IMG_2392

 

 

 

AKTIVITI PERNIAGAAN DI SEKITAR MASJIDIL NABAWI

IMG_2512

SAM_1147

 

beginilah keadaannya aktiviti perniagaan yang dijual diluar masjid nabawi.. penuh dengan pelbagai barangan daripada makanan sehinggalah aksesori pakaian.. namun jemaah diingatkan untuk tidak lalai sehingga membeli berlebih-lebihan sehingga lupa tujuan asal iaitu untuk beribadah.. sekadar beli2 biasa dan bersederhana untuk kegunaan dan souvenir boleh tiada masalah.. 

IMG_2360 IMG_2361 SAM_1140 SAM_1139

SAM_1184 SAM_1182 SAM_1181soal makanan tidak menjadi masalah kerana terdapat pelbagai jenis makanan terjual di sini, daripada selera arab sehingga ke selera malaysia/indonesia.. alang2 sampai negara arab, makanan favorite saya adalah kebab & sharwama yang ada terjual berhampiran masjid dan hotel.. makanan yang disediakan pihak andalusia juga sedap2 belaka dan sentiasa sedap.. alhamdulillah sepanjang hampir 13 hari ziarah umrah & madinah, makanan yang disajikan tidak pernah mengecewakan.. 

Diharapkan entri ini dapat memberikan anda inspirasi serta motivasi untuk menziarahi madinah, dan memberi info yang berguna pada anda sebagai panduan ketika menjejakkan kaki ke sini nanti. insya-Allah next entry saya akan kongsikan pengalaman di Mekah pula.. stay tuned

AMER AZLAN

Lima Perkara

Salaam to all.

Tanggal 17 Januari 2014 yang lepas sekitar jam 9.50 malam bapa mertua saya, Abdul Hassan bin Mohd Batcha (yang kami panggil papa) telah kembali kerahmatullah di Hospital Kajang, Selangor. Allahyarham meninggal dunia akibat sakit paru-paru berkuman (chronic lung disease) yang menyebabkan beliau mengahadapi kesukaran untuk bernafas yang mana akhirnya membuatkan sistem badan menjadi semakin lemah serta hilang selera makan. Sepanjang hayat beliau tidak ada penyakit yang kronik (cth sakit jantung, darah tinggi) sakit biasa-biasa tu adalah.. Alhamdulillah urusan pengebumian telah berjalan lancar dibantu ahli-ahli kariah Masjid Taman Delima, jiran tetangga serta sanak saudara. Manakala majlis bacaan yaasin dan tahlil Allahyarham diadakan 3 hari berturut-turut bermula 18-20/01/14 di rumah kami.

Pemergian papa memberi 1001 pengajaran kepada kita yang masih hidup di dunia ini. Umum mengetahui hidup di dunia ini hanya sementara, akhirat jua tempat kembalinya kita nanti. Jadi apakah objektif kita hidup di dunia ini? adakah untuk mengejar kemewahan? status? pangkat? untuk siapa? seringkali kita lupa.. tujuan kita dilahirkan, dihidupkan di dunia ini.. ada sebabnya.. iaitu untuk taat kepada Allah SWT.. Membimbing/mengingatkan manusia ke jalanNya.. FIkirkan sejenak, apa yang telah kita buat selama ini, di dunia ini, untuk siapa? sampai bila? endingnya di mana? kosong.. kosong… kosong…

lambat laun, liang lahad tetap akan memanggil kita. Cuma masa yang menentukannya. Jadi saya ingatkan diri saya serta rakan-rakan semua, ayuh bangunlah, tanamkan niat apa jua benda/pekerjaan yang kita lalukan kerana Allah SWT, kerana ianya merupakan satu ibadah dan punca kepada amalan pahala dan bekalan di akhirat kelak.. bukan kerana status, diri sendiri, tetapi kerana Allah SWT. Tetapkan lah objektif kita hidup di dunia ini, usah dibiarkan kosong dan sia-sia. Do something that could benefit the mankind, dengan niat kerana Allah SWT.

kita yang masih hidup ini, hargailah  5 perkara sebelum tibanya 5 perkara;

1) sihat sebelum sakit – hargailah nikmat kesihatan yang kita ada kerana apabila sudah sakit, kita tidak akan tahu bila masanya kita akan dapat kembali nikmat kesihatan yang pernah kita rasai dahulu..

2) muda sebelum tua – hargailah masa muda yang kita ada dengan memperbanyakkan amalan ibadah yang boleh memberi pahala sebagai bekalan di akhirat kelak.. semua benda baik yang kita lakukan adalah ibadah.. contohnya mengajar, menasihat, bersedekah, membantu orang lain, dan sebagainya adalah suatu ibadah yang dituntut.. yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Perahlah masa muda kita dengan hujanan yang lebat (pelbagai amalan kebaikan) agar dapat kita penuhi ‘bakul’ amalan pahala kita diakhirat nanti.. serta agar kita tidak menyesal dihari tua nanti…

3) kaya sebelum miskin – hargailah masa yang ada sekarang untuk ‘meng-kayakan’ diri kita dengan bukan sekadar harta/wang ringgit, tetapi juga budi pekerti, ilmu pengetahuan, amalan, dan lain-lain lagi yang boleh memberi manfaat bukan sahaja kepada kita, tetapi masyarakat sekeliling, agama, bangsa dan negara. Kelak bila kita dah tua dan tidak sihat, kita tak mampu nak buat semua tu. Dengan ilmu dan pelbagai kekayaan yang kita ada sekarang, maka gunakanlah ia sebaik mungkin untuk berbakti kepada mereka yang memerlukan. Betul lah ungkapan ‘Masa itu Emas’ kerana masa yang telah berlalu  memang tidak akan dapat diambil / dipatah balik.

4) lapang sebelum sempit – Hargailah masa lapang dikurniakan kepada kita sekarang – lapang dari segi kewangan, rezeki melimpah ruah, dan pelbagai lagi sebelum tibanya waktu yang menyempitkan kita, yang menyukarkan kita untuk hidup di dunia ini. Lakukan lah pelbagai perkara yang berfaedah di waktu lapang yang diberikan, usah menunggu saat waktu yang menyempitkan kita kelak.

5) hidup sebelum mati – hidup hanya sekali dan mati itu pasti. Cuma tidak pasti bila waktunya. Justeru, hargailah masa hidup yang ada ini sebaik mungkin. Manfaatkan ia dengan pelbagai perkara yang membawa manfaat kepada semua, kerana kita dilahirkan di dunia ini ada sebabnya. Berikut adalah nukilan yang saya copy daripada tazkirah-umum.blogspot.com berkenaan amalan yang dibawa selepas mati, moga dapat memberi manfaat dan panduan kepada anda semua yang membacanya.

Amalan Yang Dibawa Selepas Mati

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)

Pertama “Sedekah jariah” ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti:
(1) Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum. Atau mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.
(2) Mendirikan – atau berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.
(3) Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum.
(4) Mendirikan rumah “musafir khanah” untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya.
(5) Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mendirikan hospital dan kutub khanah, mencetak al-Qur’an dan kitab-kitab Islam serta buka-buka pengetahuan yang berguna dan sebagainya.
Amalan “waqaf” dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah s.a.w.(3) dan telah berkembang di negara-negara Islam hingga hari ini dan seterusnya, malah ada yang datang membentuk “Kementerian Waqaf di negara masing-masing. Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Kedua: “Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain,” yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya. Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Ketiga: “Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya
Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau sebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang makbulnya.
Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang soleh dalam hadithnya ini, supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan sebaik-baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Serentak dengan itu kedua ibu bapa akan mendapat rahmat disebabkan usahanya mendidik anak-anaknya dengan sebaik-baiknya dan mendapat rahmat pula disebabkan doa anaknya yang soleh itu

Taiwan – The Heart of Asia (Taipei 101)

taiwan-heart-of-asia-440x163

Salaam to all.

Orang kata ‘tak Taiwan laa kalau datang sini tak naik Taipei 101’ So kami sahut cabaran tersebut dengan menyambung pengembaraan dihari ketiga dengan meninjau pemandangan seluruh Bandaraya Taipei melalui mercu tanda kebanggaan mereka iaitu Taipei 101.  Menara ini mula dibuka dengan rasminya pada tahun 2004 dan megah berdiri ditengah-tengah kawasan Xinyi Commercial Area sebagai menara ketiga tertinggi didunia selepas Burj Al-Khalifa (Dunai) dan Menara Jam Kaabah (Mekah Arab Saudi). Manakala mercu tanda kebanggaan negaraku pulak KLCC berada di kedudukan ke-enam tertinggi didunia.

IMG_0696

Macam biasa, sesampainya disana, keghairahan dan kebatakan melihat pemandangan cantik menara dan kawasan sekelilingnya mula terserlah. Untuk naik ke atas, perlu membeli tiket terlebih dahulu di tingkat 5 menara pada kadar TWD500 seorang dan free admission untuk kanak-kanak baya Aaanaz. Macam Suria KLCC, Taipei 101 juga mempunyai shopping mall-nya yang tersendiri. Tapi disebabkan duit makin surut maka dilupakan hasrat untuk pusing-pusing di area sana hehe..

SAM_0797

SAM_0800

IMG_0702

SAM_0808

Satu kelebihan yang ada pada Taipei 101 ialah lifnya. (elevator). Kenapa? Sebab Taipei 101 elevator telah diiktiraf sebagai “World’s Fastest Passanger Elevator” oleh Guiness World Book of Records. Wow, first time tahu benda ni sebenarnya. Lif pun boleh masuk senarai world records, ingatkan orang je. Tapi berapa pantas? Huerm bikin gue ngak sabar mau naik keatas..

Selepas beratur panjang, maka tiba giliran kami naik ke atas bersama visitors yang lain. Dalam elevator tu ada paparan skrin yang bagitau berapa lama masa yang diambil untuk naik ke tingkat 89 (tempat meninjau). And guess what? Masa yang diambil untuk naik keatas adalah 35 SAAT SAHAJA. Nak mengelamun pun tak sempat, tup-tup dah sampai. Bukan tingkat 10, 20, tapi tingkat 89. Perghh… gua kagum, terkesima.. Memang layak evelator ni mendapat gelaran itu.. Tahniah beb.. Lu memang laju.. Agak-agak kalau lif ni boleh naik sampai angkasa mungkin amik masa sejam dua je..

IMG_0707

IMG_0769

Taipei 101 mempunyai elevator terpantas di dunia yang diiktiraf World Book of Records – 35 saat sahaja diperlukan untuk sampai ke tingkat-89 (menara tinjau) 

Sesampai di tingkat 89, kami disambut oleh para petugas menara yang begitu mesra alam sekali. Untuk city viewing, bahagian pemandangan telah dibahagikan kepada 13 bahagian/sections yang berbeza. Perkhidmatan audio guide disediakan untuk para pengunjung. Ianya berfungsi sebagai ‘pencerita’ bagi setiap bahagian pemandangan. Sebagai contoh, kalau kita berada di bahagian 5, so tekan saja button 5, dan play, maka ‘telefon’ tu akan bercerita tentang apa pemandangan yang ada dibahagian sana; bangunannya, sejarahnya, dan sebagainya. Kira baguslah kan, takda lah kita tengok-tengok kosong je tanpa tahu itu bangunan apa, ini bangunan apa, etc… Pemandangan tak usah cakapla.. memang mabeles, cantik dan nampak Taipei ni macam dah well developed, packed dengan bangunan tinggi  ramping, tak kurang juga tinggi gempal-gempal dan sebangainya. Tapi view hari tu yang kami pergi a bit cloudy & tak berapa clear sangat macam hari-hari biasa.. But still ok.

IMG_0723

IMG_0711

sistem bantuan audio turut disediakan bagi memberi maklumat pemandangan kepada pengunjung 

SAM_0809

SAM_0810

SAM_0811

SAM_0816

IMG_0753

Pemandangan indah Bandaraya Taipei dari tingkat 89 Menara Taipei 101 , menara ketiga tertinggi di dunia

IMG_0740

Taipei 101 adalah menara ke-3 tertinggi di dunia (508 m) selepas Burj Al-Khalifa, Dubai (828m) dan Menara Jam Diraja Mekah, Arab Saudi (601m) 

IMG_0765

 pelbagai selebriti ternama antarabangsa pernah melawat Taipei 101 antaranya Carmelo Anthony (NBA MPV Superstar), Chris Paul dan Jaden Smith (bintang Karate Kid 2012) 

Di sini juga terdapat banyak kiosk yang menjual cenderamata kenangan untuk para pengunjung. Memang banyak souvenirs yang dijual, dan yang bestnya, setiap pengunjung diberi voucer diskaun untuk beli beberapa selected items for souvenirs. Tapi dalam banyak-banyak souvenir, yang paling menarik ialah botol air mineral berbentuk Menara Taipei 101 yang tak pernah terfikir pun akan ada dijual.. Memang sangat kreatif dan cantik bila disusun banyak –banyak.. So apelagi beli sebotol buat kenangan.. Sebotol dijual pada harga TWD100 (RM11.50 lebih kurang). Kalau fridge magnet tu ada beberapa design comes with different prices.. Ada yang TWD100, TWD150, TWD250, ikut design dan saiz.

Overall, Taipei 101 mejanjikan pengalaman yang berbeza if you all datang kesini. Korang cuba naik dan experience sendiri nanti k. Memang best & worth paying.

SAM_0944

To be continued

AMER AZLAN
15/01/14

Taiwan – The Heart of Asia (Taipei Zoo)

taiwan-heart-of-asia-440x163

Salaam to all.

Day 3 (13.01.14) di Taiwan – Cuaca hari ini agak mendung, sejuk dan windy sekitar 14-15c, tidak sama seperti hari pertama kami sampai tempoh hari yang mana lebih warm sedikit dengan langit biru yang cerah. Ketika rakyat Malaysia sedang sibuk ber-KANGKUNG disana sini di dalam media sosial, misi jalan-jalan cari pengalaman kami   diteruskan lagi hari ni dengan ke  Taipei Zoo dan Taipei 101 Observatory Tower. Excited sikit hari ni sebab FIRST TIME nak bawa Aanaz tengok Tiger dan rakan-rakan (dalam erti kata lain, first time bawa dia masuk Zoo hehe) so bila nampak Aanaz excited maka kami lagi lah double triple excited. Yelah seronok jalan bila tengok budak-budak happy kan.

TAIPEI ZOO

Taipei Zoo merupakan salah satu destinasi popular yang korang mesti pergi jika ke Taiwan sebab dia bukan macam zoo-zoo yang lain. Kenapa? Sebab disinilah korang boleh jumpa Encik PANDA yang kita tau spesisnya memang lah sangat terhad dan hanya boleh dilihat di beberapa zoo di sesetengah negara sahaja (termasuk Taiwan, selain China dan Hong Kong). Jadi main attraction disini adalah PANDA, selain binatang-binatang lain yang turut menghuni zoo ini, i.e African Animals macam encik gajah, puan zirafah, pakcik camel, dan sebagainya. So kami bertolak daripada hotel dengan free shuttle yand disediakan, dan berhenti di Taipei Zoo MRT Station. Berbanding dengan centre town, Distance daripada hotel ke Taipei Zoo ni agak dekat, kira-kira dalam 15 minit perjalanan dan berdekatan dengan kawasan Shenkeng iaitu lokasi hotel kami.

IMG_0618

dihadapan main gate Taipei Zoo

SAM_0679

SAM_0685

SAM_0684

 Nampak cuaca mendung tu? nasib baik tak hujan sangat, adalah kejap-kejap hujan renyai singgah, tapi tak lama. Harga tiket untuk masuk ke Zoo ni ialah TWD60 seorang (for adults) dan FOC bagi budak baya aanaz ni. Kalau budak aged 6-12 tahun, ada diskaun TWD30. Oklah murah je dan memang berbaloi bayar sebab dapat tengok PANDA (must see) dan lain-lain. Kat sini, main attraction dia memang lah panda. All about panda, sampailah decorations, averts posters & videos yang ditunjuk kebanyakkan nya mengenai Panda. In fact, Zoo ni turut dikenali sebagai Panda Zoo, walhal PANDA nya tu taklah banyak mana, dalam 2-3 ekor je. Kesian binatang2 lain kurang mendapat kasih sayang dan perhatian, kot-kot mesti ada sekor dua yang terasa hati.

SAM_0688

IMG_0640

IMG_0631

IMG_0627

jadi, destinasi pertama kami lepas beli tiket ialah mencari encik panda, atau lebih popular dikenali sebagai Po, the Kungfu Panda.  Diakui, kali pertama nampak panda ni kami agak batak & excited sedikit sebab yelah first time tengok live kan. Tapi bukan kami aje, ratusan pengujung lain pun turut serta menjadi batak & histeria dan berebut-rebut amik gambar panda yang tengah syok makan dedaun tu. Untuk tengok panda ni, kita kena BERATUR sebab queue panjang, so tak boleh nak stay amik gambar lama sangat. Retis sangat kan Panda ni. So kalau gambar-gambar ni blur, faham2 lar kenapa..

SAM_0695

SAM_0694

IMG_0652

IMG_0660

IMG_0656

ratusan pengunjung yang sanggup berbaris panjang ala-ala die hard fan semata-mata nak snap sekeping dua gambar panda yang sedang bergomol-gomol dalam kandang 

So dah puas tengok  & amik gambar Panda, kami pun ke destinasi seterusnya untuk ziarah para binatang yang lain. Untuk kesana tak perlu jalan kaki, ada disediakan choo-choo tren dengan kadar bayaran TWD5 per trip. Kalau ada Easy Card lagi senang touch & go je.

SAM_0700

SAM_0706

dalam choo-choo train menghala ke tempat binatang-binatang lain 

Dah puas naik train (kira-kira  2-3 min perjalanan) so sampailah ke destinasi dan 1st kami pergi ialah melawat cik-cik burung yang pelbagai spesis. Besar & luas kawasan penempatan burung-burung dan ada bermacam-macam jenis. Not really a big fan of birds but they are mostly beautiful and rare. Jangan tanya ni burung apa, tu burung apa. For sure nama depa pelik-pelik. Adala sekor dua yang familiar mcm peacock, err dan lain-lain..

SAM_0714

SAM_0718

SAM_0720

SAM_0735

SAM_0721

 kandang’ burung yang  luas dan besar. Ala-ala taman mini begitu .. Kalau Abdul Wahab (Tiga Abdul) yang jual burung tu ada sini musti beliau suka 

dah puas tengok burung, so kami pun bergerak ke destinasi seterusnya iaitu melawat binatang2 yang lain.. Mostly African Animals macam gajah, zirafah, zebra, camels, kangaroos (pun adaaa) dan lain – lain.. Seronok layan aanaz masa ni sebab dia excited tengok live, yelah selama ni dok nampak gambar dalam buku je.. penat juga nak melayan tapi ok je.. hilang penat bila tengok anak happy kan..

SAM_0743

IMG_0671

SAM_0764

SAM_0759

banyak binatang kat sini dan kawasan pun luas.. tak terlarat nak jalan & snap semua pics.. korang pergi & experience la nanti sendiri k ..

SAM_0766

IMG_0685

singgah sekejap beli Hot Cappucino di Sahara Store.. Memang LAYAN sangat especially time-time sejuk mcmni.. Aanaz on the other hand sempat menge-pow uminya beli animal toys.. tak dapat real, patung pun jadi la buat kawan balik rumah.. 

Sebenarnya kawasan zoo ni sangat luas dan besar dan banyak lagi animals yang kami tak sempat ziarah macam tigers, monkeys etc sebab tak larat nak jalan hehe.. so kami naik balik choo-choo train dan pergi ke base area bahagian entrance untuk singgah makan (bawak bekal) isi perut kejap.. Sejuk-sejuk ni jadi cepat lapar so nampak semua benda je jadi sedap.. nyums..

SAM_0772

SAM_0774

IMG_0692

sambil-sambil pengunjung rehat dan menikmati makanan tu, ada disajikan skrin video gergasi yang memaparkan dokumentari tentang panda & kehidupan dorang. Seronok tengok dan layan, kita dapat tau macamana pihak zoo take care of those pandas, cara dia bergurau2, belajar etc. Tapi narrator in chinese so tengok video dan faham sendiri jela…

Ok folks tu saja updates untuk Taipei Zoo.. hope dapat inspire & guide u all untuk plan dan berkunjung ke sini one day, In Shaa Allah.. Next post, Taipei 101.. Nak tidur jap.. Stay tuned kalau berminat nak baca k hehe.. To be continued peace

AMER AZLAN
15/01/14
Holiday Inn, Shenkeng East Taipei

SAM_0607

Taiwan – The Heart of Asia (Xinbeitou Hot Springs)

taiwan-heart-of-asia-440x163

 Salaam to all.

12/01/2014 hari kedua kami disini dan cuaca hari agak mendung dan sejuk sekitar 18-19 degree celcius. Malam tadi ada try jalan-jalan nearby hotel tapi tak larat sebab temperature degree malam lagi sejuk berbanding waktu siang, kira-kira dalam 14-15c. Alhamdulillah dapat tidur lena malam tadi sebab bilik selesa dan yang paling penting layanan yang diberikan pihak hotel sangat baik sekali. Sebelum ke destinasi seterusnya kami singgah sarapan pagi di cafe hotel, dan seperti biasa menunya adalah roti, dan roti dan kopi. Apapun alhamdulillah.

SAM_0564

banyak menu disediakan untuk sarapan tapi ini je yang mampu untuk ditelan hehe ..

IMG_0500

all set and ready to go! 

BEITOU HOT SPRINGS

 Plan hari ini adalah ke Beitou Hot Springs, yang merupakan salah satu must visit place in Taipei. Lokasi Beitou adalah dibahagian utara daerah Taipei dan merupakan lokasi yang ideal untuk pengunjung ‘escape’ daripada hiruk pikuk kehidupan di kota. Ianya terkenal dengan hot springs dan tersenarai sebagai top 10 small tourists town oleh Taiwanese Tourism Board 2012.

Kami nail free shuttle dari hotel menuju ke Taipei 101 World Trade Centre MRT Station. Cuaca hari ini mendung tetapi agak baik, dengan suhu sekitar 17 degree celcius.. Sejukkkk tapi nyamannn sekali. Seronok bagi kami ni yang jarang-jarang dapat berjalan dalam kesejukan hehe.. Sesampai di MRT Taipei 101, kami amik kesempatan sekejap bergambar di hadapan Taipei 101 yang merupakan mercu tanda kebanggaan rakyat tempatan disini.

SAM_0572

SAM_0575

IMG_0533

 Untuk ke sana, kami naik Red Line MRT daripada Taipei 101 WTC station direct menghala ke Beitou (stesen terakhir). Jauh juga, ada dalam 17 checkpoint stations, tapi pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan tu menjadikan masa travelling terasa menjadi pendek. Pejam celik, sembang-sembang sikit, dah sampai…

SAM_0590

 jauhnya abi.. bila bah mo sampai nih… 

 akhirnya, sampai lah di station Beitou. Untuk ke hot springs pula, kita perlu tukar tren ke Xinbeitou, yang mana tren tersebut khas membawa pengunjung ke sana.

SAM_0591

Tukar tren menghala ke Xinbeitou

SAM_0592

IMG_0535
di dalam tren menghala ke Xinbeitou .. Tren yang dihias cantik mengikut tema hot springs

 SAM_0597

dan finally sampai lah di station Xinbeitou dan kawasan hot springnya.. hehe

SAM_0595

SAM_0600

disini ada disediakan map besar untuk pengujung buat rujukan. Kawasan hot springs ni memang besar dan mempunyai keunikan tersendiri. Xinbeitou Hot Springs ni  mempunyai beberapa lokasi yang menjadi tumpuan pelancong, antaranya:

1) Beitou Park
basically adalah taman untuk lepak-lepak dan ada fountain disana. Sangat nyaman dan cantik

2) Beitou Hot Springs Museum
muzium ni dibina pada tahun 1913 yang mana tempat ini telah digunakan sebagai ‘public bath area’ pada zaman Jepun dahulu. Bangunan ini telah ditutup untuk renovation dan dibuka semula sebagi muzium pada tahun 1998 untuk pengunjung belajar mengenai lifestyle zaman Jepun dulu.

3) Beitou Garden Spa @ Millennium Hot Springs
tak sah pergi hot springs kalau tak mandi kan. So sapa-sapa yang plan nak mandi hot springs tu, boleh la ke Beitou Garden Spa ni. Tapi kalau nak mandi tak boleh total naked la sebab konsep dia mixed bathing bath dan perlu bawak pakaian mandi yang sesuai ler.. Harga nak masuk sini TWD40 je.

4) Beitou Thermal Village
Jalan atas sikit (kira2 600 meter) akan sampai ke Thermal Village, also known as Hell’s Village. Disini terletaknya kolam air yang amat panas  ya rabbi (suhu sekitar melebihi  100 degree celcius) yang mana ada kepulan2 wap air yang naik tinggiii daripada geothermal pool tu. Memang cantik dan rare laa… Agaknya tu pasal dipanggil Hells Valley.. Macam ‘neraka’ hhehehe…

SAM_0620

SAM_0621

SAM_0603

Pemandangan sekitar kawasan Xinbeitou Hot Springs.. Ketika ni kami otw naik atas ke Thermal Village

Keempat-empat lokasi di dekat-dekat je, so sambil korang jalan naik atas, korang akan jumpa tempat2 ini dan boleh singgah.. Kami pergi Beitou Thermal Village je, yg lain2 tempat tu singgah-singgah sekejap je sebab susah nak jalan (ada budak kecik + stoller etc leceh nak jalan jauh sangat)

IMG_0549

SAM_0607

SAM_0606

SAM_0605

SAM_0604

IMG_0556

IMG_0557

Beitou Thermal Village.. Macam “Hell” tak hehehe…. 

KETAGALAN CULTURE CENTER

Seberang jalan daripada Beitou Park tu ada sebuah cultural museum dipanggil Ketagalan Culture Center yang menempatkan sejarah dan pelbagai info mengenai 14 kumpulan orang asli Taiwan pada zaman dahulu. Muzium ini juga menempatkan pakaian-pakaian serta pelbagai tools yang digunakan masyarakat2 ini pada waktu tersebut. Masuk free, buka  setiap hari Selasa-Ahad, 9-5 petang. So kalau korang OTW turun daripada Thermal Village tu, bolehlah singgah amik2 gambar, dan belajar sejarah sikit (kalau ada mood lar) note that pengunjung tak boleh ambil gambar (standard la kan masuk muzium mana boleh snap2 selfie bagai) except di level concourse sahaja.

SAM_0625

IMG_0564

gambar di lobby Ketagalan Culture Center

MENCARI MAKANAN HALAL

SAM_0651

suasana malam Bandaraya Taipei 

Salah satu cabaran disini adalah mencari makanan halal. Memang ada beberapa restoran Halal yang available di sekitar Taipei. Tapi yang menjadi masalah ialah apabila nak mencarinya sebab:

1) Signboard / maklumat kebanyakannya dalam bahasa cina – so kita pun tak faham. Oklah, cari juga. Bila tak jumpa, kenalah tanya orang kan?

2) Msalah bila tanya orang pula, kebanyakan mereka ni tak fasih/pandai berbahasa inggeris. Jadi disebabkan itu, menjadikan misi mencari makanan Halal menjadi semakin sukar. Disebabkan masalah ini juga kami rugi sekitar TWD 300 sebab naik/turun teksi mencari restoran tu tapi tak jumpa-jumpa. Driver tu pun confuse dan tak pasti mana tempat tu.. Jadi, kalau korang nak cari makanan halal disini, disarankan untuk betul2 study dulu mana lokasinya yang sebetulnya sebelum decide untuk ke sana. Kalau tak, sesat barat lah alamatnya nanti.

Walaupun ditimpa pelbagai rintangan, misi mencari makanan halal tetap juga diteruskan (sebab perut dah melalak2 mintak), dan akhirnya terjumpa lah (terserempak sebenarnya masa otw naik teksi)  satu restoran Halal ni nama dia Aaleja Indian & Pakistani Halal Restaurant. So bila restoran pakistan ni, kita boleh agaklah menu2 dia mesti ada capati, naan, Tandoori payat segalanya kan.. Takpa lah asalkan halalal thoyyiban..

SAM_0653

Harga? boleh tahan mahal jugak larrr harga dia kan.. order roti naan pun cost us TWD60 (kira2 dalam RM6 hengget, roti saja okay, belum masuk ayam bagai). Kebab je TWD320 (kira3 dalam RM36-37 tak kau gila tgk harga dia) Pelik lah patutnya offer la harga murah sikit kesian kat rakan-rakan semuslim ni dah la susah cari makan, lagi di charge mahal.. Apapun order jela dan makan dengan penuh keikhlasan dan kesyukuran.. Kalau korang nak try kedai ni, boleh layari site kedai ni:

http://www.taiwanfun.com/north/taipei/dining/0702/0702Aaleja.htm

SAM_0657

SAM_0655

ni la rupa kaunter dia.. chef dia kat dapur sibuk memasak pelayan dia mostly local Taiwanese

SAM_0656

Sign ni yang penting.. Baru boleh makan tanpa rasa was – was

SAM_0660

ini lah menu yang di-order semalam , naan + tandoori payat (menu standard bila makan kedai mamak. Naan TWD60 (RM6) , Tandoori TWD290 (RM36) u do the maths)

Oklah perut pun dah kenyang, balik bilik nak tidur dulu.. Nanti sambung lagi ok.. To be continued

AMER AZLAN
12/01/14
Shenkeng, Taipei

SAM_0550

Taiwan – The Heart of Asia (Chiang Kai Shek Memorial)

taiwan-heart-of-asia-440x163

Salaam to all.

Alhamdulillah akhirnya diberi kesempatan untuk berehat sekejap dan bercuti bersama keluarga, kali ini di Taiwan, yang dipanggil ‘The Heart of ASIA’ atau  Malay translation kata ‘Permata ASIA’ lah lebih kurang macam tu. Tengok slogan tu macam agak ‘grand’ sebab banyak lagi negara di ASIA ni yang boleh dijadikan permata termasuklah Malaysia yg tak kurang hebatnya kan.. So disini saya nak kongsikan sikit pengalaman / aktiviti selama kami disini, kot-kot boleh bagi panduan kepada anda semua yang merancang untuk melancong ke sini. But first of all, credit to my wife sebab dialah ketua yang buat research dan complete itinerary untuk trip kami kali ni hehe..

Kami bertolak ke Taiwan dengan direct flight AIRASIA daripada Kota Kinabalu (KKIA T2-since we are staying here)  ke Taipei (Taipei Taoyuan International Airport) yang mana perjalanan memakan masa hampir 3 jam setengah untuk sampai. Bagus jugakla ada direct flight dari KK, tak perlu bersusah payah nak turun KL dulu, yang sah-sah akan makan masa lagi, at least 5 jam + untuk sampai ke Taipei. Waktu Malaysia dan Taiwan adalah sama, so tak perlu risau atau susah-susah nak tukar time.

Cut short, sampailah di Taipei Airport. First thing yang kami cari ialah SIMPACK supaya mudah nak calling wife kot2 hilang ke time jalan hehe.. disamping mudah nak main internet. Ada banyak SIMPACK yang di-offer daripada pelbagai TELCO… so pandai2lah pilih..  Memandangkan kami akan stay disini selama 5 hari, kami pun decide untuk beli SIMPACK pelan untuk 5 hari.  Satu yang bagus tentang  SIMPACK yang kami ambil ni ialah internet usage nya yang UNLIMITED, maksudnya takda pun set 1-2 GB, main UNLIMITED terus.. So baguslah.. takdelah kes internet slow gara2 habis data kan. Kos bagi satu SIMPACK ialah TWD250 (beserta panggilan + sms).

Disini kami menginap di Holiday Inn East Taipei yang mana lokasinya agak jauh juga dari Airport (kira-kira hampir 45 minit perjalanan). Oh ya, tambang teksi yang dikenakan dari airport ke hotel kami adalah TWD1450 (dalam RM158 mcmtu haha mahal kann) tapi jangan risau teksi ni boleh percaya punya sebab bukan jenit ulat teksi. Dan yang paling penting, SELESA. Majoriti teksi nya berwarna kuning dan menggunakan TOYOTA WISH beb.. berbaloi lah juga bayar mahal at least selesa… Berbalik kepada hotel tadi, walaupun lokasi agak jauh dari airport, tapi tak lah jauh sangat dengan centretown. Hotel ini bagus, dimana staff nya sangat friendly dan sangat menghormati kita sebagai tetamu mereka. Itu saya fikir adalah salah satu kelebihan yang mereka ada, yang mungkin hotel lain tidak ada. Selain itu, dekorasi ruangan lobby, dan bilikya  juga cantik dan selesa, sesuai untuk mereka yang berhasrat untuk betul-betul bercuti dan berehat lama di bilik.

IMG_0480

IMG_0481

IMG_0483

IMG_0484
sebahagian daripada interior design bilik kami di Holiday Inn East Taipei yang best dan kacak  

 Ketika sedang jalan-jalan di sekitar bandaraya Taipei, kami nampak ada banyak basikal dan scooter disediakan ditepi jalan dan ianya boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk bergerak. Bagus kan? Satu usaha baik yang diamalkan masyarakat disini untuk mengekalkan suasana udara yang bersih dan sentiasa kekal hijau. Ini juga dapat mengurangkan pencemaran udara. Untungnya pun semua orang dapat. Dapat hirup udara yang segar dan nyaman. Satu budaya sosial yang bagus yang saya fikir susah untuk dilaksanakan di negara-negara lain. Kenderaan disini juga tidaklah terlalu sesak dan padat dengan orang awam, kereta, bas, motor dan sebagainya. Mungkin sebab semua orang lebih prefer menggunakan MRT.

SAM_0516

SAM_0530

SAM_0523

IMG_0356

IMG_0362

 sekitar pemandangan bandaraya Taipei yang bersih dan moden. Suasana & cuacanya nyaman, tidak ada asap (air pollution)  & susah untuk cari sampah bertaburan! 

CHIANG KAI-SHEK MEMORIAL

 Destinasi kami di hari pertama di Taipei ialah Chiang Kai-Shek Memorial Hall. Untuk makluman, CKS Memorial ni adalah salah satu must place to visit di Taipei. Daripada hotel, kami naik  free shuttle yang disediakan hotel dan turun di stesen MRT Taipei World Trade Centre. Dari sana, kami naik tren menghala ke MRT Taipei Main Station, dan tukar tren (melalui green line menghala ke Stesen Xindian) untuk ke Stesen MRT Chiang Kai-Shek Memorial Hall. Jadi kalau korang berhajat nak ke sini, tak perlu risau, sistem pengangkutan disini sangat sistematik, terutamanya MRT. Untuk ke SKS Memorial Hall, ada MRT direct kesini. 

IMG_0365

Route Map MRT di Taipei yang  convenient & bersistematik 

Chiang Kai Shen Memorial Hall  adalah salah satu landmark penting di Taipei dan merupakan monumen/taman memorial yang dibina  untuk memeperingati Chang Kai Shen, bekas presiden Republic of China. Kawasan taman memorial ini tersangatlah luas, sangat sesuai untuk aktiviti senggang bersama keluarga dan anak-anak. Di CKS Memorial Square terdapat tiga bangunan utama iaitu National Concert Hall, National Theatre, dan Memorial Hall. 

SAM_0537

gambar atas: National Theatre

SAM_0546

gambar atas: National Concert Hall

SAM_0549

SAM_0553

Gambar atas: Memorial Hall 

IMG_0400

IMG_0394

Untuk masuk ke Memorial Park ni pengunjung perlu memanjat tangga yang mempunyai 89 anak tangga untuk sampai ke atas. 89 tu bukan sebarang nombor, tetapi melambangkan umur ketika Chiang Kai Shen meninggal dunia. Bila dah sampai ke atas dan masuk ke dalam, disinilah kita akan nampak sebuah patung gangsa yang tersangatlah besar, iaitu patung Chiang Kai Shek sendiri yang sedang tersenyum dengan berpakaian tradisional China. Patung ini turut ‘dijaga’ oleh guards (yang berdiri ala2 patung jugak, human guards) dan akan bertukar-tugas menjaga patung ni setiap satu jam. Untuk kenal dengan lebih lanjut siapakah CKS dan sejarah beliau, sila lah tanya Pokcik Google yang 24 jam sentiasa bersedia untuk membantu anda.

SAM_0554

SAM_0555

 pemandangan indah Chiang Kai Shen Memorial Square dari Memorial Hall 

SAM_0552

IMG_0449

IMG_0433

 IMG_0406

Seronok lepak-lepak di CKS Memorial Square ni sebab kawasannya luas, dan sesuai untuk bawak budak-budak main lari-lari kat sini. Tambah dengan cuaca yang nyaman dan sejuk, dan kurang pencemaran udara, menjadikan aktiviti senggang kami bersama keluarga bertambah bermakna!  Oklah sekian dulu updates yang pertama ni.. to be continued

AMER AZLAN
Shenkeng, New Taipei City

IMG_0324

Bengkel Tulis Thesis Cepat dan Pengurusan Artikel

IMG_0305

Assalamualaikum wbt & Salam tahun baru 2014!

Semalam (9/1/14) saya berkesempatan mengikuti bengkel sehari penulisan thesis pantas & pengurusan artikel kendalian penulis blog terkenal Dr Othman Talib (Dr OT) di TH Hotel, Kota Kinabalu. Bengkel ini dianjurkan oleh Malaysian Postgraduate Workshop Series (MPWS) yang berpengkalan di Seksyen 7 Bangi, Selangor. Ini merupakan kali ke-7 Dr OT mengendalikan bengkel di KK, dan merupakan yang pertama bagi saya. Dan bengkel ini adalah siri yang pertama dianjurkan MPWS bagi tahun 2014.

Alhamdulillah, bengkel berjalan lancar dan yang paling penting, saya mendapat banyak manfaat dan ilmu yang tak pernah saya ketahui mengenai penulisan & pengurusan thesis/artikel. Almaklum lah, saya ni masih dikira sebagai novice lagi dalam bab-bab menulis thesis/artikel ni jadi banyak benda yang masih perlu dipelajari. Disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang diperoleh daripada kursus ini dan diharapkan dapat memberi manfaat & panduan kepada para pembaca, terutamanya bagi mereka yang mempunyai perancangan / sedang melanjutkan pengajian ke peringkat masters/PhD.

IMG_0308

Menurut Dr OT;

- Isu minor atau major correction bukan lah satu isu yang terlalu besar, sebaliknya isu yang paling besar ialah HABIS menulis thesis. Major atau minor correction boleh dibuat berdasarkan masa yg telah diberi oleh penilai, samada 3 atau 6 bulan. Sesetengah calon, mereka boleh menghabiskannya dalam masa 3 hari sahaja. Walaupun lewat disebabkan major correction, ia tidak sepatutnya menjadi isu besar kerana sudah ada progress dan mendapat feedback daripada penilai. Tetapi masalah paling utama ialah apabila TIDAK HABIS MENULIS, TIDAK/LAMBAT  MEMBUAT PEMBENTANGAN  (DEFENSE/VIVA).

- Jika start menulis awal, tidak semestinya kita akan habis awal. Tetapi jika start menulis lambat, CONFIRM, akan habis lambat. (psycho juga ayat ni, tapi difikirkan balik memang betul)

- Diperingkat awal, kita harus tahu untuk membezakan diantara TOPIK dan TAJUK. Dalam membuat proposal, perkara paling penting adalah memilih TOPIK yang sesuai, bukan TAJUK.  Risiko memilih TAJUK dahulu ialah akan menyebabkan kesukaran untuk mencari artikel yang sesuai untuk menyokong idea-idea untuk kajian kita nanti. End up, kita akan banyak membuang masa dengan menukar pelbagai TAJUK yang baru. Dalam memilih TOPIK pula, tidak boleh berdasarkan SENTIMEN/EMOSI semata-mata atas sebab yang sama, susah untuk kita nak cari sumber-sumber rujukan yang bersifat scholar.

- Dalam membuat bacaan, perlu membuat EXTENSIVE reading terlebih dahulu (iaitu pembacaan yang menyuluruh mengenai kajian yg ingin dijalankan) dalam erti kata lain dapatkan ideanya dahulu, atau gambaran keseluruhan mengenai topik itu dengan lebih lanjut terlebih dahulu, kemudian barulah disusuli dengan INTENSIVE reading (pembacaan yang terperinci/lebih lancet mengenai topik tersebut). Dalam membuat EXTENSIVE reading, perlu baca isu-isu terkini mengenai topik/bidang kita itu, dan untuk itu, bacalah journal yang paling terkini (2014 ke bawah). Kesilapan yang selalu kita buat dalam memilih topik yang sesuai adalah membaca journal2 yang mempunyai isu-isu yang lapuk/lama, contohnya journal2 sekitar 2008 kebawah. End up, kita pun akan propose topik yang lama, yang dah banyak lagi diperdebatkan /dibuat maka tidak ada novelty nya disitu. Kenapa perlu terlebih dahulu baca journal2 yang lama, untuk cari topik kajian kita? sedangkan topik itu perlulah yang terkini/paling latest. (huerrmm selalu buat yang part ni huhu)

- kita perlu tahu senarai Journals yang ada yang berkaitan dengan bidang kita buat tu. Contohnya, kita nak buat kajian dalam bidang Kewangan – Struktur Modal, jadi perkara pertama yg kita perlu tahu ialah apa senarai journals yang ada/available dan kita boleh refer untuk buat kajian dalam bidang itu?Journals tu jugak perlulah yang berindeks & mempunyai impact factor yang tinggi. Ini penting sebab, kalau kita tahu senarai journals tersebut, maka mudah untuk kita dapatkan sumber rujukan, dan kurang arguments sebab LR yang menyokong kajian kita itu disokong oleh artikel-artikel yang datangnya daripada sumber journals yang berimpak tinggi dan berkualiti.

IMG_0310

contohnya, kalau nak buat pasal Chemistry and Teaching, so perlu lah tahu at least 10 journals yang available berkaitan bidang itu supaya mudah untuk dapat sumber rujukan kelak *ini contoh Dr OT bagi, daripada student dia yg buat kajian tentang ini

- Dalam mencari sumber rujukan, kita perlu lah banyak membuat rujukan daripada JOURNALS, bukan BUKU kerana kedua-dua nya mempunyai perbezaan yang ketara. Kalau JOURNALS, ianya adalah sumber yang PRIMER dan  bersifat scholar articles (maksudnya artikel yang ada penulis, beserta tahun dan mempunyai banyak kajian yang updated tentang bidang tersebut), Kalau BUKU pula, ianya adalah sumber yang SEKUNDER, dan bukan bersifat scholar articles (maksudnya isi kandungannya banyak yang BASIC, contoh, INTRODUCTION to FINANCE, etc etc, tidak updated sekerap JOURNALS, tidak banyak isu-isu/ perkembangan / arguments terkini mengenai bidang tersebut). Jadi, dalam bahagian references kita tu, perbanyakkanlah sumber-sumber rujukan daripada JOURNALS, dan kalau boleh yang updated punya, bukan semuanya yang old version (i.e journals tahun 80an,90an, awal 2000).

Sebenarnya banyakkkk lagi benda yang saya nak kongsikan, tetapi agak susah nak cerita semua disini. gambar dibawah ni adalah benda kami pelajari sepanjang kursus semalam (Route #2 KOTC) tentang teknik pengurusan artikel menggunakan MENDELEY (YANG SANGAT MEMBANTU), teknik menulis dengan cepat menggunakan OFOT, DMOT, dan paling best ZDOT!  (Zero Draft of Thesis). Banyaklah. Bagi anda yang masih BLANK, CONFUSE, BLUR tentang penulisan thesis / artikel ni, saya cadangkan anda JOINLAH kursus-kursus anjuran MPWS ni, terutamanya kursus-kursus kendalian Dr OT yang banyak membantu dari segi penulisan, pengurusan, analisa thesis dalam cara yang mudah dan selesa.

IMG_0317

IMG_0324

sesi wajib bergambar dengan Dr OT. Bangga kejap hehe..

DSC_1178

DSC_1177

DSC_1173

DSC_1191

sumber foto: http://www.drotspss.blogspot.com

kalau tak berkesempatan join kursus-kursus Dr OT, boleh lah baca blog beliau yang BANYAK POSTS tentang PELBAGAI isu-isu berkaitan penulisan thesis etc. Seronok baca blog Dr OT ni sebab mudah untuk faham dan sangat santai. Address blog Dr OT http://www.drotspss.blogspot.com

AMER AZLAN
10/1/2014

Dari Lensa Mata

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 90 other followers